PENYAIR A Ghafar Ibrahim (AGI) bertanya bilakah Muzium Sastera akan dibina? Beliau hairan isu pembinaan Muzium Sastera di Kuala Lumpur yang pernah dilontarkan tokoh negara sejak dua dekad lalu sudah berkubur.
Persoalan sama kerap diperdebatkan sesama teman seni kerana Muzium Sastera yang ada di Melaka sekarang masih perlu dipertingkatkan sebagai medan rujukan, kajian dan ikon kesusasteraan negara.
Dulu ada cakap-cakap yang mahu memperkasakan sastera Melayu dan perlunya sebuah muzium sebagai pusat rujukan global. Kini yang tinggal hanya program transformasi yang tiada kaitan dengan seni, budaya dan kesusasteraan.
Program mengembangkan seni dan budaya juga bagai pinggiran apabila Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan lebih mengutamakan usaha menarik pelancong, sekali gus mengabaikan perkembangan kebudayaan dan kesusasteraan sebagai wadah pengucapan dan warisan intelektual bangsa Malaysia.
Lebih malang tiada program memperkenalkan sastera kepada pelancong kerana warga asing yang melawat Malaysia akan dibawa mendongak bangunan Menara Berkembar Petronas, belayar sepanjang Tasik Putrajaya atau berjemur di pasir pantai Langkawi yang tiada unsur budaya.
Sejak awal lagi ada pihak yang meragukan kewujudan kementerian yang menggabungkan pelancongan dan kebudayaan. Ia tidak wajar dan tiada iltizam kerana pelancongan lebih mengutamakan material berbanding kebudayaan sebagai santapan minda.
Malangnya hal ini dibiarkan berterusan hingga mendorong pihak yang sepatutnya menggunakan unsur budaya sebagai tarikan pelancongan lebih mengutamakan sorak-sorai yang jauh daripada persekitaran tempatan.
Jika negara lain berbangga dengan karya sastera dan budaya, kita lebih ghairah bercakap industri pelancongan sekadar melawat kawasan gunung, pantai, pencakar langit, pusat beli-belah dan Batu Caves. Jika berada di luar negara, kita kerap mendengar penerangan mengenai seni termasuk mengunjungi rumah kelahiran penulis tersohor atau pusat pengajian yang mendidik mereka.
Muzium Sastera akan memaparkan karya sebagai rujukan kehadiran sasterawan besar sesebuah bangsa. Ramai pelancong menghargai apa yang dilakukan di Scotland dan Ireland, tapi tidak di Malaysia!
Di Edinburgh misalnya, stesen kereta api utama dinamakan Edinburgh Waverly Station. Waverly adalah nama novel karya Sir Walter Scott, pengarang besar Scotland yang turut menulis Ivanhoe. Lebih menarik lagi, novel Waverly boleh dibeli di mana-mana kedai buku sekitar Edinburgh, hatta di kedai runcit.
Di Lake District, sebuah daerah Barat Laut England, sastera menjadi tarikan apabila nama Samuel Taylor Coleridge, Beatrix Potter dan William Wordsworth dipaparkan sebagai The Lakeland Poets. Ramai sasterawan Malaysia yang ke sana tidak melepaskan peluang menikmati karya besar Inggeris.
Muzium penulis yang dinamakan Dublin Writers Museum menjadi tarikan di Dublin. Ia menyimpan karya selain bahan peribadi penulis seperti mesin taip, pena, manuskrip, buku serta alat yang berkaitan dengan penulis George Bernard Shaw, Oscar Wilde, James Joyce dan WB Yeats.
Begitu juga Stratford-upon-Avon yang amat sinonim dengan Shakespeare atau rumah Charles Dickens di London atau alamat 221B Baker Street, London yang menjadi kediaman watak Sherlock Holmes karya Sir Arthur Conan Doyle atau latar tempat di Bath, England yang diabadikan oleh Jane Austen di dalam novel Persuasion dan Northanger Abbey.
Malangnya karya A Samad Said, Anwar Ridhwan, Usman Awang dan S Othman Kelantan tidak diketahui pelancong, selain pengkaji seni Barat. Dalam hal ini peranan Muzium Sastera bukan sekadar mempamerkan karya, juga membawa pelancong mendekati karya tempatan. Agensi pelancongan pula perlu mencatatkan kunjungan ke Muzium Sastera yang serba lengkap sebagai satu daripada rangka lawatan pengunjung ke Malaysia. Muzium yang terletak di bangunan lama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) masih jauh daripada kesempurnaan, apatah lagi untuk membawa pelancong melihat karya besar tempatan. Muzium berkenaan menyimpan sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal -- Cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Munsyi Abdullah dan beberapa karya moden.
Bagaimanapun banyak karya yang sepatutnya ditempatkan tiada dalam senarai termasuk karya pemenang penulisan Asia Tenggara dan pemenang Hadiah Sastera Malaysia.
Kita akui muzium berkenaan menyimpan bahan pameran utama termasuk lukisan yang menggambarkan peristiwa penting berdasarkan petikan Sejarah Melayu dan bentuk hukuman yang dilaksanakan menurut Hukum Kanun Melaka menarik perhatian pengkaji. Tapi tercicirnya beberapa karya penulis penting sejak dekad 1950-an hingga kini sepatutnya tidak berlaku. - Berita Harian, 24 September 2013

No comments:
Post a Comment