BARANGKALI insan bernama Dr Mahathir hanya seorang di dunia ini, walaupun nama Mahathir mungkin ribuan di Malaysia, India, Pakistan dan Bangladesh.
Insan bernama Dr Mahathir juga mencipta mitos dan legenda tersendiri -- sebagai negarawan, pejuang bangsa, suara dunia ketiga, atau bagi musuh politiknya, beliau seorang diktator, ultra Malay, mahafiraun, mahazalim dan entah apa lagi.
Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi sebutan umum bukan kerana mentadbir negara selama 22 tahun (1981-2003), juga tulisannya yang sentiasa mencabar minda, sesekali mengundang kontroversi.
Sebagai insan perjuangan, Dr Mahathir kekal bersuara selepas sembilan tahun meninggalkan jawatan Perdana Menteri dan setia lantang mengulas pelbagai isu semasa dengan pandangan bernas, sesekali radikal dan kritis.
Bukunya The Malay Dilemma (1970) pernah diharamkan kerana dianggap tidak Islamik dan radikal. Ia hanya beredar di pasaran selepas beliau menjawat Perdana Menteri.
Buku Menghadapi Cabaran menjadi bualan ramai kerana nilai murni dan budaya kerja yang ditekankan. Dr Mahathir mengkritik kelesuan Melayu dalam sektor ekonomi kerana salah tanggap terhadap ajaran Islam.
Tahun lalu beliau menerbitkan A Doctor In The House sebagai wadah memori peribadi ketika dalam pentadbiran kerajaan, pramerdeka dan pasca penjajahan.
Terkini buku Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad berada di pasaran yang tentunya menjadi bacaan umum dengan tanggapan pelbagai.
Pengalaman peribadi sebagai Perdana Menteri keempat bermula 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003 tentunya menarik dikenang. Beliau berjaya mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.
Dr Mahathir juga membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 apabila menolak cadangan dan juga dana bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dianggapnya boleh memburukkan lagi krisis.
Dr Mahathir bersifat vokal berhubung isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong sistem ekonomi pasaran terkawal sebagai alternatif kepada sistem ekonomi persendirian dan secara amnya menolak pasaran bebas (laissez-faire).
Kelantangannya tidak disenangi negara Barat. Ketika menghadiri Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Harare, Zimbabwe pada 1991, Dr Mahathir dinasihatkan tidak berucap panjang untuk mengelak kritikan pedasnya.
“Pegawai istana Buckingham dan pegawai Sekretariat Komanwel bersusah payah memaklumkan kepada saya bahawa Ratu Elizabeth II akan membuat ucapan ringkas, jadi eloklah kalau saya membuat ucapan pendek,” tegasnya.
Dasar Pandang Ke Timur dan penerapan nilai Islam berjaya melonjakkan Malaysia sebagai kuasa baru di Asia Tenggara. Dr Mahathir boleh dianggap arkitek terhadap jiwa klise Melayu yang sebelumnya berlatar belakang sektor pertanian kepada bidang perusahaan.
Kelahiran Melayu baru dan persaingan ekonomi terbuka menjadikan Malaysia lebih kompleks, apatah lagi sesekali diancam suasana siasah yang kurang sihat. Pemilihan UMNO dan politik wang menjadikan parti umat Melayu tercabar. Pertandingan 1987 antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah memberi kesan besar -- UMNO diharamkan, penubuhan Semangat 46 dan Operasi Lalang pada Oktober 1987 yang menggugat suhu keamanan.
Sebagai pemimpin yang datang dari kampung pinggir bandar dan latar belakang kumuh, Dr Mahathir memberi variasi tersendiri dalam sistem politik negara. Jika tiga perdana menteri sebelumnya dari golongan bangsawan, Dr Mahathir adalah citra rakyat yang melihat saki baki sekular dan feudal masih menular dalam masyarakat.
Dr Mahathir mengakui dirinya Melayu walaupun ada yang mempertikai asal usulnya. “Saya akui ada darah India atau lebih tepat Asia Selatan mengalir dalam tubuh saya, tetapi dari bahagian mana di benua India tidaklah saya ketahui.
“Orang Melayu pada zaman silam tidak peduli keturunan mereka walaupun yang berdarah Arab boleh mengesan asal-usul mereka ke Yemen dan tahu pula dari keluarga mana mereka datang,” tegasnya.
Ada ketika Dr Mahathir mengutamakan pemikiran lateral dan melihat Malaysia dari pentas global. Projek berprofil tinggi tidak terkecuali menerima kritikan. Namun pembinaan Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang menjadi saksi angan-angan si kecil yang pernah berjalan kaki ke sekolah menjadi pemimpin berjiwa besar.
Dr Mahathir tentunya tidak membesar sebagai pemimpin secara spontan. Pengalaman kezaliman Jepun dan penghinaan penjajah British di depan mata mendorong dia bangkit sebagai wira dunia ketiga. Tentunya Doktor Umum perlu dikaji sebagai karya besar bangsa Malaysia untuk melihat hitam dan putihnya! - Berita Harian, 15 Mei 2012

No comments:
Post a Comment