Ramai yang pernah berbangga kerana teknologi maklumat dan media sosial dianggap sebagai pemudah hubungan sejagat. Namun hari ini semakin ramai yang meragui fungsi internet. Kehadiran portal berita, laman sosial dan ruang sembang (chatting) ada masanya meragukan.
Jika kehadiran internet yang diperkenalkan pada era pentadbiran Ronald Reagan di Amerika Syarikat (1981-1989) dianggap sebagai pencetus revolusi komunikasi abad 20, hari ini tanggapan sedemikian boleh dipertikaikan.
Apalah gunanya media sosial jika komunikasi yang sepatutnya menjadi pengerat hubungan sesama manusia menjadi penyebaran maklumat yang tidak tepat.
Penyebaran berita yang mempengaruhi orang ramai bertindak agresif bukanlah maklumat yang sepatutnya menjadi tumpuan massa.
Kehadiran facebook, twitter, weChat dan whatsApp yang digunakan oleh pemilik akaun untuk mempersoalkan akidah ummah, mendewakan ajaran Syiah dan memaparkan gambar yang kononnya tercatat kalimah Allah pada badan haiwan bukanlah sesuatu yang memanfaatkan.
Ada juga yang menyalahi laman sosial untuk bersembang di antara lelaki dan wanita pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Sembang yang keterlaluan kerapnya akhirnya boleh membibitkan perasaan intim di antara satu dengan yang lain. Bayangkan jika seseorang suami menghubungi kekasih gelapnya -- isteri orang menerusi laman sembang. Bayangkan kesannya terhadap institusi kekeluargaan.
“Keadaan ini berlaku kerana kualiti lelaki masa kini semakin merosot dan wanita semakin berjaya. Lelaki berusaha mendekati wanita yang sudah berjaya,” akui Naib Yang Dipertua PERKIM, Datuk Nakhaie Ahmad.
Katanya, apabila semakin ramai wanita berpelajaran tinggi dan mencapai status sosial yang baik, kesan psikologi terhadap kemasyarakatan semakin ketara.
“Kita boleh lihat statistik siswa lelaki yang hanya 30 peratus di pusat pengajian tinggi. Wanita menguasai pelajaran dan akhirnya menjawat jawatan yang tinggi. Lelaki semakin lemah, wanita pula tidak semestinya hebat. Justeru, berlaku sembang di laman sosial.
“Lazimnya wanita berpelajaran selesa dengan pekerjaan mereka tapi tidak semestinya dengan perkahwinan. Wanita berusia yang tidak berkahwin segan untuk berdepan dengan lelaki yang lebih rendah status sosialnya. Akhirnya mereka mendampingi laman sosial untuk mengelakkan kesunyian,” katanya.
Wanita yang berkahwin pula mengalami perasaan sepi apabila suami kerap berjauhan kerana tugasan. Akhirnya hubungan haram dengan lelaki lain berlaku secara sulit menerusi media sosial.
“Wanita berjawatan lazimnya mempunyai pandangan yang bebas dan pergaulan yang tidak terbatas. Mereka terdedah dengan pertemuan lain dan akhirnya terbawa-bawa ke alam maya,” katanya.
Nakhaie bagaimanapun meragui sebarang fatwa yang boleh mengekang hubungan bebas menerusi laman sosial.
“Masyarakat kita sudah terpengaruh dengan budaya Barat. Apa yang melanda kita adalah ombak besar yang mengganas. Hubungan maksiat di media sosial berpunca daripada kesilapan kita menerima fahaman Barat. Hari ini gejala pluralisme, liberalisme, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semakin menjadi barah dalam masyarakat kita. Ajaran Syiah juga dikaitkan dengan seks bebas seperti amalan kahwin mutaah. Sembang di laman sosial sebahagian daripada kesan ledakan kehidupan yang semakin moden.
“Saya tidak yakin sebarang fatwa atau peraturan yang boleh mengekang sembang bukan mahram. Semuanya terletak kepada diri sendiri. Sama ada untuk menjadi lebih baik atau mempunyai kenalan di laman sosial. Lazimnya wanita kurang tahan dengan godaan lelaki,” katanya.
Bagaimanapun fatwa pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang mengharamkan sembang lelaki dan wanita bukan mahram mendapat reaksi mufti Pahang dan Pulau Pinang.
Sejauh mana Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) peka dengan isu yang membabitkan media sosial sekarang? - Berita Harian, 10 Januari 2013

No comments:
Post a Comment