Kita wajar menerima Faisal Tehrani sebagai penulis kreatif tempatan paling menonjol pada dekad ini. Karya, catatan dan pemikirannya menjadi tumpuan ramai. Novelnya dianggap visi baru selepas dua Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Datuk Shahnon Ahmad meneroka pemikiran kritis menerusi Daerah Zeni, Hujan Pagi, Sutan Baginda, Tok Guru dan Shit.
Faisal menerusi novel Perempuan Nan Bercinta dan Sebongkah Batu di Kuala Berang; kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu, drama pentas Karbala dan kumpulan puisi Ingin Jadi Nasrallah mempunyai idea yang tersendiri dan wajar diwacanakan. Karya berkenaan diragui kerana dianggap bertentangan dengan pemikiran massa di negara ini.
Jika benar penulis berkenaan terbabit dalam penyebaran ajaran Syiah, beliau perlu dikenakan tindakan. Jika tiada bukti, Faisal wajar dibenarkan berkarya kerana kaedah kajian hasil kreatif tidak sama dengan matematik atau sains.
Isu Syiah memerangkap penerima Anugerah Seni Negara pada 2006 ini. Adakah benar beliau penganut Syiah atau sekadar mengemukakan latar belakang Iran dalam karya sebagai suatu kelainan berbanding karya tempatan yang lain?
Dalam konteks semiotik, Faisal dan Iran ada hubungan tersendiri. Kewujudan ‘Tehrani’ pada hujung nama mungkin membawa maksud Teheran iaitu ibu negara Iran. Hanya Mohd Faizal Musa yang memahami maksud nama samarannya.
Faisal mempunyai pengaruh yang tersendiri terutama dalam kalangan generasi muda. Novel 1515, 1511H Kombat, Perempuan Politikus Melayu, Detektif Indigo, Advencer Si Peniup Ney, Bedar Sukma Bisu dan Cinta Hari-Hari Rusuhan menjadi kesukaan generasi muda.
Pemikiran dan persoalan yang ditampilkan dalam karya berkenaan dibincang dan diperdebatkan. Isu Syiah tidak diperkatakan sebelum ini. Untuk lebih adil, karya yang diharamkan wajar didedahkan secara umum. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu membuat penjelasan secara terbuka agar kontroversi yang melanda Faisal dapat dihuraikan secara terperinci, berhemah dan bertanggungjawab.
Kita menentang sebarang unsur Syiah dalam masyarakat kerana boleh menjejaskan keharmonian umat Islam. Bagaimanapun Faisal perlu diberikan keadilan. Pihak yang mendapati karya beliau bertentangan dengan nilai tempatan wajar memberi penjelasan. Huraikan bab mana yang mengandungi unsur Syiah. Perjelaskan ungkapan yang dikaitkan dengan Syiah sehingga dianggap mengancam kebebasan beragama dan merosakkan akidah umat Islam.
Isu pengharaman karya bukan sesuatu yang baru di Malaysia. Faisal mungkin pengarang generasi baru pertama yang karyanya diharamkan. Sebelum ini karya Pak Sako diharamkan British kerana satiranya dianggap menjejaskan kepentingan penjajah. Buku ilmiah Pendeta Za'ba juga pernah diharamkan pihak berkuasa agama di sebuah negeri kerana sebab yang masih menjadi rahsia umum.
Beberapa karya yang dianggap keterlaluan bebas tersiar sebelum ini walaupun menimbulkan kemarahan umum. Shanon dengan novel Shit memburukkan pemimpin negara hampir 15 tahun lalu. Yahaya Ismail menerusi cerpen Maharaja Beruk secara keterlaluan membandingkan individu tertentu dengan perangai haiwan yang suka mencakar dan menggigit. Mereka terlepas daripada tindakan pengharaman.
Kassim Ahmad pernah diharamkan bukunya kerana mengusulkan penilaian semula hadis. Sajak beliau Sidang Roh menjadi kontroversi kerana diksi ‘...nanti akan padamlah dengan sendiri/ lampu dari menara tinggi/ karena di bawahnya orang kian mabuk/dan Tuhan sudah mati’. Ungkapan ‘Tuhan sudah mati’ dalam konteks sajak berkenaan ditujukan kepada golongan yang ingkar kepada agama dan bukan menggambarkan kehidupan Kassim sendiri.
Kita harap isu yang melingkari karya sastera tempatan tidak menjejaskan kreativiti, semangat dan keinginan penulis untuk melahirkan karya berbobot.
Jika Faisal disahkan berfahaman Syiah, beliau wajar ditarbiah dan dikenakan tindakan berlandaskan perundangan yang ada. Beliau perlu diberi peluang membela diri dan JAKIM pula wajar memberi penjelasan secara terbuka dan ilmiah bagi mengelak tindakan agensi berkenaan dipertikaikan.
Faisal mahu mengemukakan isu pengharaman novel ke peringkat antarabangsa termasuk dirujuk kepada badan hak asasi Front Line Defenders serta pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kita harap isu sebenar terserlah tidak lama lagi.

5 comments:
kena ada penjelasan. Bab syiah ni adakalanya berlebihan
syiah bahaya. Sekular pun bahaya.Perlu huraian tegas isu ini
Ajaran Syiah: perlu pencerahan
Siasat penulis jika benar dia bersalah
Pandangan menarek. Syiah dikatakan sesat/ Betul ke. Buktikan karya syiah choba rosakkan akidah
Post a Comment