Masyarakat Malaysia menerima kalimah Allah sebagai pengucapan penting umat Islam. Tidak ada penganut agama lain yang menggunakan kalimah berkenaan secara terbuka kerana bukan tradisi di Semenanjung.
Ungkapan berkenaan digunakan di Sabah dan Sarawak secara terpencil dan tidak pernah diperdebatkan. Ia sekadar isu agama dan tidak pernah membabitkan hal siasah. Seperti juga kalimah Allah yang disebut di Jakarta sejak 100 tahun lalu tanpa bangkangan mana-mana pihak kerana tidak pernah dibawa ke pentas politik.
Malangnya di Malaysia, politik sudah menjadi agenda penting walaupun dalam perbincangan mengenai agama, ekonomi, perbankan, sukan dan kebudayaan. Kecenderungan mempolitikkan isu menyebabkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sanggup membuat kenyataan terbuka untuk menghalalkan kalimah Allah bagi penganut Kristian. Beliau menguji suasana kerana tahu akan ada pihak yang melatah. Guan Eng ahli politik yang mahir dan tidak akan membuat sebarang ucapan tanpa kajian mendalam. Beliau tahu umat Islam sudah berpecah dan ada peluang mengambil kesempatan berpolitik.
Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan pernah membuat kenyataan mengenai kalimah Allah, kecenderungan menjadikan agama untuk kepentingan politik memesong fakta sebenar.
PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam sepatutnya tidak terbabit dalam polemik kalimah Allah.
Tiada alasan untuk PAS memberi pandangan bercanggah penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Melayu jika dilihat dari sudut kepentingan Islam di Malaysia.
Bagaimanapun kerana politik menghalalkan cara, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sanggup mengeluarkan kenyataan walaupun bertentangan dengan pandangan ulama parti itu sendiri.
Terbaharu, Majlis Syura Ulama PAS membuat kenyataan melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.
Kenyataan yang ditandatangani oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din, menyebut: “Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam.” PAS melarang mana-mana kalimah asing yang hendak diterjemah kepada kalimah Allah.
“Menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata,” katanya.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan pada 8 Januari lalu dilaporkan bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu hak eksklusif bagi orang Islam.
Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.
Pandangan Nik Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta kalangan pemimpin PAS. Lebih aneh, Nik Aziz mengeluarkan pendapat bercanggah dalam isu yang sama. Dulu setuju, kini bantah kalimah Allah untuk bukan Islam.
Perkembangan yang berlaku sekarang bukan sekadar kalimah Allah dan amalan agama. Ia lebih kepada medan menguji pengaruh dan percubaan mempersendakan umat Islam.
Kita berhak mempersoalkan agenda isu agama ditimbulkan sekarang. Siapa yang mendalanginya? Ketika krisis politik Sabah pada 1985, pihak tertentu menggunakan isu agama untuk mencabar suasana Negeri Di Bawah Bayu.
Keadaan sama juga pernah muncul selepas Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969 apabila ada pihak yang menggunakan isu kaum dan agama sebagai provokasi terhadap umat Islam.
Bayangan pengulangan kejadian lampau semakin terserlah. Isu agama dan kaum dilafaz secara terbuka bagi menguji kontrak sosial yang dipersetujui sejak 31 Ogos 1957. Ia lebih meruncing selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008.
Jangan terperanjat jika kalimah Allah sebahagian daripada agenda tersembunyi yang boleh memerangkap rakyat pelbagai kaum. Isyarat dan apa yang tersurat dalam sistem tanda mudah menghuraikan kita dengan kemungkinan yang bakal berlaku.
Tidak sukar untuk kita mengaitkan dengan budaya politik kebencian yang semakin bersemarak sekarang. Isu kalimah Allah, pengusiran Melayu Pulau Pinang di kawasan strategik dan aksi ganas dalam beberapa majlis siasah amat menggerunkan.
Jati diri Melayu, Islam dan kepelbagaian kaum semakin diuji dengan kehadiran isu yang menakutkan. Mampukah Pilihan Raya Umum Ke-13 menjernihkan suasana atau kita semakin bersengketa selepasnya? - Berita Harian, 16 Januari 2013

No comments:
Post a Comment