KETIKA krisis tebusan Bangunan American International Assurance (AIA) di Jalan Raja Chulan - Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin, 4 Ogos 1975, nama Muammar Gaddafi begitu lunak disebut.
Pengganas Tentera Merah Jepun (JRA) yang juga serpihan Liga Tentera Merah Komunis Jepun hanya menyebut nama Libya dan Gaddafi. Mereka hanya mahu berunding melepaskan tebusan dengan syarat rakan yang ditahan di Tokyo dibebas dan dibenarkan ke Libya.
Tiga tahun sebelumnya, peristiwa Black September pada 5 September 1972 yang membunuh 11 atlit Israel di perkampungan Sukan Olimpik Munich, Jerman, juga mengaitkan Libya sebagai destinasi pengganas.
Sejak itu nama Libya dan Gaddafi semakin lunak disebut. Reputasi umum ketika itu, Gaddafi menyokong perjuangan kemerdekaan termasuk Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), gerakan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao, Filipina dan Tentera Merah Ireland (IRA) di Ireland.
Malah timbul dakwaan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO) yang menuntut kerajaan sendiri di Thailand mendapat sokongan Gaddafi. Dia dikatakan membekal senjata, ubat dan latihan ketenteraan.
Kini apa pun nasib Gaddafi tidak penting lagi kerana sejarah lebih melihat kepada wataknya selama empat dekad dalam kancah politik dunia.
Ketika era Perang Dingin, dia penyokong sosialis Blok Warsaw pimpinan Soviet Union. Malah Gaddafi, di samping Saddam Hussein (Iraq) dan Hafiz al-Assad (Syria) dianggap penyokong tegar Blok Timur yang ketika itu berdepan kuasa Barat yang menyokong negara beraja di Asia Barat bagi menguasai kepentingan minyak dunia.
Gaddafi berjaya membuktikan jati dirinya ketika membantah penaklukan Soviet Union di Afghanistan pada 1980 yang dianggap mencabul hak asasi umat Islam. Tindakannya mengejutkan negara komunis sendiri kerana tidak menduga Gaddafi yang anti-Amerika Syarikat, juga sanggup menentang Moscow yang menceroboh Afghanistan dan menaja pentadbiran komunis Babrak Karmal.
Suara lantang selama empat dekad membentuk imej Gaddafi sebagai tokoh digeruni. Dia memboikot sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggap sebagai ejen syaitan Amerika Syarikat. Hanya pada September 2009 Gaddafi ke PBB yang akhirnya mengecohkan suasana, menyelar PBB sebagai alat kuasa besar dan menindas negara kecil termasuk umat Islam di Palestin.
Lebih mengejutkan apabila Gaddafi mengoyak buku piagam PBB dan melemparkan ke podium sebagai tanda protes terhadap kelemahan PBB. Dia berjaya menelanjang piagam PBB yang selama ini didominasi negara yang mempunyai kuasa veto.
Mengoyak piagam PBB pada majlis rasmi memberikan signifikan keruntuhan badan dunia itu dan maruahnya dipijak oleh pemimpin Arab yang terkenal radikal. Belum pernah dalam sejarah PBB pemimpin sebuah negara mengoyak piagam dan mencampakkan kepada pemimpin dunia di belakangnya. Sejarah hina PBB akhirnya tercipta biarpun kebanyakan agensi berita Barat melaporkan tindakan itu kurang ajar.
Hari ini dunia mungkin kehilangan tokoh segarang Gaddafi. Namun yang lebih penting ketika rakyat Libya merayakan peralihan kuasa, mereka wajar juga merenung betapa Tripoli kini hampir menjadi Baghdad dan Kaherah yang dikuasai tentera Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) naungan Amerika Syarikat.
Bagi jangka pendek, rakyat boleh menghukum apa saja kepada Gaddafi -- pembunuh, pembolot harta negara dan diktator militer -- namun sejarah juga bakal menentukan di manakah Libya pada masa akan datang.
Apakah Libya seperti negara jiran yang turut berada di bawah telunjuk Barat bagi menyelamatkan penguasaan rejim Zionis di bumi Palestin? Apakah Libya bakal aman tanpa Gaddafi atau bakal berterusan letupan bom dan tembakan?
Apa pun yang berlaku, dunia mungkin merindui telatah Gaddafi yang diiring 40 pengawal seksi pada majlis rasmi di samping mempunyai ratusan khemah persembunyian dan pengikut setia yang disebut pejuang revolusi di seluruh dunia! - Berita Harian, 31 Ogos 2011

No comments:
Post a Comment