SAYA tertarik dengan ungkapan ‘Buku: Dunia Tanpa Sempadan’ yang menjadi tema Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-13 pada 27 April hingga 6 Mei di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Ungkapan tersebut mengiktiraf kewujudan dunia tanpa sempadan dan buku wahana terbaik melahirkan manusia cerdas dan berminda.
Bagaimanapun sejauh mana kedai buku menyediakan zon selesa untuk pengunjungnya?
Berbanding negara Barat yang menyediakan kafe, sofa, ruang mesyuarat, sudut diskusi dan ruang tempahan buku baru, kedai buku di negara kita bagai stor barang binaan yang lesu dan kurang menarik.
Hanya kulit buku yang warna-warni dan pendingin hawa membantu pengunjung ke kedai buku, itu pun seolah-olah dalam keadaan terpaksa.
Seorang pengunjung ditegur pengurus jualan sebuah kedai buku ternama kerana terlalu lama membelek sesebuah buku yang dianggap ‘sekadar membaca, bukan membeli’.
“No free reading!” teguran yang menyakitkan telinga pengunjung di sebuah kedai buku di kompleks beli-belah di Lembah Klang.
Petugas di kedai buku lazimnya sibuk menyusun bahan bacaan di rak dan tiada masa memberikan senyuman, apatah lagi menegur pengunjung. Jika ditanya judul sesebuah buku, mereka sekadar berpaling sesama sendiri, atau menjawab: “Buku tersebut sudah habis!” Tiada upaya untuk menyemak daftar stok jualan, atau bertanya kepada pihak lebih atasan.
Sesekali terfikir juga layanan di kedai gunting rambut lebih mesra dan santun berbanding kedai buku. Bukan saja kerana petugas gunting rambut membabitkan amoi dan lelaki lembut, tapi cara mereka menegur pelanggan lebih hormat dan mesra.
Di negara kita tradisi kedai buku bukan sehari dua. Sejak dekad 60-an, Pustaka Aman Press, Pustaka Antara dan Pustaka Abas Bandung sudah lama menyediakan bahan bacaan bermutu dan mendapat kunjungan ramai.
Kini kedai buku mengalami perubahan pesat. Bukan saja pendingin hawa dan susun atur rak yang menarik, lokasi premis jualan juga menjadi kunjungan ramai.
Malangnya, suasana yang ada di dalam kedai buku kurang mesra pelanggan. Sesetengahnya memiliki pengawal keselamatan warga Nepal yang begitu tegas dan serius.
Petugas di celah-celah rak pula sekadar menyusun buku dan kurang memahami dunia tanpa sempadan yang sepatutnya menjadi idaman ramai.
Di Amerika Syarikat, Kanada dan Britain, kedai buku dianggap ruang tamu kedua bagi seseorang pengunjung. Kedai buku menyediakan ruang seminar untuk membolehkan pencandu buku berbincang mengenai tradisi keilmuwan secara santai. Sudut kafe disediakan bagi membolehkan pengunjung bersantai sambil memilih buku yang sesuai.
Lazimnya sasterawan dan penulis ternama menemui peminat dan bakal pembeli di kedai buku. Di situ juga diskusi dan majlis pelancaran buku baru diadakan tanpa membabitkan banyak kerenah.
Suasana santai dan murni ini perlu dilaksanakan di negara kita kerana ungkapan dunia tanpa sempadan tidak bererti jika buku dan kedainya tersisih daripada tumpuan ramai.
Pesta buku pula menjadi budaya baru sejak lebih dua dekad lalu. Ribuan judul buku dijual atau sekurang-kurangnya dipamer dengan pelbagai lay out menarik.
Pada tahun ini Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) akan menerbitkan 14 lagi judul karya asli.
Pengarah Urusan ITBM Mohd Khair Ngadiron berkata penerbitan buku tersebut adalah sebahagian daripada sasaran ITBM untuk menerbitkan 70 judul buku pada tahun ini.
"Penerbitan 17 judul itu juga selaras dengan sasaran ITBM untuk menerbitkan buku dalam tempoh tiga ke enam bulan selepas ITBM menerima manuskrip buku," katanya selepas majlis pelancaran tiga buku Menjelang 77 tahun Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.
Majlis tersebut disempurnakan Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan.
Sebanyak 14 judul buku tersebut dipilih daripada jumlah keseluruhan 150 manuskrip yang diterima ITBM dan kini dalam proses cetakan.
Bayangkan tempoh 10 tahun mendatang apabila buku yang diusahakan ITBM memenuhi pasaran, tidak termasuk penerbitan swasta dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bayangkan juga suasana di kedai buku tempoh 10 tahun mendatang; apakah kita berada di luar sempadan yang ada sekarang atau kedai buku kekal kaku dan bisu selama-lamanya? - Berita Harian, 3 Mei 2012

No comments:
Post a Comment