Hampir 900,000 perantau Kelantan mencari rezeki terutama di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Sebahagian besar mereka sambut Syawal di Kelantan walaupun terpaksa memandu sehingga 18 jam ke bumi Cik Siti Wan Kembang.
Kesesakan dan kesukaran menguruskan hal peribadi sepanjang perjalanan bukan isu lagi. Walaupun ada yang sudah 30 tahun mencari rezeki dan mempunyai kediaman selesa di tempat lain, mereka meneruskan tradisi balik kampung dengan pelbagai cerita dan kenangan di perantauan.
Ada juga perantau yang membayar zakat di negeri Kelahiran, walaupun nikmat hidup di tempat lain. Alasan selalu diberi: “Tempat kita berbeza negeri lain. Rakyat miskin masih ramai dan perlu dibantu. Negeri kita tak dapat royalti minyak!”.
Tradisi muafakat, sedekah dan wakaf masih menebal di kalangan perantau Kelantan. Jati diri ini akhirnya diterjemah dalam bentuk politik apabila sebahagian besar mereka memilih mengundi di Kelantan, walaupun bermastautin di tempat lain.
Ada tiga mitos raya yang sering dikaitkan dengan perantau Kelantan: Aidilfitri, Aidiladha dan pilihan raya umum. Mereka akan pulang ketika lebaran. Di sesetengah tempat, hari raya korban lebih meriah berbanding Aidilfitri. Masa lampau dan pengalaman merantau menjadi bahan cerita sesama ahli keluarga dan rakan.
Mereka juga lazimnya tidak melepaskan peluang membuat keputusan di peti undi di kampung halaman. Setiap kali pilihan raya umum, ahli politik sentiasa berusaha memastikan perantau pulang.
Pada masa ini ada 15,000 pengundi luar yang masih berdaftar di Kelantan. Mereka terbabit dalam pelbagai sektor pekerjaan dan akan menentukan hala tuju Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Mereka 15 peratus daripada 90,000 pengundi berdaftar di Kelantan.
Bagi parti politik yang ingin menguasai Kelantan, selera siasah perantau perlu diambil kira. Lebih 90 peratus dalam kalangan mereka adalah generasi di bawah usia 40 tahun. Mereka tidak terikat dengan politik kepartian. Selera semasa bakal menentukan aliran pengundian. Pada pilihan raya umum 1999, perantau Kelantan dikaitkan punca kekalahan Barisan Nasional. Isu reformasi dan royalti minyak menjadi bahan kempen.
Kelantan sentiasa dikaitkan dengan agenda pembangunan. Pihak berkepentingan sentiasa bersuara mengenai perubahan kepemimpinan demi hala tuju politik masa depan.
Bagaimanapun, tradisi pondok dan perkitaran Pantai Timur yang menghadap Laut China Selatan agak berbeza. Kelantan sentiasa melahirkan ulama terbilang seperti Tok Kenali. Kelantan pernah dipimpin oleh pemidato hebat seperti Tan Sri Asri Muda.
Kelantan juga melahirkan Menteri Kewangan berbangsa Melayu pertama, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. Legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar menjadi pemain profesional pertama di Malaysia apabila berkelana ke Australia pada awal dekad 70-an.
Dari segi kesenian dan kebudayaan, Kelantan sentiasa kaya dengan pementasan. Dari bangsal dikir barat, wayang kulit, makyung dan main puteri, tanpa kita sedari mendekatkan tradisi muafakat. Kerjasama dan perpaduan sesama Melayu membentuk fahaman siasah berbeza dengan negeri lain.
Sehingga kini tiada kajian akademik yang merujuk punca sebahagian besar anak Kelantan mempunyai fahaman politik di luar pemikiran perdana. Apakah kerana taksub kepada politikus yang bertopeng agama, atau mereka kecewa dengan isu pembangunan yang tidak banyak membawa perubahan prasarana di Tanah Sekebun Bunga?
Oleh kerana Kelantan dianggap ketinggalan, siapakah yang berhak menanganinya? Apakah golongan berjubah dan berkopiah mampu membawa perubahan atau pihak lain mampu meyakinkan rakyat?
Persoalan politik sering mengundang polemik. Ketika ada pihak meyakini pembangunan perlu dipertingkat, isu royalti minyak tidak terkecuali menjadi bualan rakyat. Sentimen kenegerian dan harapan pengundi muda perlu ditangani.
Pembangunan tanpa pengisian jiwa bakal menjadi ledakan jangka panjang. Ketika ada pihak menubuhkan tabung amanah bagi membiayai pembinaan lebuh raya menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK), ada pula yakin pembinaan secara wakaf tidak bebankan rakyat dari segi kutipan tol apabila beroperasi kelak.
Lebuh raya empat lorong dua hala sepanjang 73 kilometer itu menelan belanja kira-kira RM1.4 bilion. Ia menjadi bualan ketika sambutan Aidilfitri sekarang. Mampukah PAS menyiapkan lebuh raya? - Berita Harian, 21 Ogos 2012