Jika dulu kempen secara terbuka dilakukan menerusi majlis ceramah dan lawatan dari rumah ke rumah, tetapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi ‘pilihan raya media sosial’ pertama di negara ini berikutan peningkatan penggunaan internet sebagai mekanisme berkempen.
Kesannya boleh dilihat dengan jelas sekarang. Banyak ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk menyalur pandangan, memberi reaksi isu semasa dan menyelar musuh politik mereka menerusi media sosial. Penggunaan blog dan portal berita mula ketara ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008, berbanding 2004.
Dari segi sejarah, rakyat Malaysia mula memanfaatkan internet sejak 2 September 1998 apabila bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat jawatan dalam parti dan kerajaan.
Ketika itu banyak laman web mempertikaikan kepemimpinan negara, lantang menyokong Anwar, seolah-olah individu berkenaan bebas daripada segala unsur rasuah dan isu moral.
Seruan mengadakan tunjuk perasaan di Kuala Lumpur pada setiap petang Sabtu tersebar menerusi internet dan Anwar dijulang sebagai wira yang dijatuhkan kerana unsur politik. Malah, isu liwat, mata lebam dan dakwaan kronisme membabitkan pemimpin utama ketika itu diulang siar berkali-kali, seolah-olah cerita yang tidak benar menemui kebenaran di media baru.
Internet jadi hakim
Ketika itu internet sudah menjadi hakim dan pendakwa yang berulang kali menuduh dan mendakwa pihak yang tidak disenangi sebagai diktator, sekali gus mengangkat individu yang disokong sebagai pembela marhaen.
Rakyat Malaysia juga mula mengenal internet sebagai saluran kempen yang luar biasa, menggantikan surat layang dan ceramah umum yang dianggap semakin terhad dan kurang agresif.
Suasana politik pada 2003 hingga 2009 ketika era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi diterjemahkan menerusi media sosial apabila tohmahan terhadap pentadbiran beliau secara terbuka.
Abdullah bukan saja menerima imej antagonis, bahkan menjadi bahan jenaka dalam kalangan penulis blog.
Kini dengan 17 juta pengguna internet di Malaysia, aliran maklumat dan ruang perdebatan semakin terbuka apabila media sosial dimanfaatkan untuk berkempen, menyalurkan pandangan serta memberi gambaran bentuk kepemimpinan pada masa akan datang.
Justeru, tidak menghairankan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaitkan media sosial sebagai bentuk kempen cara baru yang boleh memberi kesan kepada pengundi.
Kehadiran pengundi muda yang dianggap aktivis media sosial memberi kesan besar terhadap pola pengundian dan calon yang bakal menerima sokongan nanti.
Generasi muda berbeza golongan lebih dewasa kerana mereka tidak terikat dengan kecenderungan politik tertentu. Mereka bukan saja kurang memahami perasaan mengenang budi secara kepartian, bahkan sinikal dan kritis dalam isu tertentu termasuk pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi awam.
Fakta yang sedia ada menunjukkan sejak Mac 2008 terdapat 2.9 juta pengundi baru tidak kira golongan umur mendaftar sebagai pemilih.
Angka ini sangat signifikan kerana ia mewakili lebih satu perlima daripada jumlah pengundi Malaysia iaitu 13.1 juta orang. Ini bermakna, setiap seorang daripada lima pengundi bagi PRU-13 nanti, ialah pengundi baru atau pengundi kali pertama.
Di tangan mereka bakal menentukan nasib 222 kerusi Parlimen yang bakal menentukan pihak mana bakal menguasai Putrajaya tidak lama lagi.
Media sosial dengan pelbagai suara dan nada mula memberi gambaran calon bagaimana yang bakal dipilih dan parti mana yang bakal disisih.
Ahli politik yang gagal memahami isyarat media baru bakal berdepan kesukaran apabila media tradisional semakin dicabar.
Lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan UMNO. Penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan didasarkan kepada pengalaman masa lalu, sebaliknya berasaskan merit hari ini berserta wawasan masa depan.
Perang menerusi media baru bakal menentukan calon bagaimana akan dipilih. Pengundi hari ini tidak lagi peduli dengan tokoh yang sibuk menabur tar pada jalan becak atau bantuan tandas percuma menjelang hari pengundian.
Mereka menilai jati diri dan perjuangan seseorang wakil rakyat selama tempoh perkhidmatan. Wakil rakyat yang gagal memahami isyarat dari bawah akan berdepan kenyataan pahit di peti undi. Mereka sepatutnya belajar daripada Pilihan Raya Umum 2008 apabila banyak nama besar kecundang kerana gagal mendapat sokongan pengundi baru terutama golongan atas pagar.
Media sosial sekali lagi bakal menterjemahkan sejarah baru dalam proses demokrasi di Malaysia! - 6 Mac 2013

No comments:
Post a Comment