SAMAD komited dengan perjuangan dan dia harus membayar tinggi demi apa yang diyakininya. |
Sebagai wartawan dan sasterawan, Samad mempunyai kepelbagaian pengalaman menerusi bidang yang diceburi. Justeru, secara sinis Samad berkata: “Akhbar kita suara rakyat. Hujan Pagi suara keadilan.” (hakhbar berbahasa Melayu yang pertama, Jawi Peranakan diterbitkan pada 1876, peranan media sebagai alaman 281).
Sejak 56 tahun merdeka, peranan media dan wartawan tidak dapat lari daripada masyarakat. Media bukan sekadar pelapor, bahkan penggerak pemikiran massa. Media kekal berperanan menjadi suara daripada rakyat untuk rakyat dan bukan sebaliknya.
Amat malang apabila media sekadar melaporkan suasana yang enak tapi menafikan suara marhaen ketika usaha memaknakan detik kemerdekaan negara.
Sejak rakan rakyat tidak pernah dipertikaikan. Perjuangan kemerdekaan, gerakan massa yang menyeru perpaduan Melayu dan agenda nasional sentiasa jadi keutamaan.
Jawi Peranakan bukan sekadar revolusi pemikiran bangsa, malah penggerak dan pendesak yang akhirnya membentuk semangat kebangsaan di negara ini.
Bagaimanapun fahaman yang diterapkan oleh Niccolo Machiavelli dalam buku The Prince, menjadikan media sebahagian daripada agenda pentadbiran. Banyak negara ketiga dan sedang membangun mengawal media menyebabkan kritikan yang dilontarkan dalam Hujan Pagi menjadi kenyataan.
Samad memberi perbandingan latar belakang perkembangan media sebelum dan selepas kemerdekaan. Zaman penjajahan menjadi titik tolak penindasan penjajah terhadap anak bangsa apabila ejen British memperalatkan pelbagai sumber untuk mengawasi media. Penjajah, dengan citra kezaliman, sentiasa berusaha memastikan anak bangsa tidak menyebarkan fahaman kemerdekaan yang boleh menggugat penguasaan mereka menjarah hasil bumi.
Petugas media sentiasa diperhati dan ditahan kerana alasan menggugat ketenteraman awam. Pak Sako, Tan Sri A Samad Ismail, Ahmad Boestamam dan Said Zahari bukan sekadar berdepan halangan perjuangan, bahkan membayar harga yang tinggi termasuk dipenjara beberapa tahun kerana perjuangan yang dianggap bertentangan dengan cita-cita nasional.
Pasca merdeka pula media dicurigai oleh anak bangsa yang mendapat layanan istimewa sebagai penguasa bekas jajahan. Banyak peraturan, hukum dan akta yang melarang kebebasan menyebabkan media dan wartawan dicabar menyatakan sikap menerusi media baru. Kehadiran blog, portal berita dan laman sosial sebahagian daripada cetusan yang mahukan kebebasan bermaklumat.
Malangnya kebebasan itu sendiri masih subjektif apabila media baru juga tidak terkecuali dengan sentimen tertentu. Agenda peribadi dan siasah menjadikan media sosial sebagai medan luahan perasaan yang akhirnya menggugat makna kebebasan itu sendiri.
Sejak peristiwa pemogokan wartawan Utusan Melayu pada 1961, peranan media sebagai pencetus suara rakyat tidak pernah reda. Said Zahari antara watak yang membantah usaha UMNO menguasai Utusan Melayu kerana bimbang media menjadi alat kepada penguasa. Beliau mahukan media sentiasa kritikal dan tidak bersimpati. Akibatnya beliau dilarang masuk ke Malaya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra yang menjawat Menteri Dalam Negeri.
Hari ini maklumat dan berita bukan lagi di media tradisional. Sesiapa saja boleh mendapatkan maklumat hatta di dalam poket mereka kerana kemudahan komunikasi boleh dibawa ke mana saja. Telefon pintar, kemudahan wi-fi dan pakej data membolehkan seseorang mengakses maklumat di mana-mana saja.
Dunia perlu berterima kasih kepada Ronald Reagan yang menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-40 (1981–1989) kerana memperkenalkan internet kepada awam. Kebebasan maklumat dan jaringan sosial kini menjadi perayaan sejagat. Lebih menghairankan apakah kemerdekaan juga ditafsir secara berbeza di media sosial apabila semangat pejuang semakin kurang dihargai. Lebih aneh apabila ada penyangak yang menyanyi lagu Negaraku sebagai Negarakuku. Perbuatan biadab berkenaan dibantah tapi rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap pemaaf terus memaafkan pelaku berkenaan yang terus menyindir pegawai awam dan menteri menerusi lagu rap di media baru.
Keadaan ini memberi tafsiran betapa media dan kebebasan sentiasa dipolemikkan. Kemerdekaan tidak bermakna jika kebebasan disalah guna untuk merendahkan hak asasi orang lain. Jawi Peranakan, Hujan Pagi atau sesiapa saja berhak menilai makna kemerdekaan dalam tempoh 56
tahun ini. - Berita Harian, 3 September 2013
No comments:
Post a Comment