DEMAM pilihan raya umum menjadikan media sebagai sasaran golongan siasah: Wajarkah manifesto parti didedah menerusi akhbar perdana?
Berpeluangkah pembangkang mendapat ruang di media utama?
Apakah parti pemerintah pula diberi ruang mendedahkan manifesto di akhbar Harakah?
Jika sebelum ini media utama dikaitkan dengan pemerintah dan akhbar sampingan dianggap milik pembangkang, adilkah tanggapan itu?
Bersediakah akhbar kecil dan portal berita yang mendakwa memperjuangkan kebebasan media menyiarkan berita pembangunan, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan lawatan pemimpin kerajaan ke kawasan pedalaman?
Isu media dan kebebasan sering diperdebatkan. Sejak Zaman Pencerahan (Age of Enlightenment), manusia sudah memperkatakan mengenai kebebasan dan hak asasi. Media pula muncul apabila hak asasi dan kebebasan dikongsi untuk bertukar pendapat serta menyebarkan maklumat.
Sehingga akhir dekad 1980-an yang dianggap ‘zaman gelap media di dunia ketiga’, kehadiran internet dan teknologi maklumat secara terbuka pada dekad 1990-an memberi ruang kebebasan yang masih boleh dipertikaikan.
Apakah kebebasan media bermakna seseorang boleh mendakwa pihak lain sebagai pembunuh, perasuah dan diktator? Adilkah maklumat yang menyebarkan berita khalwat, salah guna kuasa dan seksual bebas tanpa sebarang bukti?
Pilihan raya adalah ruang demokrasi yang menuntut kebebasan berhujah dan menyerlahkan kepemimpinan seseorang tokoh.
Media pula berperanan menyalurkan proses demokrasi dengan penuh wibawa tanpa penyelewengan. Namun demokrasi juga tidak terkecuali diseleweng, seperti juga media yang didakwa berpihak kepada kelompok tertentu, sekaligus menyelar pihak lain.
Bagi yang merasakan demokrasi dan media di Malaysia tidak menepati piawaian dunia, negara manakah yang benar-benar demokratik dan medianya bebas?
Apakah negara kuasa besar utama memberikan ruang adil kepada calon Republikan dan Demokrat setiap empat tahun menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat?
Bagaimana pula peranan pelobi Yahudi dan pemegang saham yang kebetulan pula Zionis media antarabangsa? Adakah mereka menyiarkan laporan penderitaan bangsa Palestin yang bertahun didera di Tebing Barat Semenanjung Gaza?
Dua wartawan akhbar Washington Post, Bob Woodward dan Carl Bernstein mendedahkan skandal politik dan media yang membabitkan Richard Nixon ketika menguasai Rumah Putih pada 1972.
Skandal Watergate bukan saja proses intipan terhadap musuh politik, juga peranan media yang bersubahat meyakinkan massa mengenai dasar Amerika di Asia Barat dan pertentangan antara Pakatan Atlantik Utara (NATO) dengan rejim komunis yang menguasai Pakatan Warsaw ketika itu.
Media Barat sepanjang tempoh Perang Dingin tidak menjelaskan isu sebenar pertarungan minda dunia antara Blok Timur dan Barat.
Mereka menjadikan agenda menyerang negara Asia Timur seperti Malaysia yang dianggap tidak demokratik dan kuku besi.
Laporan media tempatan dianggap propaganda kerana kononnya wartawan Barat lebih wibawa. Ahli siasah tertentu menjadi batu loncatan Barat untuk mempersendakan proses demokrasi di Malaysia.
Akhirnya, menjelang pilihan raya umum, isu penyiaran manifesto pilihan raya disuarakan seolah-olah media utama lebih menyokong pemerintah dan mengabaikan pembangkang.
Jika manifesto pembangkang kurang mendapat sambutan, media akan terus dipersalahkan sebagai berat sebelah, walhal perjuangan sesetengah ahli politik itu sendiri lebih berteraskan kepada kepentingan peribadi dan kuasa. Adilkah media mendapat imej seburuk itu?- Berita Harian, 18 Jun 2012

No comments:
Post a Comment