BANYAK yang masih berdebat soal kemerdekaan dan penjajahan. Ada yang mempertahankan hujah isu kedaulatan dan pejuang kemerdekaan. Tapi kita lupa apakah minda kita sudah merdeka sepenuhnya?
Ketepikan isu pengganas komunis yang bukan lagi menjadi idea pokok masa kini. Perang Dingin sudah lama berlalu dan komunisme hanya tinggalan zaman lampau kerana Soviet Union sudah lama hancur dan Tembok Berlin sudah lebur.
Yang berlaku kini adalah tinggalan penjajah Barat yang masih kekal di kalangan kita. Pemikiran kita masih dijajah walaupun ada profesor yang mendakwa kita tidak pernah dijajah.
Ketika dunia bagai merayakan 10 tahun kejadian 11 September 2001, minda penjajah masih menghantui kita untuk bersimpati kepada mangsa serangan di World Trade Centre (WTC) di New York. Kita bagai spontan mengenang nasib keluarga mereka, sedangkan pada masa sama kita bagai melupakan apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan Palestin. Media Barat berjaya menguasai minda kita untuk mengenang nasib mangsa serangan WTC, sedangkan setiap detik umat Islam diancam dengan pelbagai ugutan dan imej buruk.
Kini bukan saja Iraq, Palestin dan Afghanistan yang menjadi mangsa, Libya, Mesir, Tunisia, Syria, Jordan dan banyak lagi negara Arab yang bakal terus menderita dengan ledakan bom dan tembakan. Imej sebagai pengganas sudah cukup untuk membawa ketakutan sejagat terhadap umat Islam.
Media Barat berjaya menguasai pemikiran global. Kita di Malaysia pun tidak terkecuali menjadi mangsa penjajahan minda untuk lebih bercakap soal keganasan pejuang Islam, di samping melupakan helah dan tipu daya Amerika Syarikat (AS) dan Pakatan Atlantik Utara (NATO) memanjangkan penjajahan bentuk baru.
Memang diakui 3,000 nyawa terkorban ketika kejadian 11 September 2001, tetapi kematian umat Islam di merata tempat tidak dihebohkan.
Bekas Presiden AS, George W Bush yang mengisytiharkan jihad terhadap ‘pengganas’ sengaja melupakan fakta kematian 1.03 juta rakyat Iraq antara Mac 2003 hingga Ogos 2009. Operasi AS dan sekutu di Afghanistan berjaya membunuh hampir 20,000 orang awam antara 2001 dan 2009. Kita tidak didedahkan dengan kekejaman Barat di negara Islam kerana lebih terpengaruh dengan lakonan watak utama di Rumah Putih.
Kita banyak terpedaya dengan helah media dunia yang menyelewengkan fakta. Ketika penyembelihan di Sabra dan Shatila (Chatila) di Beirut, Lubnan pada September 1982, media melaporkan kewajaran tindakan itu kerana ancaman berterusan samseng dan belia Palestin di penempatan Yahudi. Kematian 2,750 umat Islam dinafikan dengan laporan kejayaan rejim Zionis mempertahankan kedaulatan wilayah mereka.
Kini setiap kali kita bercakap isu kemerdekaan, wajar juga kita merenung makna kebebasan minda kerana ancaman Barat terhadap dunia ketiga masih berterusan.
Era selepas Perang Dingin bukan lagi memerlukan serangan bom atom dan pencerobohan sempadan. Peperangan memadai di hujung jari apabila media baru berjaya membentuk pemikiran umum. Sebelum rusuhan jalanan menjatuhkan Hosni Mubarak di Kaherah, rakyat Mesir sudah lama menduga kejatuhan diktator Arab itu menerusi portal berita dan laman sembang sosial.
Jika tidak waspada, kita juga bakal menjadi mangsa kerana gejala penjajahan bentuk baru semakin menular di dunia ketiga. Selepas 10 tahun kejadian di WTC, dasar langit terbuka sudah cukup memberikan imej salah di ruang tamu rumah kita. Media baru, televisyen satelit dan bahan penerbitan mempunyai nawaitu tersendiri sebagai ejen gerak saraf yang amat menakutkan; bersediakah kita menangkisnya? - Berita Harian, 13 September 2011

No comments:
Post a Comment