Syabas kita ucapkan kepada empat kementerian iaitu Kementerian Pendidikan; Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan Kementerian Kewangan kerana mencapai tahap 80 peratus penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi.
Pengumuman Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan selepas Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Negeri Melaka di Ayer Keroh, membuktikan bahasa Melayu boleh menjadi wahana penting dalam kehidupan moden jika kita sendiri ikhlas untuk berbahasa kebangsaan secara rasmi.
Isu yang berlaku sebelum ini kerana sebahagian pembesar Melayu sendiri yang tidak ‘seronok’ berbahasa kebangsaan sehingga meminggirkan jati diri bangsa. Lebih malang ada pihak yang mendakwa bahasa Melayu kurang sesuai untuk forum bertaraf global, sekali gus memberikan nilai ekonomi kepada bahasa Inggeris.
Kita tidak boleh mengharapkan sektor swasta terutama milik bukan Melayu untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan. Mereka sengaja menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin yang kononnya mempunyai ciri-ciri budaya niaga. Bahasa Melayu hanya boleh dimartabatkan jika kerajaan sendiri yang mendaulatkannya. Kita sokong program audit bahasa yang diperkenalkan DBP bagi memastikan kedaulatan lingua franca tempatan.
Hasil audit bahasa menunjukkan Jabatan Perkhidmatan Awam juga memperoleh pencapaian yang sama iaitu berada pada skala empat. Semua kementerian dan jabatan perlu mencapai skala lima atau 100 peratus memandangkan negara sudah mencapai kemerdekaan selama 56 tahun dan bahasa kebangsaan adalah maruah negara.
DBP menjalankan audit selama tiga tahun terhadap semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bertujuan mengangkat bahasa kebangsaan ke tahap tertinggi, meningkatkan komitmen penjawat awam untuk mengutamakan bahasa kebangsaan serta melakukan transformasi penggunaan bahasa kebangsaan secara menyeluruh.
Audit bahasa menilai dua aspek utama iaitu tahap penggunaan bahasa kebangsaan dan mutu bahasa membabitkan ejaan serta tatabahasa dalam dokumentasi, surat atau secara bertulis.
Program audit bahasa akan diperluas ke peringkat negeri selepas selesai peringkat Persekutuan dengan Perlis negeri pertama yang menawarkan untuk diaudit. Penekanan penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan pentadbiran tidak membataskan penggunaan bahasa lain seperti bahasa Inggeris, sebaliknya kedua-duanya boleh digunakan dalam dokumentasi atau surat menyurat berdasarkan keperluan dan tanpa meminggirkan bahasa kebangsaan.
Malangnya sejak beberapa dekad, bahasa Melayu sering dipermainkan, hatta penamaan jalan dan bangunan awam pun masih terpalit dengan bahasa asing. Hari ini tidak lagi menjadi perdebatan apabila disebut ‘presint’ yang merujuk jalan di Putrajaya berbanding 15 tahun lalu. Dulu ada persatuan penulis dan badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum membantah perkataan berkenaan. Kini bantahan sudah tiada kerana kebanyakan dalam kalangan kita sudah reda dengan ‘presint’.
Kita juga hairan apabila Pudu Sentral, KL Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan bahasa rojak. Apakah tiada ungkapan Melayu yang sesuai untuk menggambarkan perhentian pengangkutan awam di Pudu, pusat bandar raya dan Bandar Tasik Selatan?
Masalah utama penggunaan bahasa Melayu adalah sikap kita sendiri. Apabila Melayu tidak menghargai warisan yang dimiliki moyang mereka, bahasa Melayu menerima cabaran hebat di persekitarannya sendiri. Banyak yang memperlekeh dan bahasa asing menjadi keperluan utama dalam pelbagai sektor.
Hari ini suara pejuang bahasa tidak lagi sehangat dekad 1960-an. Jika dulu Keranda 152 merujuk kepada perarakan bantahan pejuang bahasa Melayu yang kesal apabila bahasa kebangsaan tidak dilaksanakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman, kini masih banyak yang perlu diperjuangkan dalam bentuk berbeza.
Bahasa Melayu masih tidak menjadi keutamaan di syarikat swasta bukan kepunyaan Bumiputera. Bahasa rojak dan bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) menjadi cabaran baru. Globalisasi dan media baru menambahkan ancaman terhadap kemurnian berbahasa. Semuanya perlu ditangani secara saksama. Mustahil DBP dan Dr Awang boleh bergerak secara bersendirian.
Sudah sampai masanya diwujudkan Kementerian Bahasa Kebangsaan bagi memastikan pelaksanaan dan pendaulatan bahasa Melayu dilaksanakan segera. Pelantikan Ahli Dewan Negara (Senator) dalam kalangan pejuang bahasa dan sasterawan perlu disegerakan jika kita mahu mendaulatkan jati diri bangsa Melayu. - Berita Harian, 12 November 2013

6 comments:
Hujah menarik mengenai bahasa. malangnya tak ramai yang memperjuangkan bahasa hari ni termasuk di media sendiri. Berita Harian pun banyak salah ejaan dan tatabahasa
Kita perlu belajar daripada Indonesia memartabkan bahasa. Di sana tiada sekolah China atau Tamil. Kita banyak mengalah dan kalah. bahasa perlu diperkasa
Bahasa China kian penting. Boleh pergi ke mana2 kota besar. bahasa Melayu kena chari habis-habisan
Berbanding saya, tuan lebih bernasib baik kerana memiliki medium untuk melahirkan pendapat. Tapi menerusi catatan yang saya tulis diblog peribadi yang dibangunkan sejak beberapa tahun yang lalu, sebenarnya saya pernah ‘bersungut’ tentang perogolan bahasa yang bukan setakat berleluasa tetapi seakan-akan mendapat restu pula dari pihak berwajib.
Sebagai contoh mudah, beleklah majalah yang berlambak dipasaran, atau bacalah tajuk filem atau drama yang ditayangkan, pasti kita akan dapati bahasa ibunda jadi lunyai kerana diperkosa beramai-ramai. Itu belum lagi bab menyebut nama tempat atau nama jalan yang sengaja kita inggeriskan, tempat di mana kita berurusan secara rasmi.
Pak menteri sendiri bila bercakap bahasa melayu, begitu jelik lagi menjengkilkan.
Mengapakah kita sanggup mempariahkan bahasa sendiri?
Saya tak yakin audit bahasa berjaya kerana
1) DBP tak ada kuasa eksekutif
2) DBP tak berani tegur Najib atau raja yang ketepi bahasa melayu
3) korpoerat asing dan Cina tak guna b melayu
4) media seperti tv, radio, surat kahbar msih serabut bahasanya
SETIAP HARI KITA BERBAHASA. TAPI BAHASA UNTUK BANGSA MALAYSIA TIDAK WUJUD
Post a Comment