Saya tidak peduli gerhana matahari atau isu kalimah Allah dan kenyataan lawak menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen. Jumaat 15 Januari 2010 adalah detik untuk menghayati karya Yusof Gajah. Ke PPUKM semata-mata untuk mengambil bekalan ubat tanpa erti jika tidak menikmati karya lukisan yang bertebaran di beberapa penjuru. Jumaat lebih ghairah dengan gajah dan gajah dan gajah. Bagaimana jika isu agama dibincang dengan belalai apabila manusia tidak lagi cerdas akalnya untuk lebih saksama?
Tanpa sedar, saya sudah tetinggal 20 tahun untuk mencalit warna pada kanvas. Seni tanpa batasan, juga renungan tanpa sempadan
1 comment:
SAYA SUKA MELUKIS TAPI TAK SUKA MENILAI KARYA SENI. YUSOF GAJAH AMAT CANTIK KARYANYA
Post a Comment