Siapa bakal terpilih menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) tidak mendebarkan lagi kerana calon Parti Republikan, Mitt Romney hampir pasti menjadi tarikan dunia.
Pusingan pertama debat beliau bersama Presiden Barack Obama membuktikan sekutu setia Israel itu berjaya menguasai pentas. Romney dengan selamba bercakap menangani krisis ekonomi dan pengangguran.
Reputasi Obama yang mahir berpidato dan berhujah sejak lima tahun lalu semakin tergugat. Ada ketika dia kelihatan gagap mengutarakan hujah dan mempertahankan pentadbirannya.
Debat dua tokoh menjadi tarikan sejagat. Seperti tradisi, penyandang Presiden dan pencabar diuji di atas pentas dan rakyat AS bebas menilai ketokohan masing-masing.
Kita harus akui Obama mempunyai peribadi yang baik sepanjang pentadbirannya. Beliau tidak mempunyai gosip yang menjejaskan pentadbiran seperti dialami Bill Clinton, Richard Nixon dan John Kennedy. Obama tiada hubungan sulit dengan pembantu peribadi Rumah Putih atau mengintip pihak lawan. Peribadinya dianggap bersih, malah ketika awal pentadbirannya ada yang silap sangka dengan mendakwa beliau seorang Muslim.
Bagaimanapun, politik bukan sekadar isu peribadi. Tidak juga sekadar debat dan personaliti kerana politik adalah segala-galanya. Kelemahan Obama adalah kurang menonjol sebagai sekutu Zionis walaupun beliau menang pilihan raya empat tahun lalu hasil biaya Yahudi. Beliau juga gagal menangani isu pengangguran yang menjadi beban utama di AS sekarang.
Romney lebih kelihatan tangkas. Bukan saja kerana melawat Israel untuk menonjolkan sikap mesra Yahudi di Asia Barat, bahkan sedang mereka pelan tindakan menguasai kebangkitan generasi muda Arab di Timur Tengah. Romney juga merangka pelan tindakan menguasai ekonomi Eropah Barat yang berdepan krisis kewangan meruncing.
Sehingga kini penganalisis berpendapat, terlalu awal untuk mengatakan Romney memiliki kelebihan ke atas Obama dalam perlumbaan ke Rumah Putih. Tinjauan Cable News Network (CNN) mendapati 67 peratus responden beranggapan Romney mengalahkan Obama dan hanya 25 peratus berpendapat sebaliknya. Tinjauan CBS News menyaksikan lebih dua kali ganda bersetuju Romney menang.
Dalam perdebatan yang berulang kali ditayangkan CNN sejak Khamis lalu, Obama bercakap lebih lama dalam perdebatan 90 minit di Denver, tetapi pencabarnya lebih berjaya memberi pandangan meyakinkan. Jika keadaan tidak berubah, pengundian 6 November depan bakal menyaksikan peralihan kuasa di Rumah Putih.
Pengarah Pusat Politik dan Hal Ehwal Awam di Kolej Franklin dan Marshall, G Terry Madonna mengakui Romney mempunyai banyak alasan untuk menang debat ketika Presiden tidak berada dalam prestasi terbaik.
Madonna yang memantau pilihan raya sejak 1960 yakin peralihan kuasa adalah tradisi berterusan yang membentuk kepemimpinan di AS.
“Romney tahu apa yang perlu dilakukan dengan menyampaikan mesejnya dan beri keyakinan kepada penyokong Republikan bahawa beliau boleh menang,” katanya.
“Beliau masih hadapi cabaran besar. Mungkin beliau akan dahului sokongan di Virginia atau Florida dalam masa dua tiga hari lagi,” kata profesor di Universiti Georgetown, Clyde Wilcox.
Cuma, di banyak tempat lain, beliau mendahului sokongan termasuk Ohio dan Wisconsin. Jadi, persoalannya sama ada Romney boleh mengatasinya sebelum pengundian bermula.
Penasihat empat Presiden Amerika, David Gergen, berpendapat keadaan lebih terbuka bagi Romney selepas ini.
Romney dan Obama meneruskan tradisi debat yang ditonton hampir 700 juta penduduk dunia. Debat pertama pada 26 September 1960 disaksikan 66 juta rakyat AS membabitkan calon Demokrat, John Kennedy dan calon Republikan, Richard Nixon.
Pemerhati berpendapat Nixon kalah dalam debat ini kerana kurang persiapan diri untuk siaran televisyen. Beliau memakai sut kelabu yang tidak menonjol dibandingkan latar belakang studio untuk siaran televisyen hitam putih.
Debat calon Presiden tidak diadakan pada 1964, 1968, dan 1972. Pada 23 September 1976, calon Demokrat, Jimmy Carter dan calon Republikan Gerald R Ford berdebat di hadapan kamera televisyen dan penonton studio. Debat calon Naib Presiden juga diadakan antara wakil Demokrat, Walter Mondale dan wakil Republikan, Bob Dole.
Sejak 1976 tradisi debat calon Presiden bagai kewajipan dalam tradisi demokrasi AS. Ia bukan undang-udang bertulis, tetapi calon perlu berdepan lawan mereka untuk membuktikan kemampuan berhujah dan mentadbir negara. Tokoh yang enggan berdebat dianggap tak layak dipilih sebagai pemimpin negara.
Romney dan Obama masih ada waktu membuktikan ketokohan masing-masing. Terpulang kepada media, juga Zionis untuk menentukan kepemimpinan AS. - Berita Harian, 6 Oktober 2012

No comments:
Post a Comment