Sehingga kini teka-teki Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menjadi debaran apabila tarikh 8 Mac 2013 berlalu dengan pelbagai pertanyaan. Bila Parlimen yang mempertaruhkan 222 kerusi dibubar? Sejauh mana krisis pencerobohan dan keganasan di Sabah memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang?
Jika PRU-12 pada 8 Mac 2008 memberi mandat kecil kepada BN, senario yang berlaku sekarang amat menarik untuk dianalisis. Datuk Seri Najib Razak yang dilantik Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009 melakukan pelbagai transformasi untuk kepentingan rakyat dan negara.
Pembangkang pula yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh harapan di kawasan bandar yang didiami majoriti Cina dengan harapan memecah dominasi BN dan Perikatan sejak 1957.
Harapan pembangkang untuk menawan Putrajaya bukan mudah. Mereka bukan saja berdepan jentera BN yang semakin kukuh, bahkan menghadapi krisis keyakinan ahli sendiri.
Pembangkang berdepan krisis kepercayaan dalam kalangan ahli PAS, DAP dan Parti Keadilan Nasional (PKR). Ahli PAS sehingga kini tidak bersetuju dengan isu Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah, bahkan sinikal dengan pemimpin DAP, Karpal Singh yang secara terbuka mencabar supaya langkah mayatnya jika mahu membentuk pentadbiran Islam di Malaysia.
Ahli PAS juga kurang yakin isu hudud diperjuangkan dalam kancah politik semasa apabila Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang lebih lunak membicarakan negara berkebajikan dan sengaja melupakan misi menegakkan hudud di Malaysia.
Hadi dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kurang tegas dalam isu kalimah Allah dan terpaksa ‘membetulkan’ kenyataan mereka apabila Majlis Syura PAS bertegas tidak membenarkan kalimah Allah diperalatkan pihak lain. Sejarah tamadun Islam tidak pernah menilai persamaan antara Allah, god, jesus dan lord.
PKR pula bukan saja berdepan isu moral bahkan sejauh mana pengundi yang menyokong mereka pada 2008 akan kekal bersama Anwar?
Tindakan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menyertai PKR selepas membuat kenyataan menafikan anaknya diliwat pada Jumaat lalu tidak membantu kempen pilihan raya. Masyarakat lebih mempertikaikan kewibawaan Azlan, berbanding bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap mereka dua beranak.
Jika dulu begitu gah menyuruh anak sumpah laknat serta mendakwa mangsa perlakuan seks luar tabii, hari ini insan yang sama berdolak-dalik kononnya menginsafi dosa fitnah. Individu berkenaan hanya dikenali kerana kes mahkamah dan mereka tidak ada apa-apa di mata umum.
Sehingga kini, PKR gagal mempengaruhi kawasan Melayu. Kemenangan besar di Selangor pada 2008 adalah hasil sokongan PAS dan ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan ketika itu. Perubahan suasana politik memberi kesan kepada parti yang bertanding tahun ini. DAP bukan saja dianggap parti perkauman, bahkan perlu membuktikan mereka mesra Melayu.
PAS pula bergelut dengan krisis identiti – sama ada menjadi teras ulama atau wahana reformis muda yang tidak menyokong UMNO berpihak kepada kelompok dominan di Pantai Timur dan utara Semenanjung.
Mandat lima tahun kerajaan hampir berakhir dan kerajaan tidak boleh membuat persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana majoriti mudah. Kawasan yang dipertandingkan pada 2008 kekal dengan 153 kerusi Parlimen di Semenanjung, 25 kerusi di Sabah, 31 (Sarawak) dan 13 kerusi di Wilayah Persekutuan menjadi perhatian umum.
Krisis pencerobohan di Sabah mungkin memberi saham kepada perkembangan siasah. Tiga juta penduduk Sabah mengharapkan keamanan dikekalkan dan masyarakat Suluk diakui memainkan peranan dalam pentadbiran dan sektor ekonomi.
Bangsa Suluk mewakili 80,000 daripada 926,638 pengundi berdaftar menjelang PRU-13. Mereka mengharapkan keamanan dan jaminan keselamatan berkekalan.
Sebahagian besar mereka tidak menyokong serangan pengganas kerana yakin dengan pimpinan sekarang. Ketika Anwar begitu seronok menyanyikan ‘Tanya pada Najib, apa sebab goyang... Nanti jawab Najib, Sabah nak hilang,’ pengundi lebih matang menilai masa depan menerusi peti undi.
Pembubaran Parlimen dan DUN bakal memberi kemenangan kepada rakyat kerana demokrasi masih subur. Era propaganda dan meminta jasa dikenang sudah berlalu. Najib menyedari keadaan ini kerana yakin rakyat akan memilih yang terbaik. - Berita Harian, 16 Mac 2013

No comments:
Post a Comment