Majlis yang awalnya santai, lancar dan tenang tiba-tiba diganggu pengumuman daripada lelaki berkopiah putih berbelang hijau: “Hadirin diminta masuk ke premis bangunan. Permit yang kita peroleh sekadar pertemuan dalam dewan. Hadirin dilarang berada di jalan raya!”
Beberapa petugas bermotosikal meninjau kawasan ceramah dan berbincang dengan jawatankuasa cawangan sebuah parti politik supaya majlis lancar dan jalan raya tidak sesak.
Premis ceramah yang sepatutnya memuatkan 100 orang melimpah kepada 200 hadirin. Suasana sesak dan bau hangit. Ada yang terpaksa berdiri atau duduk di atas simen kerana tidak cukup kerusi. Ada kanak-kanak lima tahun yang merengek mahu pulang kerana tidak tahan suasana bingit penceramah yang lantang bercakap soal hudud dan citra politik baru. Ada juga yang melaungkan takbir berulang kali apabila dirasakan sesuatu hujah berjaya menaikkan semangat.
Penulis harus akui suasana tempat ceramah politik sering mengundang pelbagai tafsiran. Lazimnya majlis sekadar untuk kegiatan penerangan keahlian tetapi akhirnya terbuka kepada semua pihak yang ‘sudi’ mendengar tarbiah isu semasa. Ada juga majlis memperalatkan artis ‘lanjut tempoh’ semata-mata untuk meraih perhatian penduduk taman perumahan. Sudah jadi trend memperalatkan nama artis untuk memancing khalayak. Walaupun pada beberapa majlis mencatatkan lima nama artis pernah jadi idola ramai, yang hadir cuma seorang dipanggil ‘ustazah’ kerana sudah bertudung dan bercakap mengenai Islam.
Ada desas-desus mengatakan penceramah mendapat komisen hasil titik peluh mereka. Jika ramai yang hadir, komisen yang diperoleh semakin meningkat. Kehebatan seseorang penceramah bukan kerana kemampuan intelektual dan hujah yang cerdik, tetapi bersandarkan sejauh mana lawak jenaka seseorang boleh diterima umum. Justeru, jangan hairan ada majlis ceramah diiringi kutipan derma ikhlas. Jangan terperanjat apabila kehadiran seseorang tokoh disenangi menentukan jumlah hadirin di sesuatu kawasan.
Kita sedia maklum hadirin majlis ceramah bukan mengharapkan idea bernas untuk pembangunan negara. Mereka memadai terpukau dengan intonasi suara yang menarik serta mampu berjenaka, termasuk memperlekehkan saingan politik. Harus kita akui politik ada kalanya zalim terhadap politikus. Politik jarang mengampunkan lawan, justeru majlis ceramah menjadi landasan terbaik menyerang pihak lain.
Sehingga kini tiada kajian khusus mengenai bentuk ceramah dan kesan terhadap pendengar dan pengikut. Ceramah politik sudah membentuk tradisi lisan tersendiri sejak prakemerdekaan. Jika dulu nasionalis menggunakan perhimpunan umum untuk menggerakkan semangat menentang penjajah, kini ia sebahagian daripada wahana mendapatkan mandat rakyat.
Kita tidak pasti sejauh mana majlis ceramah membantu pendidikan politik kenegaraan kerana bentuk majlis itu sendiri sentiasa dikaburi unsur sentimen, propaganda yang kaya dengan drama dan intrignya.
Tentu tidak adil mengharapkan penceramah jujur dalam ucapannya. Politik memang kejam terhadap pesaing. Memadai ceramah untuk memancing hadirin mendengar hujah tanpa diberi kesempatan mempertikaikan apa diperkatakan.
Ketika media baru dianggap saingan kepada akhbar, majalah dan sebaran am lain, ceramah kekal berakar umbi dalam masyarakat. Tradisi lisan yang kita bentuk dalam cerita penglipur lara diterjemahkan dalam bentuk moden yang lebih agresif dan kreatif. Jika dulu tradisi lisan sekadar berceritera mengenai feudal dan kesetiaan kepada istana, kini ia mengambil bentuk tersendiri dalam masyarakat.
Tradisi lisan bentuk moden sebahagian budaya politik kepartian yang menjadi tuntutan ramai. Ia hampir dipercayai sebagai pembawa suara kebenaran walaupun latar belakang penceramah sendiri tidak sunyi daripada khilaf dan salah.
Penulis akui kerap menghadiri majlis ceramah politik sejak akhir-akhir ini kerana ingin mengenali sistem tanda dan isyarat masyarakat Malaysia. Politik kepartian dan majlis ceramah memberi tanda baca tersendiri. Gerakan siasah tidak selamanya statik kerana rakyat juga mahir membaca kaedah semiotik yang kekal misteri. Politik seperti juga sastera sentiasa kaya dengan watak dan perwatakan! - Berita Harian, 16 Oktober 2012

No comments:
Post a Comment