Pelancaran pameran lukisan Gema Hati di lobi utama Balai Berita, The New Straits Times Press (NSTP), Kuala Lumpur kelmarin mengingatkan kembali era 1970-an dan 1980-an di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Jika dulu bangunan lama di Padang Merbok menjadi tumpuan anak muda berkarya, berwacana, melukis dan mendeklamasikan puisi, kini Balai Berita mengumpul seniman tersohor Anak Alam yang kelibat sesetengah mereka jarang diperkatakan lagi.
Pameran lukisan Mazlan Noor dan Hassan Abdul Majid boleh mengingatkan kembali era tiga dekad lalu apabila calitan warna, garis dan titik mempunyai suara yang tersendiri, lalu bercerita mengenai alam, kehidupan, kesepian dan harapan hari muka.
Majlis yang diserikan bicara seni Dr Siti Zainon Ismail, serta deklamasi puisi oleh Khalid Salleh, Pyanhabib, Marzuki Ali, Prof Dr Mohamad Hatta Shaharom, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Yassin Salleh dan Ayesha Scott Abdullah berlangsung secara santai tetapi meriah.
Lagu puisi pula didendangkan oleh Kopratasa dan Pak Pandir yang mengisahkan perjuangan Mazlan sebagai pelukis dan seniman bakat alam.
Majlis anjuran Media Prima Bhd (MPB) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu, dirasmikan oleh Sasterawan Negara (SN) ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan, yang turut berkisah sejarah perjuangan dua pelukis yang pernah menjadi tenaga seni terpenting di DBP.
Majlis berkenaan mengembalikan nostalgia kalangan seniman yang suatu ketika dulu bergabung secara santai, berpuisi, melakar pada kanvas dan akhirnya menjadi gerakan seni yang luar biasa di Malaysia.
Ada kalangan sarjana yang menafsirkan Anak Alam sebagai gerakan terancang walaupun mereka mengakui kebanyakan seniman di Malaysia hidup secara mandiri, berjuang tanpa sokongan yang secukupnya daripada birokrat seni atau badan korporat.
Kita masih ingat laman Padang Merbok di antara medan pertemuan penulis bakat baru pada 1987 yang akhirnya diterjemahkan dalam bentuk formal yang dikenali Perhimpunan Penulis Muda Malaysia.
Penulis turut terbabit dalam gerakan berkenaan yang akhirnya mendapat restu daripada Tan Sri Ismail Hussein sebagai Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA). Dua Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Datuk Usman Awang serta beberapa rakan di DBP terutama Datuk Johan Jaaffar yang turut berada di belakang kami untuk memeriahkan majlis di Padang Merbok.
Tanpa sokongan rakan di Rumah Anak Alam ketika itu terutama Abdulaziz HM, Khalid, Marzuki dan Ladin Nuawi, mustahil Perhimpunan Penulis Muda Malaysia tercapai dan mungkin 1987 tidak mencatat sejarah besar dalam konteks kesusasteraan di Malaysia.
Hari ini Anak Alam sudah menjadi tinggalan sejarah. Sisa lampau masih tersemat di pedalaman jiwa seniman Malaysia. Tokoh besar seperti Usman, Siti Zainon, A Ghafar Ibrahim, Dr Ibrahim Ghafar, Khalid, Abdulaziz HM dan Pyanhabib sudah meninggalkan kesan yang luar biasa dalam pelbagai genre. Johan, Dinsman, Sutung Umar RS dan Ladin juga turut dewasa bersama Anak Alam dan kini membawa haluan masing-masing.
Mustahil pameran lukisan Gema Hati mengembalikan era lampau sepenuhnya. Setidak-tidak ia menjadi upaya Media Prima untuk mempertemukan rakan lama yang kini sudah berada pada suasana dan usia yang jauh berbeza.
Kita mengharapkan Anak Alam kembali hidup pada alaf ini kerana kesan perjuangan mereka sukar dinilaikan dengan kata-kata. Semangat, keikhlasan dan jiwa kesenimanan perlu dihidupkan agar Kuala Lumpur bukan sekadar kota batu, bahkan ada ruang untuk seniman berkarya.
Kita rasa ralat apabila dua bangunan usang di Jalan Padang Merbok diruntuhkan demi melaksanakan misi pembangunan. Ia menyebabkan seniman bertaburan, tanpa tempat khusus untuk terus berkarya. Kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan wajar menyediakan tapak untuk lokasi seniman berkarya.
Kita akui Rumah PENA dan Rumah GAPENA tidak mampu menampung kehidupan seniman berkarya sepenuh masa. Hanya Rumah Anak Alam yang boleh menyediakan ruang tapi malangnya sehingga kini tiada upaya untuk menghidupkan semula. Kita berharap Gema Hati bukan sekadar mempamerkan karya, bahkan menjadi gerakan awal untuk menghimpun dan menghidupkan semula Anak Alam dalam bentuk baru. Media Prima, DBP dan badan penulis perlu fikirkan hal ini. - Berita Harian, 5 Disember 2013

4 comments:
Anak alam sebahagian daeripada zaman lalu kita. kita baca sajak, kita melukis. buat teater. sembang dan minum teh cair. zaman dah berubah. kenangan masih ada
Kenapa Imlan tak baca puisi lagi?
Di sebabkan pejabat saya letaknya bersebelahan dengan bangunan usang di Padang Merbok tu, jadi dulu pernahlah juga saya kesana.
Di sana saya sering terserempak dengan seniman yang sememangnya benar-benar seniman.
Sekarang budak-budak Aswara sendiri mungkin tak tahu tentang sejarah bangunan usang tersebut yang telah dirobohkan.
Innalillahi waina ilaihi rajiun.. Al-Fatihah buat sahabat kreatif Allahyarham Hasan Majid yang kembali ke rahmatullah hari ini, Ahad, 16 Februari 2014 bersamaan 16 Rabiulakhir 1435H. Semoga Allah SWT memberi keampunan kepada hambanya ini dan menempatkan roh Allahyarham di sisi hamba-hambaNya yang dikasihi... amin
Post a Comment