Gabungan tokoh berpengalaman, wanita dan muka baru sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO menjadi cabaran untuk memperkuatkan jentera parti bagi menghadapi situasi politik untuk tempoh 2013 hingga 2016.
Paling ketara jawatan pada peringkat Pusat, negeri dan agensi kerajaan memberi kelebihan kepada seseorang tokoh untuk mengungguli pemilihan Majlis Tertinggi.
Pemilihan Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan undi terbanyak memang diduga kerana beliau sudah membuktikan kemampuannya dalam Kabinet dan parti. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan sudah menunjukkan kewibawaan untuk merampas semula negeri berkenaan yang ditadbir PAS sejak 1990. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) berjaya menambah enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tentunya berkait rapat dengan kewibawaan beliau mendampingi rakyat Kelantan.
Begitu juga dengan pemilihan Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai Ahli Majlis Tertinggi. Perwakilan melihat perlunya ada tokoh agama dalam parti bagi memastikan UMNO kekal relevan terutama dalam kalangan masyarakat Melayu di luar bandar.
Tokoh lain yang terpilih termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Idris Haron, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kerana latar belakang mereka yang disenangi perwakilan.
Pemilihan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Hasan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis, Datuk Razali Ibrahim, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Abd Latiff Ahmad dan Datuk Shamsul Anuar Nasarah, membuktikan UMNO memerlukan individu yang boleh bekerja dalam satu pasukan.
Paling penting mereka boleh berperanan membantu Presiden dan Timbalan Presiden untuk menjayakan program transformasi, sekali gus membantu UMNO mendepani cabaran menjelang 2020.
Selain itu, kehadiran Datuk Ab Aziz Kaprawi, Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Sohaimi Shahadan menunjukkan keragaman dalam UMNO. Parti memerlukan gabungan insan yang matang, vokal dan boleh bekerja keras bagi menjayakan aspirasi rakyat.
Paling penting cabaran yang bakal dihadapi UMNO tidak mudah ketika prestasi BN dalam dua pilihan raya lalu tidak memberangsangkan.
Sokongan daripada 191 bahagian di seluruh negara bukan bermakna rakyat yang bukan menjadi ahli parti menyokong mereka. Di sinilah letaknya cabaran sebenar untuk Ahli Majlis Tertinggi membuktikan bahawa mereka menjadi harapan rakyat pelbagai kaum yang masih mengharapkan pembelaan UMNO.
Keadaan ini membuktikan akar umbi UMNO mementingkan tokoh yang boleh bekerjasama dengan pucuk pimpinan parti dan kerajaan bagi menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.
Kehadiran semula Annuar dalam Majlis Tertinggi membuktikan ahli mahukan tokoh veteran yang lantang berganding dengan muka baru. Begitu juga kemasukan tokoh muda seperti Reezal Merican menggambarkan proses peralihan berjalan lancar.
Kehadiran tokoh wanita seperti Azalina dan Rosnah membuktikan UMNO sentiasa mengutamakan perjuangan kewanitaan ke peringkat nasional. Gabungan dua serangkai dijangka menyuarakan hasrat wanita yang masih memerlukan pembelaan pada peringkat parti dan kerajaan.
Kepelbagaian pengalaman yang dimiliki Ahli Majlis Tertinggi membuktikan UMNO kekal relevan dalam memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama. Paling penting pengalaman mereka boleh digunakan untuk mendekati rakyat, terutama penduduk luar bandar yang masih memerlukan tumpuan pembangunan.
Bagaimanapun, tersingkirnya penyandang Datuk Saifuddin Abdullah tidak memeranjatkan. Perkembangan yang berlaku pada peringkat bahagian dan tidak memegang jawatan penting dalam kerajaan menyukarkan beliau mendapat perhatian perwakilan. Apa pun barisan Majlis Tertinggi yang dipilih diharap mampu menggerakkan jentera BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pemilihan kali ini memberi peluang kepada ahli membuat keputusan berikutan pindaan perlembagaan parti pada 2009 ke arah menjadikan UMNO lebih telus, demokratik dan membasmi gejala politik wang. Sejak ditubuhkan 11 Mei 1946, UMNO membuktikan pertubuhan berkenaan sebagai pejuang demokrasi tulen. Amalan mengutamakan kepentingan akar umbi menjadikan parti berkenaan lebih unik dan mantap.
Kira-kira 146,000 ahli akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepemimpinan parti itu berbanding sebelum ini yang hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi ketika perhimpunan agung parti di ibu negara.
Di sinilah letaknya keunikan dan kelebihan UMNO yang sentiasa mendahului kepentingan ahli kerana membenarkan mereka membuat keputusan menentukan pucuk pimpinan.
Kita yakin cara pemilihan ahli Majlis Tertinggi dan Naib Presiden yang dijalankan serentak di seluruh negara kelmarin mencapai sasaran untuk mendahului suara rakyat mengikut prinsip demokrasi.
Walaupun sistem pemilihan tidak mencapai kesempurnaan seratus peratus, namun UMNO sudah membuktikan parti berkenaan bersedia berubah bagi memastikan ia kekal relevan dengan situasi semasa.
Ahli sudah memilih tokoh terbaik untuk memimpin UMNO, kini terpulang kepada mereka menentukan hala tuju perjuangan. Kemenangan jawatan dalam parti bukan menggambarkan kekuatan di peti undi pada PRU-14. Inilah cabaran sebenar yang perlu diperhatikan sekarang. - Berita Harian, 2013

6 comments:
UMNO tidak pernah berubah. Imlan sila nyatakan hal yang sebenar. Wajah lama hanya memburukkan keadaan
UMNO akan berubah. Tapi orang yang menang semalam tak ada perubahan langsung. Lembu pun maseh ada dalam umno. Bagaimana ni?
Berubah atau berubah. kawe tak yakin parti kita akan menang dalam pru-14. kawe tak tahu nak kato gapo lagii.
demo tulis pun, kawe suka demo buat cerita sastera, tulis sajak.. baca puisi
PARTI AKAN MATI... LEMBU .. LEMBU
Malangnya bila Mukriz kalah
Saya amat setuju dengan tulisan ini ...... wajah lama masih ada kerana perwakilan pilih menteri, menteri besar dan pengerusi agensi kerajaan saja.
Jika keadaan ini berterusan makna perubahan tak wujud lagi. umno masih wajah lama dan untuk orang lama. Mukhriz kalah bukan kerana dia tak bagus
Post a Comment