Bukan mudah ke Kuala Lumpur bagi remaja kampung akhir dekad 1970-an kerana terpaksa merayu kepada orang tua, di samping meneliti wang di poket sendiri. Kemampuan harus ada kerana UMNO ketika itu masih dianggap parti bagi orang kampung yang serba kekurangan. UMNO dianggotai nelayan, petani, penoreh getah, tukang kebun sekolah, buruh kasar dan guru lulusan maktab perguruan.
Tidak ramai yang berjawatan tinggi menyertai UMNO lebih-lebih lagi di sebuah negeri yang mempunyai kepentingan siasah berbeza.
Bagaimanapun, peluang ke perhimpunan agung UMNO adalah pengalaman luar biasa. Tiada tawaran penginapan hotel lima bintang untuk wakil bahagian dan pemerhati seperti sekarang, melainkan rumah tumpangan di Jalan Chow Kit untuk berkongsi mimpi dan melepaskan lelah seketika.
Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur amat meletihkan. Selama 12 jam berhimpit dalam Morris Minor atau bas uzur yang terpaksa melintasi kawasan pantai di Terengganu, sebelum meredah bukit di Pahang dan tiba di Kuala Lumpur ketika matahari sudah lama menghilang. Laluan Gua Musang belum dibuka kerana ancaman pengganas komunis.
Kuala Lumpur amat asing bagi kebanyakan Melayu ketika itu. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 bagai membuktikan sesuatu yang tidak kena apabila sebuah kawasan yang asalnya tempat bermukim bangsa Melayu sejak 1800 dikuasai pihak lain.
Bagaimanapun, peluang ke perhimpunan agung UMNO adalah pengalaman unik. Wakil dari Kelantan lazimnya tinggal di Jalan Chow Kit kerana lebih selesa di kawasan sesak itu. Ramai peniaga kecil, pemilik gerai dan buruh kasar berasal dari Kelantan menjadikan Chow Kit sebagai tempat pertemuan, melepaskan lelah dan bersembang sesama sendiri. Loghat Kelantan begitu ketara di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada dekad 1970-an sebelum dikuasai loghat pendatang Indonesia pada 1980-an dan kini.
UMNO pula tidak mempunyai dewan yang besar untuk bermesyuarat, memadai sekadar meminjam Balai Budaya dan Balai Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi membincangkan dasar parti dan suara akar umbi.
Sehingga awal 1980-an, ibu pejabat UMNO di Medan Tuanku dianggap pusat strategi parti. Dari sinilah berkumandang suara Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn yang bekerja keras membantu perpaduan Melayu dan menentukan pencapaian dasar membangunkan peniaga Bumiputera.
Hari ini mungkin sebahagian besar dalam kalangan kita berasa sinis, atau mungkin simpati dengan nasib lampau. Bangunan Ibu Pejabat UMNO di Medan Tuanku hanya premis kecil yang menyimpan pengalaman tersendiri. UMNO tidak lagi bergayut pada lokasi kumuh kerana kini beroperasi di bangunan tersergam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Ahli UMNO pula bukan lagi kalangan buruh, petani dan nelayan. Ada profesional dan korporat yang lahir pasca Dasar Ekonomi Baru (DEB) turut memberi watak berbeza kepada parti itu sendiri. Kehadiran mereka mengubah cara berfikir dan bertindak. UMNO bukan lagi parti orang kampung kerana sudah memiliki kepelbagaian tersendiri. Selera, mimpi dan harapan ahli juga mula berubah dan semakin tercabar.
Tahun ini perhimpunan diadakan dari 27 November hingga 1 Disember. Tumpuan perwakilan tentulah ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, pada majlis perasmian di Dewan Merdeka pada 29 November ini. Perdana Menteri dijangka memberi amanat penting dan langkah yang harus diambil bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
UMNO kini kesinambungan perjuangan yang diasaskan sejak 11 Mei 1946. Cuma wajah ahli dan pemimpin agak berbeza, namun semangat ahlinya mustahil berbeza. Ramai yang komited berjuang untuk parti, di samping harus diakui ada sekadar pencacai yang mahu mendapatkan laba hasil perjuangan mereka.
UMNO dengan kepelbagaian pengalaman perjuangan ahli dan cabaran zaman harus kekal relevan di mata Melayu. Sejarah membuktikan kekuatan UMNO adalah asas perjuangan yang bertapak kukuh di luar bandar. Pemimpin perlu sedar sesebuah parti yang meninggalkan tradisi sendiri bakal berdepan dengan masalah. Pengalaman Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008 harus dikenang sebagai teladan yang amat pahit. Segelintir ahli sendiri meninggalkan parti atau mengambil keputusan tidak keluar mengundi kerana sikap sesetengah pihak dalam parti.
Masa depan Melayu tidak semestinya bergantung kepada UMNO semata-mata. Selagi UMNO kekal untuk Melayu dan mendaulatkan bahasa Melayu, agama dan bangsa di tempat sewajarnya, rakyat akan memihak kepada UMNO. Jika tidak, UMNO akan lebur! - Berita Harian, 20 November 2012

No comments:
Post a Comment