PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) menguasai semula negeri itu selepas 21 tahun ditadbir oleh PAS.
Beliau melaungkan keyakinan berdasarkan sokongan semasa. Beberapa kawasan yang dianggap ‘hitam’ sebelum ini sudah dipulihkan. Pasir Mas, Kok Lanas dan Bachok yang sebelum ini dianggap ‘sukar’ kini menjadi harapan baru BN.
Hanya Pengkalan Chepa yang sukar ditembusi BN kerana faktor Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dianggap kebal.
Mustapa yakin sasaran memenangi 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang mampu dicapai.
“Saya sudah mengadakan mesyuarat peringkat Badan Perhubungan UMNO negeri dan mengulangi keyakinan sasaran untuk kita memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi DUN Kelantan nanti.
“Walaupun sebelum ini dikatakan berlaku pergolakan di beberapa bahagian, namun ia tidak betul dan saya sudah mengadakan pertemuan di bahagian berkenaan, sebenarnya tidak ada, malah pelantikan pemimpin tertentu, semuanya diterima ramai,” katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya di Pejabat UMNO Pasir Mas, baru-baru ini.
Isu tempatan seperti pembalakan haram dan tanah untuk perladangan menjadi modal UMNO yang kini giat berkempen di seluruh negeri.
Dari segi sejarah, rakyat Kelantan pernah berada di bawah pimpinan UMNO dan Perikatan untuk beberapa ketika sebelum diambil alih oleh PAS selama 18 tahun. PAS menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1973 ketika era pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein. Bagaimanapun beberapa isu dalaman antara UMNO Kelantan pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan PAS pusat pimpinan Tan Sri Asri Muda menyebabkan berlaku keributan pada 1977. Rusuhan berlaku dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) terpaksa diisytiharkan apabila segelintir rakyat mengadakan rusuhan di Kota Bharu. PAS bertindak meninggalkan BN. MAGERAN menyebabkan urusan pentadbiran negeri digan tung. Apabila pilihan raya khas pada 1978, BN menang 34 kerusi (22 UMNO, 11 BERJASA dan 1 MCA). PAS hanya menang dua kerusi di DUN Sering (Nik Abdullah Arshad) dan Manik Urai.
Kemerosotan mendadak Pas pada 1978 bukan kerana parti itu lemah, tetapi MAGERAN menyebabkan PAS tidak dapat bergerak aktif.
Keadaan berubah apabila pengaruh PAS kembali menapak pada Pilihan Raya Umum 1982 dan 1986, serta menguasai semula Kelantan pada 1990 menerusi Angkatan Perpaduan Ummah hasil kerjasama PAS dan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.
Ketika pengaruh PAS sedang menapak pada dekad 80-an, ada segelintir ahli UMNO sendiri yang mencipta masalah dan mewujudkan krisis dalaman menyebabkan BN lemah. Pimpinan UMNO negeri bukan saja berdepan serangan daripada PAS, juga di kalangan ahli UMNO sendiri hingga menyebabkan BN kalah teruk pada 1990.
Bagi kebanyakan pemerhati politik, pemimpin siasah perlu mempelajari pola berfikir penduduk tempatan untuk menangani suasana yang ada. Kelantan yang dianggap Serambi Makkah mempunyai tradisi sistem pendidikan pondok tertua di Asia Tenggara. Tradisi ini membentuk naungan politik yang akhirnya dikenali politik Islam. Bentuk siasah ini menjadi imej sebahagian penduduk Kelantan yang perlu difahami oleh mana-mana parti politik.
Sebarang bentuk perjuangan dan idealisme yang tidak mendapat dokongan institusi keagamaan bakal menerima padahnya.
Bagi sebahagian penduduk Kelantan, semangat kekitaan dan jati diri berjaya mengikat kesepakatan walaupun berada di luar Negeri Cik Siti Wan Kembang. Loghat Kelantan dipertahankan walaupun mereka berada di tempat lain, hatta di Makkah dan Eropah.
Dalam hal ini UMNO dan BN Pusat perlu menyelami pola berfikir penduduk Kelantan jika berhajat menumbangkan PAS. Laungan dan keyakinan tidak bermakna kerana keputusan di peti undi bakal menentukan nasib penduduk yang lebih 95 peratus beragama Islam dan bangsa Melayu. - Berita Harian, 21 September 2011

1 comment:
Pemimpin UMNO jaga ketrampilan...bersalam dengan rakyat tengok pada mata dan hulur dua tangan..jangan tau nak nak hulur duit....rakyat Kelantan bukan macam lembu boleh dijual beli...ingat tu, pemimpin UMNO kena tunjuk pandai juga dalan bab agama...ini tidak tatkal PAS buat majli agama, UMNO pula buat makyong, dikir barat.
Post a Comment