Dulu, kini dan selamanya DAP tidak pernah mengutamakan kepentingan bangsa lain kerana lebih mementingkan isu kecinaan. Jika dekad 1970-an mereka memperjuangkan penubuhan Universiti Merdeka yang bertujuan mengetepikan kepentingan bahasa Melayu sebagai pengantar utama, kini mereka masih memperjuangkan isu sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang dianggap tercicir daripada sistem pendidikan arus perdana.
Mereka sengaja menafikan usaha kerajaan yang sentiasa membuka peluang pendidikan kepada semua kaum, berbeza dengan apa yang berlaku di Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina.
Sejak ditubuhkan pada 18 Mac 1966, DAP lebih mengutamakan isu perkauman dan hak asasi untuk meraih perhatian pengundi kawasan bandar.Parti serpihan PAP di Singapura itu pernah disertai beberapa tokoh Melayu, tetapi akhirnya bertindak meninggalkan DAP kerana tidak tahan kerenah beberapa individu yang menguasai gerakan siasah itu.
Ramai yang tidak percaya kononnya DAP akan merestui Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. DAP akan memilih calon yang boleh mereka kuasai.
Hasrat DAP mahu bertanding lebih 150 kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membuktikan mereka akan meletakkan calon Melayu sebagai boneka Perdana Menteri jika berkuasa nanti. Dengan peruntukan kempen perbelanjaan dianggarkan RM15 juta, DAP kini giat turun padang termasuk di kawasan campuran bagi memastikan calon Melayu mereka menang.
Pada PRU 2008, DAP bertanding 49 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN dengan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi DUN.
Bagaimanapun ramai yang sedar tokoh Melayu dalam DAP adalah alat untuk menutup niat sebenar parti perkauman itu. Bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang pada suatu masa dulu begitu naif berfikir bahawa DAP adalah parti pelbagai kaum, mengetahui keadaan sebenar apabila menganggotainya.
Pemimpin veteran DAP Melayu, Ahmad Ton pula menyifatkan DAP akan menghadapi masa depan yang kabur jika pemimpinnya tidak meluaskan konsep Malaysian Malaysia. Sejak 1969, DAP mempunyai enam ahli politik Melayu yang menang dalam pilihan raya termasuk Ibrahim Singgeh (Tapah Road, sekarang Air Kuning); Hassan Ahmad (Si Rusa) dan Fadzlan Yahya (Pasir Bedamar), manakala, Ahmad Nor adalah ahli DAP Melayu pertama terpilih sebagai Ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Bayan Baru pada 1990.
Sasterawan Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud pernah menjadi ahli DAP dan mengambil keputusan keluar parti apabila menyedari parti berkenaan memperalatkan Melayu untuk mengaburi niat sebenar. Keadaan sama juga dialami Datuk Zainal Rampak yang pernah menjawat Timbalan Pengerusi DAP Selangor pada awal 1990-an.
Abdul Muluk dalam buku Antagonis Melayu mendedahkan pengalaman peribadi ketika menjadi ahli termasuk menjawat Timbalan Setiausaha Agung DAP. “DAP hanya dikuasai individu tertentu,” akuinya.
Beliau menggariskan faktor DAP tidak mendapat sambutan kerana tidak ada pemimpin Melayu yang konsisten dalam parti. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri keturunan Melayu gagal menarik perhatian pengundi Melayu.
Mereka sekadar pengikut kepada pemimpin Cina serta terlalu bergantung kepada kawasan Cina untuk menang pilihan raya. Buku berkenaan juga mendedahkan surat Abdul Muluk kepada Lim Kit Siang bertarikh 20 November 1999.
“Kita menentang kronisme dan nepotisme, tapi saudara mengamalkan. Kita mahu kebebasan, keadilan, demokrasi dan kerajaan yang baik, tapi saudara membelakangkan prinsip ini,” tegas Abdul Muluk.
Beliau juga kesal Melayu hanya didekati oleh pemimpin DAP semata-mata untuk mengekalkan status quo mereka. “Kerana prinsip, saya mempertahankan bahawa pemimpin Melayu dalam DAP hanya layak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Saudara menolak saya menjadi calon di kawasan Parlimen Seputeh atas alasan akan kalah kerana majoriti pengundi Cina. Tapi pada masa sama saudara meminta saya menjadi pengerusi cawangan Seputeh,” tegasnya.
Krisis dalaman DAP mendorong wujud Team A dan Team B. Abdul Muluk dikaitkan rapat dengan Liew Ah Kim, Wee Choo Keong dan Fung Ket Wing. Beliau juga rapat dengan Fan Yew Teng, bekas Ahli Parlimen Kampar (1969) dan Menglembu (1974), serta ADUN Petaling Jaya (1975). Fan meninggalkan DAP pada 1978 dan menyertai Parti Demokratik Sosial (SDP). - Berita Harian, 4 Mac 2013

No comments:
Post a Comment