Sekumpulan siswa bertanya: “Bolehkah kami berpolitik dan sejauh mana Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) mendidik siswa untuk bersikap matang dan berhemah?”
Pertemuan dalam majlis wacana ilmu itu menimbulkan beberapa isu sampingan mengenai kampus dan politik pelajar. Tidak kurang juga yang berjenaka: “Listen! Listen! Listen!”
Sejak AUKU digubal oleh kerajaan pada 27 April 1971, banyak polemik mengenai masa depan siswa sebagai suara pendesak dan penyelesai masalah apabila keluar pusat pengajian nanti.
Berbeza dengan siswa di negara tetangga seperti Indonesia, Filipina dan Thailand, keadaan di Malaysia agak pasif apabila banyak kegiatan terpaksa menghadapi halangan yang luar biasa.
AUKU yang dipinda pada 1975 dan 1995 sehingga kini masih dipertikaikan kesannya memupuk sahsiah pelajar. Adakah ia bersedia membantu pelajar lebih terbuka, matang, berakhlak dan berwibawa, atau sekadar mengarah siswa untuk mengikut telunjuk dan menjadi burung kakak tua.
Insiden pertikaman lidah antara Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi isu hangat dalam blog dan laman sosial masih menjadi bualan umum.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata program itu anjuran pelajar dan Sharifah Zohra dijemput atas kapasitinya sendiri untuk menjadi moderator.
Klip video 24 minit yang menunjukkan pertikaman lidah antara Sharifah Zohra dan Bawani, menjadi topik hangat perbincangan dalam forum Internet dan Facebook. Ia juga menjadi bahan lawak apabila seorang peserta Maharaja Lawak Mega menyebut ‘listen’ berulang kali hingga menggamatkan majlis.
Klip video Forum yang bertajuk ‘Seiringkan Mahasiswa dan Politik’ pada 8 Disember dimuat naik ke YouTube, pada 9 Januari lalu.
Walaupun Kementerian menafikan majlis berkenaan dirancang untuk ‘membasuh’ pemikiran pelajar, bagaimanapun orang ramai berhak mempersoalkan kenapa ahli panel menggunakan majlis untuk membahas beberapa isu sensitif. Tarikh penganjurannya pula diadakan ketika pilihan raya umum semakin hampir. Bolehkah fikiran siswa dibasuh dengan ucapan dan tayangan slaid?
Bawani pula mendakwa pihak kampus harus bertanggungjawab terhadap penganjuran forum yang didakwanya sebagai ‘brainwash.’
Siswa penghuni Dewan Penginapan Pelajar PROTON diarah hadir pada majlis berkenaan yang kononnya bertujuan mematangkan pemikiran generasi muda Malaysia.
Kita yakin polemik majlis berkenaan akan menjadi sebahagian daripada senjata pilihan raya umum nanti. Tiada siapa yang mengenali Bawani sebelum ini, seperti juga tidak ramai yang kenal ‘Kakak Listen’ sebelum tercetus adegan di UUM.
Malangnya kerana ghairah untuk bercakap dan pihak universiti pula sedia diperalatkan untuk pihak yang nak bercakap, menyebabkan isu baru tercetus.
Sebelum ini ada saranan yang membenarkan siswa bertanding pada pilihan raya umum. Saranan ini tidak salah kerana tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, politik memerlukan kematangan dan seseorang calon memerlukan persediaan rapi dari segi mental, fizikal, kewangan, kekuatan organisasi dan jentera kempen.
Kecenderungan pelajar berpolitik pernah ketara pada 1974 dan 1998. Sejak demonstrasi pelajar pada 1974 yang melahirkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Ali dan Hishamuddin Rais, gerakan siswa di Malaysia tidak pernah reda. Mereka berjuang dalam isu kelaparan di Baling yang kononnya ada penduduk mati kebuluran. Bagaimanapun maklumat yang ditampilkan berbeza sekali kerana tidak pernah ada penduduk Baling yang kebuluran, melainkan pelajar diperalatkan oleh individu yang amat pakar merancang rusuhan di jalanan.
Perkembangan politik 1998 juga menunjukkan pelajar mempunyai kesedaran untuk menyuarakan bantahan secara terbuka. Mereka berkumpul di jalanan walaupun tidak jelas matlamat perjuangannya.
Kita akui pelajar perlu didedahkan dengan kehidupan yang pelbagai. Kampus bukan hanya buku dan kuliah, tapi bagaimana menangani isu semasa berlandaskan realiti global masa kini.
Tidak salah berpolitik, asalkan pelajar bersedia menjadi manusia waras dan berhemah menggerakkan masa depan Malaysia. Bawani dan Sharifah Zohra sepatutnya menjadi sebahagian daripada penggerak sejarah negara.- Berita Harian, 21 Januari 2013

No comments:
Post a Comment