Tahun ini amat malang bagi umat Islam kerana menyambut Maulidur Rasul dengan polemik kalimah Allah. Belum pun reda isu bakar Bible berbahasa Melayu yang dicanangkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, timbul pula kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penggunaan kalimah Allah untuk penganut Kristian dan mempertikai keputusan Majlis Syura PAS.
Dalam konteks semiotik, setiap kejadian ada sistem tanda tersendiri. Isyarat jelas daripada isu kalimah Allah adalah umat Islam sedang menghadapi ujian paling getir di negara ini.
Penggunaan kalimah Allah sudah lama diamalkan di seluruh dunia. Dari segi sejarah, ia digunakan oleh agama wahyu sebelum kedatangan Islam. Namun di Malaysia, penggunaan kalimah Allah tidak wujud dalam kalangan bukan Islam di Semenanjung. Hanya kes terpencil membabitkan Sabah dan Sarawak kerana kebanyakan Bible versi Melayu diubah suai daripada penerbitan di Indonesia.
Banyak pihak mengakui penggunaan kalimah amat janggal di gereja kerana tidak berlaku sebelum ini. Hanya apabila ada pihak cerdik politik dan mengetahui sentimen keagamaan untuk raih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13, isu ini disemarakkan walaupun ketika umat Islam sedang menyambut Maulidur Rasul.
Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menghidupkan isu berkenaan adalah dalam suasana politik yang mahu mencabar dominasi kuasa dimiliki Barisan Nasional (BN) dan Perikatan sebelum ini.
Beliau tahu penganut Kristian, termasuk yang tidak menggunakan kalimah Allah, akan menyokong saranan berkenaan dengan alasan keadilan beragama di negara ini.
Dalam konteks Sabah dan Sarawak, isu berkenaan menarik perhatian Bumiputera bukan Islam kerana mereka sudah lama mempraktikkan kalimah berkenaan. Guan Eng pandai membaca situasi di seberang Laut China Selatan yang sebelum ini dianggap simpanan tetap BN untuk mengekalkan kekuasaan di negara ini. Dia bukan saja meraih sokongan kaum Cina, juga menarik perhatian Bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak.
Di Semenanjung pula, persefahaman siasah dalam pembangkang menjadi agenda bagi merampas Putrajaya daripada BN. Mereka sanggup mempolitikkan kalimah Allah kerana menyedari bukan Melayu akan memberi sokongan. Bangsa Melayu pula menjadi mangsa serangan apabila cuba mempertahankan kalimah Allah kerana kononnya jumud dan tidak memahami realiti keagamaan yang wujud sejak ratusan tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang meminta rakyat bertenang dan tidak bertindak balas terhadap isu membakar Bible berbahasa Melayu, seolah-olah menunjukkan PERKASA bertindak keterlaluan.
Sebelum ini ada gabungan BN sendiri yang mempersenda Ibrahim kerana ucapan beliau yang dikatakan ‘berapi-rapi’. Dalam hal ini PERKASA dianggap keterlaluan kerana mahu bertindak provokatif dan kurang wajar. Walaupun niat Ibrahim mahu mendaulatkan kalimah Allah, dalam konteks politik sekarang beliau dianggap bersendirian kerana tidak ada ahli politik Melayu dan Islam menyokongnya.
Tsu Koon yang juga Presiden GERAKAN berkata, di sebalik usaha Ibrahim menjelaskan berhubung konteks mengenai apa yang dimaksudkannya, persepsi awam adalah beliau pasti melampau dan mengguris perasaan masyarakat Kristian.
“Beliau boleh menasihatkan orang Islam yang diberikan Bible supaya menyerahkannya kepada polis daripada mengesyorkannya dibakar sebagai satu penyelesaian,” katanya.
Kita yakin isu yang timbul sekarang kerana Melayu tidak mampu lagi mempertahankan diri. Mereka bukan saja gagal mendapat mandat besar dalam mana-mana pilihan raya sejak 20 tahun lalu, bahkan gagal membentuk perpaduan. Suara umat Islam yang berpecah-belah menyebabkan pihak lain berani mencabar wibawa mereka. Lebih malang ada Melayu sanggup bersubahat demi kepentingan siasah.
Perkembangan yang berlaku ketika sambutan Maulidur Rasul membuktikan hari kebesaran Islam dicabar dengan pelbagai kenyataan mendebarkan. Akhirnya yang dianggap bersalah adalah umat Islam sendiri kerana memperjuangkan kalimah Allah. Pihak yang tidak pernah menyebut ‘Allah’ lebih berbangga kerana berjaya menafsirkan kalimah suci sebagai god atau lord. - Berita Harian, 25 Januari 2013

2 comments:
Dulu saya sering nampak tuan di surau Manbael Ulom, Cheras Jaya. Masa tu masjid belum ada lagi.
Atau pernah jugaklah terserempak di Sekolah Taming Jaya sama2 hantar anak pergi kelas tusyen.
Itu semua cerita lama. Tapi cerita lama itulah membuktikan yang saya kenal tuan dah lama.
Kemudian saya pun berpindah.
Tapi ingatan terhadap tuan datang kembali sebaik saja saya terbabas keblog ini. Bagi saya blog ini agak menarik, sayangnya tak ramai pengunjung, follower atau pun tukang komen yang datang menyerbu.
Walaupun berupa catatan peribadi tapi tuan masih lunak dan tertib semasa mencerna tinta. Disini tidak ada maki hamun atau kata nista terhadap pihak lain. Syabas diucapkan.
Malangnya kupasan tuan tentang isu semasa nampak agak statik dan berat sebelah. Tapi itu semua tidaklah menghairankan. Sebagai seorang graduan lulusan universiti Berita Harian, tentunya etika tertentu membelenggu dan mengongkong tuan ketika ingin lebih bebas meluahkan pandangan, apatah lagi jika yang bersifat menentang arus.
Teruskan menulis sahabat. Kalau boleh letakkan kebenaran untuk sentiasa berada disaf paling hadapan.
Terima kasih kerana menjenguk tulisan saya. Pandangan anda dihargai.
Post a Comment