Pages

Wednesday, July 28, 2010

Revolusi pengaruhi sistem sosial dunia

Teori persuratan media baru ditunjangi tokoh Yahudi semarakkan permusuhan sesama Islam


REVOLUSI sentiasa setia mengubah dunia. Ketika sistem feudal dan penguasaan golongan agama terhadap masyarakat begitu tebal sejak zaman gelap, revolusi berjaya mencelekkan maya pada akhir abad ke-18.

Revolusi Perancis dan revolusi industri membentuk pola baru kehidupan sejagat. Penggunaan buruh murahan dan abdi menjadi keperluan utama, sekali gus menyingkirkan pengaruh istana di mata rakyat.

Pada awal abad ke-19, sistem ekonomi yang berteraskan industri menyebabkan wujud golongan pelabur, pengilang dan pengusaha yang sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada awam.

Banyak buruh paksa dan murahan diangkut dari Afrika ke Eropah untuk menggerakkan industri, sekali gus membentuk proses penghijrahan yang luar biasa.

Pada 1900, dianggarkan 60,000 kulit hitam bekerja menyusun arang batu di London. Pada masa sama penggunaan mesin untuk industri tekstil membolehkan peningkatan hasil pengeluaran Britain. Ia juga menggerakkan proses penghijrahan bangsa Arab, Asia Timur dan Asia Selatan ke Eropah.

Revolusi industri juga mengubah pendekatan bekerja. Daripada penggunaan tenaga manual (manusia), ia berubah pesat pada 1850 kepada penggunaan tenaga wap, rel kereta api dan akhirnya elektrik. Ia juga mengubah cara berfikir, sekali gus cara berpolitik dan bersosial. Ia juga mempengaruhi sistem maklumat dunia.

Tentunya dunia terhutang budi kepada ilmuwan seperti Francis Bacon, Rene Decartes dan Galileo Galilei yang mencetuskan cara berfikir era baru. Penubuhan The Royal Improving Knowledge, The Royal Society of England, dan The French Academy of Science pula pelengkap penguasaan kehidupan, perusahaan dan penjelajahan dalam pelbagai sektor.

Bermula dari sinilah tradisi zaman gelap yang dikuasai pihak istana sebelumnya berubah bentuk. Penjajahan era baru bukan sekadar menguasai tanah jajahan, juga menguasai struktur politik dan ekonomi tanah jajahan. Istana satu demi satu lebur dan institusi bangsawan di banyak negara jadi tinggalan sejarah.

Cara berfikir juga turut berubah apabila idea demokrasi digunakan untuk menguasai ekonomi dan massa. Revolusi industri tidak kecil sumbangannya terhadap manusia sendiri.

Ia bukan sekadar menyediakan peluang ekonomi dan sistem pekerjaan, juga melahirkan dua ideologi yang mengejutkan; kapitalis dan sosialis.

Kapitalis adalah golongan yang sentiasa mengutamakan keuntungan dan melihat manusia (hamba) sebagai aset untuk mencapai keuntungan.

Sistem kapitalis juga menyebabkan manusia berlumba untuk mencapai kejayaan dan kekayaan, sekali gus mengundang kepada sikap tamak, iri hati dan penindasan. Eksploitasi kewangan dipergunakan untuk memeras golongan miskin.

Keadaan ini menyebabkan lahir ideologi sosialis. Karl Marx (1818–83) menerusi karyanya Das Kapital menegur sistem perhambaan ala kapitalis yang dianggap ‘membunuh’ naluri kemanusiaan. Dia mengungkapkan manusia perlu kepada sistem sosialis yang berjuang untuk kepentingan sejagat.

Revolusi tercetus di Eropah Timur dan Soviet Union sebagai pelengkap kemaraan sistem komunis yang dikatakan lebih baik daripada kapitalis. Di China pula lahir Revolusi Kebudayaan yang menjulang nama Mao Zedong sebagai pejuang rakyat. Sistem feudal lebur di sisi Tembok Besar China dan revolusi juga yang menghalalkan pembunuhan terhadap ‘musuh rakyat’.

Sistem kapitalis, sosialis dan revolusi industri berjaya mengubah peta dunia secara keseluruhan. Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua menyebabkan dunia pecah kepada beberapa proksi yang akhirnya mencetuskan Perang Dingin pada dekad 50-an hingga 70-an. Perang Dingin juga menyebabkan sistem maklumat berperanan untuk mencetuskan pendapat dunia.

Tokoh Yahudi seperti Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Time); Katherine Graham (The Washington Post); Joseph Lelyyeld ( The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times) mempunyai saham yang besar mencorak pemikiran dunia.

Mereka juga mencipta teori persuratan media baru yang kononnya lebih telus dan adil kepada semua pihak. Laporan dan ulasan mereka mengubah suasana baru, termasuk di negara kita.

Mereka juga pelengkap revolusi bermaklumat pasca Perang Dingin yang juga tercetus hasil kemajuan revolusi industri di Eropah dua abad lalu.

Teori merekalah yang sentiasa menyemarakkan permusuhan sesama umat Islam masa kini!  Berita Harian, 27  Julai 2010

No comments: