JALAN Lapangan Terbang Lama di pusat bandar raya Kuala Lumpur tidak jauh berbeza kawasan lain. Simpang siur kenderaan dan hiruk pikuk manusia sentiasa meriuh sepanjang tempoh 24 jam. Deretan bangunan tinggi termasuk Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bangunan sebuah syarikat insurans tersohor menjadi mercu tanda kawasan itu.
Ia juga lokasi pembangunan kota raya kerana Kuala Lumpur semakin kurang tanah untuk menempatkan kawasan perdagangan yang bertambah setanding kota besar ternama dunia. Banyak hutan dipugar, bukit digondol, pokok ditebang dan lurah diratakan atas nama pembangunan ekonomi.
Khabar yang merisaukan kalangan sasterawan dan seniman ialah kemungkinan bangunan yang menempatkan Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) bakal menjadi mangsa pembangunan.
Cakap-cakap sudah berlegar di Putrajaya. Bukan sekali dua disebut, malah berkali-kali -- PENA dan GAPENA bakal kehilangan premis kerana kawasan itu akan dimajukan sebagai pusat perdagangan baru di Kuala Lumpur.
Sehingga kini surat rasmi belum dikeluarkan. Namun di kalangan penggerak budaya dan sastera, penempatan di kawasan strategik itu semakin berada di penghujung. Hayatnya dijangka tidak panjang lagi.
Jika sebelumnya lokasi Penjara Pudu, Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang berada tidak jauh dari rumah PENA dan GAPENA dibangunkan sebagai pusat komersial walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak, tidak mustahil Jalan Lapangan Terbang Lama berubah wajah selaras tuntutan pembangunan. Ada pihak yang sinis mengandaikan sasterawan dan budayawan sentiasa mengalah kepada pihak yang lebih berkuasa -- korporat, politikus dan elitis kuasa!
Andainya PENA dan GAPENA diarah berpindah dari lokasi sekarang , mungkinkah kedua-dua premis penulis itu digantikan di kawasan lain yang juga selesa untuk penyair membaca sajak, budayawan bertukar wacana dan pelukis melakarkan garis dan imej pada kanvas? Mungkinkah seniman kita masih selesa berkarya di tempat yang sesuai? Lebih daripada itu, masih adakah seniman dan budayawan di Kuala Lumpur untuk dekad mendatang?
Pertanyaan demi pertanyaan masih misteri jawapannya. Presiden PENA, Dr Mohamad Saleeh Rahamad sekadar tergelak apabila ditanyakan nasib Rumah PENA. “Kami belum terima surat hitam putih,” katanya.
Bagaimanapun beliau turut gusar kerana terlalu banyak khabar mengenai nasib kawasan sasterawan yang bakal dimajukan.
Pengalaman lalu banyak membuktikan betapa banyak kawasan yang dulunya menjadi medan untuk seniman berkarya akhirnya bertukar sebagai kawasan komersial.
Bagi kebanyakan penyair, pelukis dan aktivis teater sejak dekad 60-an, Rumah Anak Alam dan Rumah Teater Kreatif di Padang Merbok pernah menjadi medan seniman mengasah bakat. Nama besar seperti Usman Awang, Siti Zainon Ismail, A Ghafar Ibrahim, Ibrahim Ghafar, Khalid Salleh, Abdulaziz HM dan Pyanhabib melahirkan karya besar di Rumah Anak Alam.
Mior Hashim Manap dan isterinya Izaidah Khairan pula melatih anak muda dalam bidang lakonan di Rumah Teater Kreatif. Kedua-dua bangunan itu sudah tiada di Padang Merbok walaupun pernah mencatat sejarah sebagai lokasi Perhimpunan Penulis Muda pada 1987.
Mungkinkah bangunan PENA dan GAPENA senasib Rumah Anak Alam dan Rumah Teater Kreatif?
Kita merasakan Kuala Lumpur amat berbeza dengan Jakarta yang menyediakan ruang untuk seniman bernafas. Pusat Kesenian Jakarta Taman Ismail Marzuki yang popular disebut Taman Ismail Marzuki (TIM) menjadi pusat kesenian dan kebudayaan. Di sini terletak Institut Kesenian Jakarta dan Planetarium Jakarta yang memiliki enam ruang teater moden, balai pameran, galeri dan gedung. Acara seni dan budaya dipertunjukkan secara rutin termasuk pementasan drama, tari, wayang, muzik, pembacaan puisi, pameran lukisan dan pertunjukan filem.
Sehingga kini Jalan Lapangan Terbang Lama terus riuh dengan simpang siur kehidupan. Mungkinkah juga keriuhan itu terus memuncak dengan deretan bangunan pencakar langit ketika seniman terpaksa berundur dari wilayah yang bukan milik mereka? Hanya waktu yang bakal menjawabnya! - Berita Harian, 15 Ogos 2011

No comments:
Post a Comment