TIDAK ramai yang mengenal Noramfaizul Mohd Nor sebelum ini. Dia hanya petugas Bernama TV yang rutin hariannya mencari sudut terbaik untuk lensa kameranya. Namanya tidak disebut ketika mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI ke Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu.
Hanya apabila terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial di Mogadishu, Somalia, Noramfaizul menjadi sebutan rakyat Malaysia, malah ada yang menganggap dia mati syahid dan wira negara.
Noramfaizul seperti juga petugas media yang lain sentiasa akur dengan arahan tugas. Dia adalah antara petugas media yang maut di kawasan bergolak. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menamakan 13 negara yang dianggap ‘bahaya’ untuk wartawan bertugas. Tapi hairannya, ada dalam kalangan kita yang perlukan wartawan ke kawasan berisiko semata-mata alasan tersendiri. Laporan Lembaga Perlindungan Wartawan Internasional (Committee to Protect Journalists, CPJ) menyebutkan lebih 252 wartawan dibunuh di 13 negara dan kebanyakan pembunuh bebas daripada hukuman.
Pergolakan politik, perang saudara, pertelingkahan merebut kawasan, berebut bantuan makanan dan minuman dikaitkan sebagai punca petugas media ditembak ketika membuat laporan di kawasan bergolak.
Dalam kebanyakan kes, wartawan yang dibunuh tanpa memakai jaket keselamatan di kawasan bergolak. Ada juga kes, mereka tidak didedahkan dengan keadaan sebenar di suatu kawasan sehingga akhirnya maut ketika menjalankan tugas.
Laporan ini menyebut kebanyakan kes tembakan dilakukan oleh pihak yang rasa terancam di wilayah bergolak.
“Motif pembunuhan wartawan sebagai amaran bagi wartawan lainnya untuk diam, menjamin kalau isu yang sensitif tidak didedahkan,” tegas Pengarah Eksekutif CPJ, Joel Simon.
Badan yang diasaskan di New York ini menegaskan banyak wartawan yang mendapat ancaman terlebih dulu sebelum akhirnya dibunuh dan tidak mendapat perlindungan. Ketika keluarga mangsa menderita kehilangan insan tersayang, pembunuh bebas ke mana saja kerana pergolakan politik menghalang sebarang tindakan undang-undang.
Simon memberi contoh penemuan mayat wartawan Pakistan, Saleem Shahzad selepas beberapa hari dia menulis mengenai keganasan di Asia Selatan. Shahzad juga pernah mendedah penyusupan pengganas al-Qaeda dalam pasukan angkatan laut Pakistan yang akhirnya dinafikan oleh kerajaannya sendiri.
CPJ mendedahkan Iraq, Filipina dan Sri Lanka sebagai negara yang paling tidak ‘bersahabat’ dengan wartawan. Sementara Mexico dianggap terus memburuk tetapi Russia semakin baik kerana tiada wartawan dibunuh pada 2010.
Mexico dianggap terburuk kerana seorang jurugambar, Luis Carlos Santiago ditembak mati di sebuah pusat beli-belah.
Sebelum Noramfaizul ditembak di Somalia, seramai 18 wartawan terbunuh di seluruh dunia sejak awal 2011. Sejak 1992 ada 863 wartawan yang terbunuh dan 145 wartawan lainnya dipenjara akibat pemberitaan mereka.
CPJ menggariskan 13 negara yang masuk dalam kategori tidak mesra wartawan iaitu Iraq (92 kes), Somalia (11 kes termasuk Noramfaizul), Filipina (56 kes termasuk 32 wartawan dan pekerja media yang dibunuh dalam peristiwa keganasan 2009), Sri Lanka (9), Colombia (11), Afghanistan (7), Nepal (6), Mexico (13), Russia (16). Pakistan (14), Bangladesh (5), Brazil (5) dan India (7).
CPJ juga mendedahkan masalah penerbitan di negara membangun yang dikawal ketat oleh pemerintah. Pelbagai akta dan peraturan dikenakan sehingga pengamal media sukar ‘bernafas’ ketika mendedahkan sesuatu isu.
Kepincangan laporan di negara membangun menyebabkan media baru mula mengambil alih peranan media arus perdana yang kian susut.
Kehadiran laman web, blog, portal berita atau laman sosial seperti Facebook dan Twitter menjadikan bidang penerbitan semakin tercabar. Lebih malang lagi apabila wartawan dicabar dengan bom dan mortal ketika niat mereka suci untuk melaporkan kegiatan di daerah bergolak seperti di Somalia.
Noramfaizul tentunya sebuah nama yang bakal disebut dalam sejarah kewartawanan negara. Sumbangan dan hasil kreatifnya akan lebih besar dikenang apabila kita mengingatkan cara kematiannya yang tragis. Perang dan pergolakan sentiasa mesra pada lensa jurugambar!- - Berita Harian, 10 September 2011

No comments:
Post a Comment