SIAPA yang bakal mengeluh suatu hari nanti jika Melayu sendiri terjebak dalam pelbagai skandal? Melayu yang luka atau Melayu yang terjajah di bumi sendiri. Ada waktunya, kita terleka dengan slogan. 1Malaysia, apakah Melayu kuat di negara sendiri.
Kita tiada pemimpin Melayu yang berjiwa Melayu. Yang ada hanya pemimpin yang merosakkan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu. Ketika Umno berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pemimpinnya, Pas pula masih belum ada pemimpin yang bertaraf nasional.
Anwar Ibrahim pula menghadapi pertuduhan liwat. Benar atau tidak kes luar tabie berlaku, yang pasti moral Melayu menjadi mainan massa. Beberapa negara maju (bukan Bangladesh atau Zimbabwe) bakal menulis memo bantah kes liwat.
Rakyat Kelantan yang majoriti Melayu masih mengharapkan royalti minyak yang diperah dari hasil bumi negeri. Semuanya isu Melayu. Di mana ketuanan Melayu jika Melayu bercakar tanpa kesudahan.
2 comments:
Masalahnya kita ada ramai tokoh kurang cerdas.. bebal
Hang jangan gabra.... umno dan pas akan hanyut wehhh
Post a Comment