Pasar Chow Kit tetap cerah dan meriah. Jam 9 pagi pada 12 Januari lalu bagai hari Sabtu yang lain – pembeli dan penjual sibuk tawar menawar dan beberapa gerai dipenuhi pelanggan yang menghirup kopi dan teh sambil menikmati suasana kota yang sentiasa sibuk.
Suasana aman dan tidak tegang seperti dua perhimpunan BERSIH sebelum ini yang penuh dengan sekatan dan rondaan pihak berkuasa. Banyak kedai mula dibuka dan kenderaan memeriahkan jalan raya. Beberapa anggota polis berdiri di pinggir jalan dan kelihatan mesra dengan orang awam. Kerajaan menunjukkan ketelusan menangani hak kebebasan rakyat seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beberapa kumpulan kecil berkemeja-T hijau, kuning dan merah mula bergerak ke Stadium Merdeka. Kebanyakan mereka melilitkan tuala kecil di leher dan membawa botol air mineral. Kononnya sebagai ‘perisai’ jika terkena gas pemedih mata.
Di beberapa laluan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, konvoi pejalan kaki termasuk wanita dan kanak-kanak melangkah tenang ke arah Masjid Negara. Mereka melambaikan tangan kepada kenderaan yang sengaja membunyikan hon. Kanak-kanak juga diheret ke Himpunan KL112.
Menikmati sarapan pagi di Jalan Haji Hussein terasa menggamit kenangan lama. Beberapa kenalan kini berjanggut dan berjubah ditemui secara tidak sengaja. Mereka juga mahu ke Stadium Merdeka. Untuk apa? “Kami mahu raikan demokrasi,” tutur mereka sambil tergelak. Beberapa pemuda yang memakai jersi pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors turut bersemangat bercakap mengenai pilihan raya dan sesekali mencelah mengenai nasib pasukan bola sepak kesayangan mereka.
“Kami mahu ubah,” tutur mereka. Ada yang mengatakan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan penyanyi utama Blues Gang, Ito bakal menampilkan lagu dan puisi Ubah di Stadium Merdeka.
Mendekati pekarangan Masjid Negara jam 10 pagi terasa berbeza daripada hari lain. Ramai yang memenuhi ruangan saf dan pekarangan. Ada yang mendakwa solat Subuh berjemaah pada pagi Sabtu itu seolah-olah solat Jumaat.
Laluan dari Masjid Negara ke Stadium Merdeka semakin sesak. Orang ramai berjalan perlahan tanpa sebarang provokasi. Di pinggir jalan, ada gerai yang menjualkan baju-T pelbagai warna. Suasana masih aman dan ramai wanita yang membawa anak ke tempat semakin sesak. Alasannya, tiada sesiapa di rumah untuk menjaga mereka. “Kami datang secara aman, bukan nak buat kecoh. Tak salah bawa anak!”
Apabila isu Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) yang melarang kehadiran kanak-kanak dan warga asing ditimbulkan, seorang ustazah menyinga: “Ini urusan kami. Hang jangan kecoh!”
Beberapa anggota polis agak mesra dengan peserta himpunan. Ada yang bersalaman dan tidak kurang juga memberi penjelasan kepada orang awam mengenai majlis petang itu. Suasana kelihatan tenang dan kita yakin hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara dihayati pentadbiran negara sekarang.
Cuma pada jam 1 tengah hari, laluan dari stesen kereta api lama ke Masjid Negara dan Stadium Merdeka sesak apabila semakin ramai melintasi jalan dengan kawalan unit amal sebuah parti politik.
Banyak kenderaan membunyikan hon dan ketika solat Zuhur di Masjid Negara, suasana semakin sesak. Konvoi pejalan kaki dari arah Pasar Budaya, KLCC, Kampung Baru, Jalan Pudu, Bangsar Utama, Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya dan Brickfields semakin memenuhi pekarangan stadium.
Pada jam 5 petang, seorang anggota sekretariat penganjur mendakwa perhimpunan berkenaan dihadiri 500,000 orang. Angka ini tidak logik kerana bilangan hadirin tidak seramai itu. Bagaimanapun dia sudah mengakui sasaran sejuta orang tidak tercapai.
Rakyat berhak mempersoalkan apa manfaatnya menghadiri majlis berkenaan sedangkan matlamat demokrasi bukan sekadar perhimpunan. Kehidupan wajar diterus berdasarkan pertimbangan dan kewarasan.
Sebelum itu, pada jam 4.20 petang, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad menyatakan jumlah peserta perhimpunan dianggarkan antara 40,000 hingga 45,000 orang.
Jumlah itu berkurangan hampir separuh daripada anggaran sebelumnya, 80,000 yang diumumkan menerusi Twitter kerana ‘kesilapan teknikal’.
Suasana di luar stadium bagaikan pesta. Pelbagai produk dijual termasuk makanan, baju-T, cakera padat dan cenderamata. Sehingga petang, suasana aman dan Kuala Lumpur tidak dicemari keganasan. Media penyiaran antarabangsa ‘terlupa’ membuat laporan mengenai Malaysia yang kekal aman. Wartawan Barat hanya melaporkan yang buruk di negara dunia ketiga. Kita bersyukur Malaysia kekal aman. - Berita Harian, 14 Januari 2013

2 comments:
Sangat tertarik dengan tulisan saudara. Kupasan dengan gaya yang santai lagi bernas. Teruskan usaha.
Saya menulis berdasarkan pemerhatian, bukan persepsi politik kepartian. Terima kasih pandangan anda
Post a Comment