PULUHAN ribu rakyat Kelantan memenuhi Stadium Sultan Muhammad ke-4 di Kota Bharu 28 Januari lalu. Mereka kagum dan ada yang merungut: Kenapa kami diberi wang ehsan, bukan royalti minyak.
Bekas Menteri Kewangan dan Presiden Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menghuraikan sejarah dan kontrak royalti minyak antara Petronas dan Kelantan. Rakyat Kelantan dinafikan hak mereka untuk menikmati pembangunan kerana berlainan pentadbiran dengan Pusat. Anehnya, orang Kelantan sendiri seperti BEKAS BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN Awang Adek dan Tok Pa beriya-iya menjadi tok mindok untuk menafikan hak Kelantan. Ibrahim Ali juga tumpang sekubur.
Sentimen di kalangan penduduk Kelantan terhadap kenegeriannya amat tinggi. Jika Pusat masih di bawa kolong bayang-bayang sendiri, BN akan terus luntur di hati warga Cik Siti Wan Kembang. BN perlu belajar daripada sejarah 8 Mac 2008. Mereka hilang kuasa di Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. BN rampas Perak secara luar tabii. Rakyat meneliti dan mencatat perkembangan ini.
Apa salahnya berhening rasa dan cita memberikan royalti pada yang berhak?
2 comments:
assalamualaikum. royalti dan realiti...dua perkataan yang boleh memberi kefahaman tentang negeri kelantan. apapun...kelantan perlu dimajukan walaupu berlainan 'bendera'...barulah ADIL..
rakyat kelantan perlu keadilan
Post a Comment