Pages

Saturday, July 03, 2010

Propaganda media Zionis

 YAHUDI sentiasa menggunakan media untuk terus menguasai dunia. Laporan dari Kabul, Rabu lalu mendakwa pejuang Taliban meletupkan kereta dan melancar roket ke arah pangkalan udara tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di timur Afghanistan, dalam cubaan gagal untuk menawan kem terbabit.

Media juga melaporkan, beberapa penyerang terbunuh dalam serangan di pangkalan udara di Jalalabad itu, manakala dua anggota tentera asing cedera. Laporan juga mendakwa 102 askar asing maut di timur Afghanistan pada Jun lalu. Ketakutan dan ancaman perang dijangka berlarutan jika masyarakat dunia mengabai pentingnya kehadiran ‘tentera asing’ di Afghanistan.

Di Tel Aviv pula, pemimpin rejim Zionis dilaporkan bersikap terbuka untuk mengadakan rundingan langsung dengan Presiden Palestin. Media dikuasai Yahudi yang mendominasi rejim Zionis menggambarkan perpaduan kekal di Asia Barat jika rakyat Palestin bersikap terbuka dan melupakan persengketaan sejak 1948.

Media antarabangsa sentiasa setia memperjuangkan kepentingan rejim Zionis dan proksi mereka. Ketika penyembelihan di Sabra dan Shatila (Chatila) di Beirut, Lubnan pada September 1982, media melaporkan kewajaran tindakan itu kerana ancaman berterusan samseng dan belia Palestin di penempatan Yahudi. Kematian 2,750 umat Islam dinafikan dengan laporan kejayaan Zionis mempertahankan kedaulatan wilayah mereka.
Dari segi angka, bangsa Yahudi hanya 14 juta di seluruh dunia, dengan tujuh juta di Amerika Syarikat, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap seorang Yahudi, ada 100 Muslim (1:100). Namun Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada umat Islam. Tentunya fungsi media tidak boleh ketepikan.
Dalam dunia media, tokoh Yahudi terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (Ketua Editor Time), Katherine Graham (penerbit The Washington Post) dan Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif The New York Times) menguasai pandangan dunia dan mencorakkan pemikiran sejagat. Suara Yahudi sentiasa berada pada segenap pelosok dengan pelbagai drama dan intrignya.
Dalam bidang seni pula, pelakon Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk berbangsa Yahudi. Hollywood sendiri diwujudkan Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling, (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple) dan Andrew Vaina (Rambo) – semuanya Yahudi.

 Merekalah yang turut mencorakkan pemikiran dan keseronokan di ruang tamu rumah kita. Di negara jiran pula, ejen Yahudi menguasai media menerusi proksi di kalangan rakyat tempatan. Karya sastera dan laporan berita disiarkan menurut acuan pihak tertentu.

Konsep seni kabur dan antisosial mendapat tempat secara terbuka. Di Jakarta polemik teater Utan Kayu dan Komuniti Utan Kayu banyak diperdebatkan. Isu karya untuk masyarakat atau seni untuk seni menjadi polemik. Ada yang menggunakan sastera untuk mempertikaikan Islam, tak kurang juga cerpen dan novel yang berkiblatkan isu kabur mendapat tempat di media ternama, berbeza penulis Islam yang terpaksa membuat komuniti tersendiri, misalnya menerusi Forum Lingkar Pena atau Komuniti Pendekar Sendang Drajat.
Ejen Yahudi menguasai media utama di Asia Tenggara. Justeru, tidak menghairan apabila berita Malaysia mencuri khazanah seni Indonesia diperbesarkan, berbanding kejayaan Kuala Lumpur mengirim angkasawan pertama ke angkasa lepas.  - Berita Harian, 3 Julai 2010

No comments: