Sebuah syarikat telekomunikasi secara terbuka menggunakan bahasa rojak bagi mempromosi peraduan yang menawarkan hadiah tunai RM38,888 untuk pelanggannya.
‘So senang to menangi’ - slogan promosi yang ditampal di beberapa premis. Tanpa rasa bersalah, usaha merosakkan penggunaan bahasa yang betul terus berlaku walaupun ada tokoh yang melaungkan usaha mendaulatkan bahasa Melayu terus diperkasakan.
Kita hairan kenapa sampai kini Malaysia masih payah berbudaya dan berbahasa? Lebih menghairankan apabila ada tokoh yang bangga mendakwa Malaysia mencapai negara maju lebih awal, iaitu 2018 dan bukan 202 kerana faktor ekonomi, kejayaan modal insan dan kualiti perkhidmatan bertaraf dunia. Kenapa unsur bahasa, kesopanan, budaya dan kesenian tempatan tidak disebut dalam kerangka pembentukan negara maju?
Jika perkembangan ini dibiarkan, kita akan terus mengulangi masalah lampau iaitu mengabaikan kepentingan bahasa dan budaya dalam pembangunan negara.
Penggunaan bahasa rojak akan terus berlaku kerana orang yang sepatutnya berkuasa untuk menanganinya masih segan berbahasa Melayu pada majlis rasmi yang dihadiri majoriti bangsa Melayu.
Banyak ucapan dan kertas kerja menggunakan bahasa asing. Jangan harapkan syarikat yang dimiliki kaum lain untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu kerana mereka sendiri masih mengagung tradisi dan citra yang wujud di negara asal moyang sendiri. Pelaksanaan program audit bahasa yang dijayakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehingga kini masih misteri. Mampukah DBP menegur orang politik tidak menggunakan bahasa yang betul dalam majlis rasmi? Mampukah penggerak audit bahasa menyemak kertas kerja, teks ucapan dan minit mesyuarat jemaah menteri yang sentiasa sukar menghormati bahasa ibunda sendiri?
Sidang Parlimen Ke-13 yang berlangsung sekarang menampakkan kepincangan berbahasa. Ada Ahli Parlimen termasuk yang bertaraf Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen tidak mampu menggunakan bahasa Melayu dengan sempurna. Mereka bebas menggunakan bahasa pasar kerana tiada peraturan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu yang sempurna. Syarat menjadi wakil rakyat hanya bertumpu kepada warga Malaysia, tidak dihukum oleh mana-mana mahkamah sivil serta tidak muflis. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya memasukkan syarat tambahan mengenai keupayaan menggunakan bahasa Melayu bagi memastikan kualiti perbahasan menepati matlamat persidangan di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Tanpa menggunakan bahasa yang sempurna akan merencatkan perbincangan secara ilmiah, tertib dan bersopan.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) pula sepatutnya diberi kuasa untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Haramkan penggunaan nama jalan, papan tanda, sepanduk dan iklan yang mengabaikan bahasa Melayu atau ejaan salah. Taman perumahan pula sepatutnya diwajibkan unsur tempatan. Kita tidak perlu nama yang aneh untuk apartmen dan rumah teres seperti The Peak, Tivoli Villa, Atmosfera, Vista Millennium, Casa Prima dan Park Avenue.
Kita juga rasa aneh apabila terpaksa menggunakan bahasa penjajah sekadar untuk memesan ayam goreng, kentang dan air bergas di restoran makanan segera. Hinakah bahasa Melayu digunakan di kaunter tiket kapal terbang, pejabat perhubungan pelanggan syarikat perdagangan dan pusat beli-belah?
Usaha merendahkan bahasa Melayu tidak pernah pudar. Kerajaan tidak tegas dan sebahagian besar rakyat pula seakan tidak peduli nilai dan makna jati diri. Syarikat swasta pula lebih mengutamakan keuntungan.
Pada peringkat nasional, tema hari kebangsaan pernah menjadi jenaka awam. Pemimpin yang pernah meragui nilai bahasa Melayu untuk subjek Sains dan Matematik mengumumkan ‘Budaya Penentu Kecapaian’ sebagai tema Hari Kebangsaan 1996. Sambutan Maal Hijrah pula berbunyi ‘Budaya Murni Teras Kecapaian’. Dia keliru menggunakan perkataan ‘kecapaian’ yang membawa maksud kelesuan atau lesu, berbanding ‘pencapaian’ yang menggambarkan hasrat negara untuk maju dan kekal berdaulat.
Hari ini isu bahasa hanya dilafazkan oleh pencinta bahasa dan pelajar. Tiada siapa yang peduli kerana nasib bahasa Melayu semakin dipersendakan. Kewujudan era digital dan teknologi maklumat meletakkan bahasa Melayu jauh di belakang. Bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) membingungkan kita yang dilahirkan sebelum wujud internet dan telefon pintar. Justeru, tidak menghairankan apabila syarikat telekomunikasi ghairah mempromosikan ‘So senang to menangi!’ - Berita Harian, 9 Julai 2013

1 comment:
Kepada yang masih buat-buat tak faham tentang kepentingan martabat bahasa Melayu bolehlah mencari negara lain untuk didiami. Itulah selayaknya untuk mereka yang bersikap dan berperangai sebegini. Entah sampai bila isu ini untuk diselesaikan kerajaan agaknya. Himpunannya saya kira telah lebih daripada memadai. Sekali lagi. Sikap kepemimpinan.
Post a Comment