KOMUNIKASI sering menjadi alat yang menakjubkan. Ia boleh menghubungkan sesama manusia. Ia boleh mendekatkan yang jauh, atau merenggangkan yang dekat. Ia menjadi sebahagian daripada strategi kehidupan. Akhbar, majalah, radio dan televisyen sejak 1800 sudah menjadi wahana sejagat yang amat ghairah. Manusia mendekatinya kerana komunikasi sebahagian daripada pencetus tamadun baru dunia. Hari ini internet, laman web, facebook dan twitter memberi tafsiran berbeza terhadap erti kebebasan media itu sendiri.
Sebelum tentera Jepun menyerbu Pearl Habor, radio menjadi alat sebaran am terpenting. Perisik Negara Matahari Terbit menyerbu wilayah timur Amerika Syarikat di pesisir Lautan Pasifik ketika pertukaran jam kerja ketenteraan. Mereka menafsir arah angin dan bentuk gelombang di lautan. Mereka merisik kegiatan tentera Amerika Syarikat dan mendapatkan maklumat sebelum menyerbu pantai dan ruang udara. Perang Dunia Kedua hampir menjadi milik Jepun dan Jerman jika tidak letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 1945. Alat komunikasi mempunyai natijah tersendiri ketika perancangan peperangan.
Di Tanah Melayu dan Indonesia, ramai penduduk tempatan ditahan dan diseksa tentera Jepun semata-mata kerana memiliki radio. Memiliki alat sebaran am dianggap mencelikkan minda dan boleh mengubah strategi penjajahan. Komunikasi juga boleh menghasut rakyat menentang penguasa atau mendedahkan kediktatoran seseorang tokoh kepada massa.
Menjelang kemerdekaan negara, pejuang kebangsaan sebahagian besarnya menggunakan media untuk menggerakkan rakyat menentang penjajah. Pak Sako, A Samad Ismail, Said Zahari, Usman Awang dan Keris Mas adalah pewaris perjuangan Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob dan tokoh media lain menggerakkan pemikiran massa. Mereka menggunakan media untuk membangkitkan kecintaan terhadap makna kebebasan itu sendiri. Mereka melaporkan dan ada masanya, menggunakan genre puisi dan cerpen untuk menyedarkan makna kebebasan.
Presiden Sukarno pula menggunakan medium 'surat layang' ketika menggerakkan usaha mengganyang Malaysia pada era konfrontasi dekad 60-an. Pelbagai propaganda Indonesia Raya dan kesatuan bangsa serumpun dipergunakan semata-mata mahu menghalang penubuhan Malaysia yang lebih berdaulat.
Ketika era Perang Dingin yang membabitkan persaingan Pakatan Atlantik Utara (NATO) yang didokong oleh Amerika Syarikat dan Pakatan Warsaw (blok komunis Eropah Timur) yang diketuai Soviet Union, alat komunikasi menjadi senjata penting untuk mencuri maklumat pihak musuh.
Negara komunis yang diasuh oleh KGB (Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti atau Majlis Keselamatan Negara) tidak kalah bersaing dengan Agensi Perisik Pusat (CIA) dari segi penguasaan maklumat dan mempengaruhi massa. Mengusai sebaran am dinggap kemenangan mutlak dalam persaingan NATO dan Pakatan Warsaw. Ketika runtuh Tembok Berlin dan hancurnya Soviet Union, media massa terus berperanan menghebahkan kegagalan sistem sosialis dan kejayaan golongan kapitalis naungan Amerika Syarikat dan Britain. Rumah Putih dan penghuninya dianggap manusia paling berpengaruh di planet bumi. Media massa mengangkat dan mengiktiraf kehebatan demokrasi dan kapitalis barat. Golongan sekular dianggap terbaik dan institusi agama dituduh fanatik, pengganas, jumud dan pengikut Taliban!
Kerajaan China pula memperkenalkan 'Green Dam' ketika kebangkitan prodemokrasi di Beijing. Negara komunis itu tidak mahu penyaluran maklumat yang bebas bakal meruntuhkan Revolusi Kebudayaan yang digerakkan oleh Mao Tse Tung empat dekad sebelumnya. Membenarkan kebebasan media seperti mengundang kehancuran sesebuah sistem yang dianuti sebelumnya.
Di Malaysia, peranan internet dan media baru menjadi pencabar utama sebaran am tradisional. Sejak penahanan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 2 September 1998, media baru mencetuskan budaya tersendiri di negara ini.
Ada masanya, pertuduhan dan pendakwaan memadai melalui internet saja. Media baru sudah menggerakkan pemikiran generasi muda dengan ritma yang tersendiri. Seseorang boleh didapati bersalah apabila dipercayai dan ulangi bersalah menerusi laman blog dan portal berita. Tiada siapa yang bebas untuk menyelamatkan diri kerana media baru sudah mendapat reputasi hebat untuk merayakan kebebasan media.
Ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan Koridor Raya Multimedia, kerajaan menyediakan Bill of Guarantees, yang memberi jaminan kebebasan internet dan bermaklumat seperti dimiliki negara maju yang lain.
Bagaimanapun takrif kebebasan itu sendiri mencetuskan polemik kerana sering tersasar daripada matlamatnya. Jika kebebasan ditakrifkan bebas untuk menuduh seseorang tanpa bukti dan menyalahi hak peribadinya, apakah ia perlu dibenarkan?
Pada sisi lain pula, pindaan Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) boleh merisaukan banyak pihak. Mungkinkah media baru turut terpalit dengan peraturan dan larangan pemberitaan jika ia mempunyai asas untuk disiarkan kepada umum? Apakah media baru akan setaraf media tradisional?
Polemik ini bakal mencetuskan perdebatan yang tidak berkesudahan. Ketika ada pihak merasakan media baru perlu diberikan kuasa lebih meluas untuk menyalurkan pendapat dan menyebar maklumat, pihak yang sama juga perlu menyedari kesan maklumat yang tidak benar dan dakwaan melulu.
Kawalan melulu terhadap media bakal mencetuskan penentangan berterusan. Ia boleh diterjemahkan menerusi peti undi kerana media menjadi kuasa ketiga di sesebuah negara selain institusi pemerintahan dan perundangan. Larangan penyiaran terhadap sesuatu isu boleh mengundang tohmahan tidak berkesudahan. Kerajaan boleh mengguanakan Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi jika sesuatu laporan itu boleh menjejaskan keselamatan awam.
Tentunya media baru menjadi perayaan sejagat jika alat komunikasi dipergunakan untuk penyebaran maklumat, bukan tohmahan melulu. Tentunya kebebasan itu sendiri memberi kesan besar kepada pemikiran sejagat kerana menjadi naluri manusia untuk bebas daripada penguasaan pemikiran orang lain. Persaingan media baru dan media tradisional tentunya terus tidak berkesudahan. Yang beruntung adalah proses komunikasi itu sendiri kerana ia memberi pilihan kepada pecintanya! - Berita Harian, 1 Februari 2011
Tuesday, February 01, 2011
Thursday, January 27, 2011
Teori Domino di tanah Arab
"ADA apa-apa soalan?" tutur Ezzat Ibrahim dengan wajah serius. Hanya beberapa saat, sebelum sempat wartawan bertanyakan soalan, dia menambah: "Terima kasih kerana tiada soalan!" Dia berlalu meninggalkan puluhan wartawan di pusat konvensyen di Baghdad dengan langkah tegas, berpakaian tentera, berpistol dan diiring 10 pasukan elit tentera Iraq yang lengkap bersenjata M16. Semuanya kelihatan bengis dan tidak mesra. Wartawan berpandangan sesama sendiri kerana tidak biasa dengan suasana tegang, apatah lagi ketika itu Iraq dan Iran masih berperang kerana pertikaian sempadan. Isu senjata kimia, pembunuhan kaum Kurd menjadi bualan sejagat. Media pula terkongkong dan ada wartawan hilang tanpa jejak. Ternyata Iraq dan banyak negara lain sehingga kini tidak mesra media.
Penulis melihat aksi Timbalan Pengerusi Majlis Revolusi Iraq itu dengan mata sinis kerana mengetahui hubungan rapatnya dengan Saddam Hussein yang terkenal dengan sikap kerasnya. Pengalaman ini dicatat ketika berkunjung ke Baghdad, Basra, Babylon dan menyusuri Shattal Arab pada 29 Mac hingga 4 April 1989. Kononnya Iraq ketika itu mengadakan pilihan raya yang 'bebas' kali pertama dan ramai wartawan asing termasuk dua Ahli Parlimen Malaysia diundang untuk melihat proses demokrasi di Iraq. Pengalaman ini juga penulis catatkan dalam kumpulan puisi Lelaki yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1994.
Sistem demokrasi di Iraq di bawah pimpinan Saddam tidak jauh bezanya dengan proses suara rakyat di beberapa negara Arab di Asia Barat dan Utara Afrika sehingga kini. Hak asasi, suara rakyat dan perjuangan wanita masih di tahap yang rendah. Pilihan raya diadakan untuk anggota tentera menjadi wakil mengundi bagi pihak rakyat. Banyak negara Arab terperangkap antara sistem feudal yang kuku besi dan diktator tentera yang menjalankan peraturan serta sistem hukum menerusi senjata.
Rakyat menjadi mangsa pihak istana yang menggunakan sumber minyak untuk kekayaan peribadi sedangkan prasarana negara tidak dipedulikan. Jika ada apun sistem pilihan raya yang kononnya proses demokrasi, ia sekadar istiadat untuk meraih sokongan negara Barat terutama Amerika Syarikat dan Britain yang sentiasa mendekati Asia Barat kerana menjaga kepentingan Israel di Semenanjung Gaza. Demokrasi tidak bermakna apa-apa apabila rejim tentera yang disokong komando elit sentiasa menghimpit suara rakyat, pada masa sama rakus membunuh penentang dan gerakan pembaharuan. Tradisi memuja pemimpin disemarakkan dan pelbagai ungkapan serta slogan dipergunakan untuk mengekalkan kekuasaan.
Justeru, apa yang berlaku kepada bekas Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali baru-baru ini bukan sesuatu yang memeranjatkan. Ben Ali seperti juga Saddam menggunakan pengaruh dan kuasa tentera untuk menguasai massa dan akhirnya terpaksa melarikan diri apabila penentangan rakyat berlaku secara mendesak. Bezanya, Saddam tidak sempat melarikan diri apabila dikepung dan dihukum bunuh oleh tentera Amerika Syarikat dan Britain.
Kini timbul pula persoalan, mungkinkah Teori Domino bakal berlaku di negara Arab seperti belakunya ke atas negara komunis di Blok Timur (Eropah Timur) apabila runtuhnya Soviet Union pada 1989?
Media melaporkan penentangan rakyat terhadap beberapa penguasai semakin berleluasa. Mereka sedar -- sama ada feudal mahupun diktator tentera--- masing-masing mempunyai agenda yang sama iaitu memerah hasil bumi dan mengekalkan kekuasaan menerusi sistem diktator. Populasi generasi muda yang berkembang pesat menghadapi harga keperluan utama yang melonjak, angka pengangguran melambung dan peluang pekerjaan terbatas menimbulkan penentangan secara terbuka.
Ada negara Arab yang terkenal sebagai pusat tamadun keilmuwan, tetapi terlalu rendah taraf celik hurufnya. Sebahagian besar rakyat hidup di bawah tahap kemiskinan sedangkan pemimpin mereka yang berusia 82 tahun masih berusaha untuk mengekalkan kekuasaan walaupun sudah berkuasa lebih 30 tahun.
Jika dibandingkan dengan warga Tunisia, penduduk negara itu memiliki tingkat pendidikan dan kenal huruf lebih rendah dan bukan pengguna internet utama walaupun mempunyai sebuah universiti Islam paling berwibawa di dunia
Wartawan BBC, Jon Leyne menyatakan kebanyakan rakyat tidak melihat mereka boleh mengubah kehidupan mereka melalui aksi politik, seperti ikut dalam pemilihan, menjadi aktivis, atau berdemonstrasi.
Aksi bunuh diri pemuda Tunisia, Mohamed Bouazizi, yang nekad membakar diri hingga terbunuh pertengahan Disember menjadi ikon generasi muda Arab untuk menunjukkan jalan keluar kepada pemerintahan diktator di Asia Barat dan Utara Afrika.
Mengabaikan suara generasi muda, tidak mustahil suatu hari nanti ramai lagi Shah Iran, Saddam dan Ben Ali yang akan menjadi mangsa sejarah dengan catatan berlandaskan aliran darah rakyatnya sendiri. - Berita Harian, 27 Januari 2011

Di negara yang mengamalkan sistem beraja, pemimpin mereka lebih selesa berdamping dengan Barat kerana kemajuan teknologi cari gali minyak.
Justeru, tidak menghairankan apabila timbul isu membabitkan keganasan rejim Zionis di rantau Teluk, banyak sheikh Arab mendiamkan diri walaupun kawasan zon perang hanya beberapa kilometer daripada negara mereka.
Ketika suara generasi muda semakin mengancam dan menggesa tindakan tegas, pemimpin yang bersekutu dalam Liga Arab masih dibuai dengan tradisi feudal tanpa menghirau nasib rakyat yang memerlukan pembelaan.
Tuesday, January 18, 2011
Interlok mangsa PARIA
AGAK malang sekali apabila sebuah karya besar dipolemikkan oleh segelintir manusia berjiwa kecil semata-mata dikaitkan isu penghinaan kaum. Lebih malang sekali hampir 100 orang yang berkumpul, membakar novel dan potret penulisnya di Klang tidak pernah membaca karya Karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Husain, apatah lagi untuk memahami sistem tanda atau isyarat yang terkandung di dalamnya.
Novel Interlok sudah lama dihasilkan namun tiada siapa pun yang mempolemikkan kerana tidak pernah menghina atau merendah mana-mana kaum dan agama.
Hanya selepas keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 yang luar biasa keadaannya, banyak pihak sudah berani bersuara, walaupun kualiti suara mereka boleh dipersoalkan.
Pada hari ini, apa saja isu yang membabitkan Melayu dan kaum lain, dipolitikkan, seolah-olah Malaysia sebuah negara yang baru ada kesedaran untuk bersuara.
Justeru, novel yang sepatutnya dibincang dan diwacanakan secara intelektual, menjadi pembakar semangat, apatah lagi ada tindakan membakar secara terbuka.
Karya Sasterawan Negara sekadar memaparkan nasib pendatang dari India yang terpaksa mencari nasib di Malaysia kerana lingkaran masalah di tanah air asal mereka. Plot utama karya ini adalah perpaduan kaum dan masalah marhaen yang saling menerima antara satu sama lain. Mereka bersatu hati kerana Tanah Melayu adalah tanah air yang didiami secara bersama.
Tiada pun isu penghinaan, apatah lagi merendahkan kaum India dan Cina, selain fakta sejarah yang menjelaskan sistem kasta yang merosakkan hubungan sesama manusia di India.
Novel 426 halaman itu bercerita daripada tiga sudut pandang watak utama - Melayu, Cina dan India - yang menghadapi pelbagai kemelut kehidupan.
Isu yang dipaparkan relevan dengan suasana semasa dan wajar dikekalkan sebagai teks Komponen Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk Tingkatan Lima.
Latar kehidupan di Tanah Melayu sekitar 1910 hingga 1957 banyak mengasuh jiwa manusia untuk sabar dan mengukuhkan perpaduan kaum. Melayu bersatu berjuang untuk menuntut kemerdekaan, kaum Cina dan India pula hadir sebagai pelengkap variasi kemerdekaan daripada British.
Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam begitu lantang mendesak Kementerian Pelajaran menarik balik buku itu dengan mendakwa Interlok menghina kaum India walaupun tidak dijelaskan bab mana yang mengandungi unsur hasutan. Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) juga turut melatah tanpa mengkaji sistem makna dan tanda yang ada dalam sesebuah karya seni.
Penentangan terhadap novel Sasterawan Negara melambangkan pemikiran dan prasangka perkauman lebih teruk di negara ini. Selepas pilihan raya umum lalu, kecenderungan untuk mempolemikkan isu kaum agak keterlaluan. Orang politik amat selesa menjadikan apa saja isu semata-mata untuk kepentingan siasah mereka.
Jika keadaan ini berlanjutan, kita bimbang pada masa depan, apa saja isu dikaitkan dengan politik perkauman kerana ada pihak yang sengaja membahangkan keadaan untuk meraih keuntungan siasah.
Keadaan ini mendorong Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI) menggesa pelbagai pihak bersikap rasional. Pemimpin PAKSI, Che Shamsudin Othman (Dinsman) berkata ada kecenderungan pelbagai pihak lebih utamakan politik, berbanding kepentingan nasional.
"Berbanding dulu, pemikiran dan sikap prasangka perkauman kita lebih teruk. Isu yang ditimbulkan sekitar novel ini menjadi buktinya.
"Dulu tak apa-apa. Tak ada pembaca yang tersinggung, baik India, Melayu mahu pun Cina; sedangkan kalau nak difikir secara prasangka perkauman, dulu lagi isu ini boleh timbul," katanya sinis.
Pertubuhan Melayu terutama Persatuan Penulis Nasional (PENA), GAPENA dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga menafikan adikarya Abdullah sebagai karya sensitif. Dialog Novel Interlok yang berlangsung di Rumah PENA, 8 Januari lalu membuat ketetapan mempertahankan novel karya Abdullah sebagai teks KOMSAS.
Presiden PENA, Mohamad Saleeh Rahamad, berkata ketetapan itu diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pelajaran dengan gesaan supaya kemurnian novel itu dikekalkan kerana ia tiada masalah.
"Jika beralah kepada satu tuntutan, bermakna kita mengakui dakwaan mereka yang tidak berasas sama sekali selepas kita berhujah secara intelektual," katanya.
Mohamad Saleeh menyifatkan sebarang campur tangan politik berdasarkan kepentingan peribadi dan perkauman dalam bidang persuratan dan pendidikan secara keterlaluan akan menimbulkan kekeliruan dan pergeseran yang tidak berkesudahan.
"Kesan penarikan balik novel itu juga akan merosakkan kredibiliti karya sastera bertaraf antarabangsa dan sistem pendidikan negara yang dipersetujui secara bersama semasa pembentukan kemerdekaan," katanya.
Setiausaha Satu Gabungan Badan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, meminta semua pihak tidak mempolitikkan penggunaan Interlok dalam KOMSAS selain menyarankan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran menjemput persatuan penulis dan sasterawan membincangkan isu itu.
"Dari aspek akademik, teks ini mempunyai garapan dan fakta yang baik. Provokasi tidak sepatutnya timbul kerana ia sudah digunakan dalam subjek Sastera sekitar 1970-an tanpa masalah," katanya.
Presiden Persatuan eSastera Malaysia (E-SASTERA), Prof Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, pula berkata perbincangan mengenai kesesuaian Interlok sebagai teks KOMSAS perlu dibuat secara intelektual.
Kenapa Interlok dipersoalkan selepas lebih 40 tahun di pasaran?
Apakah kerana pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari dan bayangan Pilihan Raya Umum, maka karya besar perlu dikorbankan daripada pembacaan umum? Apakah kewarasan bakal menentukan sebuah karya yang baik bakal disingkirkan oleh pertimbangan yang tidak wajar? - Berita Harian, 18 Januari 2011

Wednesday, January 12, 2011
Telatah Mat Indon
PIAGAM Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara sah mengiktiraf hak sesebuah negara dari segi kedaulatan dan hubungan serantau. PBB juga membenarkan sesebuah negara membuka pejabat perwakilan di negara lain dan secara langsung mempunyai kedaulatan di kawasan kedutaan.
Hubungan diplomatik antara dua negara mendorong jalinan kerjasama dari segi ekonomi, pendidikan dan hubungan serantau dapat dijayakan tanpa sebarang gangguan. Persefahaman dua hala boleh membentuk kerjasama yang erat ketika era dunia tampa sempadan sekarang menuntut kerjasama pelbagai sektor.
Lazimnya, hampir semua negara membenarkan rakyatnya melawat, bersukan atau menjalankan tugas di negara lain kecuali yang dilarang dalam kes tertentu. Malaysia, umpamanya membenarkan rakyatnya ke mana saja, kecuali Israel yang dianggap sebuah wilayah haram di Asia Barat.
Bagaimanapun dalam hubungan dua hala dengan Indonesia, terdapat terlalu banyak kemelut, apatah lagi sebuah badan bukan kerajaan di Jakarta yang membuat tinjauan umum mendakwa 65 peratus responden mempunyai persepsi negatif terhadap rakyat Malaysia. Sejak awal 2010, beberapa demonstrasi dilakukan di luar kedutaan Malaysia dan ada yang sanggup membakar Jalur Gemilang, membaling najis dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Tindakan itu diambil oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) selepas Pengurus Pasukan Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin membuat bantahan rasmi mengenai kejadian kerana kelakuan itu mencemarkan maruah sesebuah negara.
Hubungan diplomatik antara dua negara mendorong jalinan kerjasama dari segi ekonomi, pendidikan dan hubungan serantau dapat dijayakan tanpa sebarang gangguan. Persefahaman dua hala boleh membentuk kerjasama yang erat ketika era dunia tampa sempadan sekarang menuntut kerjasama pelbagai sektor.
Lazimnya, hampir semua negara membenarkan rakyatnya melawat, bersukan atau menjalankan tugas di negara lain kecuali yang dilarang dalam kes tertentu. Malaysia, umpamanya membenarkan rakyatnya ke mana saja, kecuali Israel yang dianggap sebuah wilayah haram di Asia Barat.
Bagaimanapun dalam hubungan dua hala dengan Indonesia, terdapat terlalu banyak kemelut, apatah lagi sebuah badan bukan kerajaan di Jakarta yang membuat tinjauan umum mendakwa 65 peratus responden mempunyai persepsi negatif terhadap rakyat Malaysia. Sejak awal 2010, beberapa demonstrasi dilakukan di luar kedutaan Malaysia dan ada yang sanggup membakar Jalur Gemilang, membaling najis dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
| BAGI segelintir warga Indonesia, Malaysia adalah msuh yang amat dibenci. Mereka lupa dua juta Mat Indon bekerja di Malaysia dan mengirim wang kepada keluarga di kampung. |
Beberapa kes sebelum ini termasuk isu pembantu rumah, masalah sempadan, penciplakan karya dan perairan maritim – mendorong beberapa tindakan luar biasa. Pelajar Malaysia pernah disekat di laluan awam semata-mata kerana datangnya dari Kuala Lumpur. Media tertentu di Indonesia juga tidak terkecuali memainkan sentiment anti-Malaysia yang didakwa sebagai ‘Malingsia’.
Dalam dua kejohanan sukan yang berlangsung di Jakarta tahun lalu, sebahagian penonton Indonesia bukan saja menghina Jalur Gemilang dan Negaraku, bahkan sanggup bertindak ganas terhadap pemain Malaysia. Pengalaman menjelang final kedua bola sepak Piala Suzuki pada akhir Disember lalu cukup memeritkan. Pemain Malaysia bukan saja terpaksa menaiki kereta perisai ke stadium, malahan diganggu ketika berlatih di padang hingga memaksa mereka sekadar berlarian anak di pinggir kolam renang hotel. Beberapa pegawai pasukan dan penonton Malaysia juga diludah dan dibaling botol ketika lagu kebangsaan dinyanyikan.
Tindakan yang luar biasa ini hanya dilakukan oleh segelintir manusia yang kurang pertimbangannya. Tetapi jika kerap berlaku hal yang sama, timbul juga persoalan kenapa sentiment anti-Malaysia begitu meluas sekali di negara jiran? Ketika pusingan kelayakan Piala AFC Futsal di Jakarta pada awal 2010, keadaan yang hampir serupa juga berlaku. Lagu kebangsaan yang merupakan simbol harga diri dijamin PBB sebagai wakil kehadiran sesebuah wilayah di persada dunia diejek. Jeritan Malingsia kedengaran. Aksi penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu Negaraku ketika pasukan kebangsaan menentang Vietnam, menyebabkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didenda AS$5,000 (RM 17,006).
Walaupun Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Andi Malarangeng memohon maaf berhubung kejadian itu, tindakan keterlaluan sudah dilakukan oleh segelintir rakyat jiran dan ia bukan kali pertama terjadi. Ia juga terus berlaku ketika Piala Suzuki dan tiada jaminan bahawa ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Sentimen anti-Malaysia bermula ketika Presiden Sukarno mengisytiharkan konfrontasi pada dekad 60-an dan reda seketika ketika dasar diplomatik Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak Hussein yang mengambil pendekatan hubungan baik dengan semua jiran di Asia Tenggara.
Bagaimanapun sikap luar biasa segelintir rakyat Indonesia bersemarak kembali apabila tranformasi dasar ekonomi yang dibina oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya meletakkan Malaysia sebagai antara kuasa ekonomi penting di Asia Timur dan ASEAN. Malaysia seiring Singapura, Korea Selatan, Jepun dan China-- dianggap harimau timur yang sedang bangkit. Indonesia ketika itu berdepan isu rasuah, kemiskinan, salah laku pemimpin siasah hingga menyebabkan tiada upaya untuk membangunkan sektor ekonomi dan perindustrian. Keadaan ini mendorong dua juta rakyat Indonesia mencari nafkah di Malaysia, sama ada secara sah mahu pun tampa permit sehingga kini.
Polisi perusahaan dan industri moden memacu partumbuhan ekonomi Malaysia sekitar 6 hingga 8 peratus pada dekad 80-an dan 90-an mendorong perasaan cemburu Indonesia, yang ketika itu amat tradisional ekonominya. Dr Mahathir berjaya memajukan Malaysia secara terancang dan berjaya mengatasi ancaman spekulator mata wang pada 1998. Indonesia pula terus merudum ekonominya yang memaksa Presiden Suharto meminjam wang daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kerana tidak mampu membiayai ekonomi dalam negara. Suharto terpaksa meletakkan jawatan dan anak lelakinya diheret ke pengadilan atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Keadaan yang amat kontras ini akhirnya menimbulkan dendam yang luar biasa terhadap Malaysia. Media mula mencipta pelbagai berita yang tidak benar semata-mata untuk memberikan imej hitam kepada Malaysia. Justeru, ungkapan ganyang Malaysia, masalah pembantu rumah, sentimen di padang bola sepak dan entah apa lagi, memberi pengajaran betapa perlunya kewarasan bertindak untuk menjaga hati jiran. Mereka pernah mempergunakan wartawan Terry Friel yang menulis dalam Sunday Age Australia pada 14 Julai 1991, yang antara lain menyebut: “Malaysia bukan negara tetangga yang baik. Ia bukan saja bergaduh dengan Australia, bahkan dengan semua jirannya.” Rencana itu juga menyebut kenyataan seorang menteri yang menggelarkan Dr Mahathir sebagai ‘That Little Sukarno’.
Penyiaran rencana itu pula dirancang ketika menjelang Persidangan Negara Berkecuali di Jakarta. Kenapa tarikh itu dipilih? Kenapa ketika sidang di Jakarta dikaitkan dengan imej buruk pemimpin Malaysia?
Hari ini, kedua-dua negara perlu eratkan hubungan kerana kedudukan ekonomi serantau yang saling bergantung memerlukan tindakan bersama. Sikap tidak waras segelintir rakyat Indonesia sepatutnya dibendung. Indonesia perlu belajar dari sejarah kejayaan masa lalu untuk hadir sebagai penguasa Asia Tenggara yang peting. Kejayaan kerajaan Majapahit perlu digembelingkan dengan kekuatan dan kedaulatan Melaka yang menjadi peneraju penting Nusantara. Ia boleh dijalin menerusi kerjasama erat dan bukan mencari dendam untuk meluaskan jurang. - Berita Harian, 11 Januari 2011
Wednesday, January 05, 2011
Apabila Cina masuk masjid
(Berita Harian tidak siar rencana ini)
Pelbagai acara diadakan pada sambutan Maal Hijrah selama dua hari itu termasuk forum agama, nasyid, sukaneka, jualan produk Islam serta kaunter khas Tabung Haji, derma darah, pemeriksaan gigi percuma dan gerai makanan.
Masjid itu juga aktif kegiatan keagamaan setiap malam dengan kuliah Maghrib mermbabitkan tokoh agama berwibawa serta kuliah Subuh setiap pagi minggu.
Sebagai kawasan urban yang dihuni pelbagai status sosial masyarakat dan 80 peratus penduduk beragama Islam, Cheras Jaya pesat membangun dari segi kemudahan asas. Kemudahan pendidikan, klinik, kawasan industri, dewan komuniti, pusat beli-belah di kawasan berdekatan – mendorong pelbagai lapisan ekonomi menjadi penghuninya. Di samping deretan rumah kos rendah dan sederhana, ada kediaman semi-D dan banglo agam yang dihuni pelbagai sektor pekerjaan. Ada peguam, tokoh politik, arkitek, akauntan, jurutera, pegawai tinggi tentera, pensyarah, wartawan, guru, ahli korporat, pemandu teksi, pengawal keselamatan, pekerja kilang dan ahli agama menjadi penghuninya. Merekalah yang menggerakkan Masjid Taman Cheras Jaya dengan pelbagai kegiatan bermanfaat.
Malangnya kemurnian masjid yang boleh memuatkan 2,000 jemaah itu tidak pernah mendapat publisiti sebelum ini. Hanya apabila Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hadir dan senaman di kawasan itu, ia menjadi tumpuan ramai. Seolah-olah penghuninya kurang kesedaran agama dengan menjemput bukan Islam berpakaian ‘seksi’ yang dikatakan ‘mencemarkan’ kesucian pusat ibadat umat Islam.
Tanggapan itu tidak benar sama sekali kerana wakil rakyat memakai pakaian sukan yang lazim dipakai oleh kebanyakan wanita ketika bersenam. Tidak timbul isu pakaiannya ketat atau mendedah aurat.
Dari segi sejarah perkembangan Islam, kehadiran penganut agama lain di kawasan masjid bukan perkara baru. Nabi Muhammad SAW juga menjadikan masjid sebagai pusat pertemuan pelbagai kaum dan agama. Ada di antara mereka bukan saja berada di kawasan halaman, bahkan di ruang solat umat Islam. Bapa saudara Baginda , Abu Talib bin Abdul Mutalib juga pernah berbincang bersama Nabi Muhammad di masjid walaupun beliau masih terikat dengan kepercayaan tradisi bangsa Arab dan enggan menerima agama wahyu yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri. Baginda tidak pernah melarang penganut agama lain medekati masjid kerana Islam adalah agama dakwah yang disebar menerusi tunjuk ajar dan tidak memandang rendah kepada pihak lain.
Dr Hamka menerusi tiga bukunya -- Tasauf Moden, Peribadi dan Sejarah Islam, berulangkali menyebut fungsi masjid bukan sekadar pusat ibadat, tetapi juga dewan komuniti yang mempukuhkan hubungan sesama Islam, di samping membawa penganut agama lain mendekatinya.
Beliau menyarankan masjid menjadi tempat berhibur bersama anggota keluarga dan masyarakat, bagi membentuk suasana harmoni selaras ajaran Islam. Hamka menyarankan masjid sebagai tempat tumpuan anak muda, bukan sekadar untuk beribadat, bahkan pusat pertemuan, kegiatan riadah dan acara sosial.
Sasterawan Negara, Abdullah Hussain menerusi novel Imam pula menyarankan masjid sebagai lokasi riadah yang boleh membentuk sahsiah generasi muda. Remaja bukan saja boleh bersenam dan bergembira, malah menghormati masa solat untuk berjemaah di masjid.
Apa yang berlaku sekarang, terlalu banyak sikap prejudis dan salah faham terhadap fungsi masjid yang mendorong pihak tertentu memandang sinis terhadap kegiatan membabitkan bukan Islam di masjid. Isu politik dikaitkan dengan kegiatan sosial, hingga menimbulkan polemik yang tidak sepatutnya.
Kerajaan, khususnya jabatan yang berkaitan dengan keagamaan wajar mengeluarkan pandangan dan garis panduan khusus mengenai kawasan ibadat. Sehingga kini tiada garis panduan membabitkan bukan Islam di kawasan masjid dan ruang solat. Ada yang keliru apabila dikatakan masjid sebagai kawasan larangan berpolitik, sedangkan pada masa sama ada pihak yang menjadikan mimbar untuk mengumumkan peruntukan dan isu politik.
Ketika isu kafir mengkafir meletus ekoran ‘Amanat Haji Hadi’ pada awal dekad 1980-an, timbul juga isu menggunakan masjid untuk mesyuarat cawangan parti siasah. Persoalannya, sebelah pihak tak dibenarkan berpolitik, pihak yang lain pula bebas menggunakan masjid untuk mencari pengaruh?
Pelbagai isu membabitkan Islam dan penganut agama lain masih kabur. Bolehkah wanita bukan Islam mendekati masjid tanpa menutup kepala? Bolehkah bukan Islam berucap dengan memetik ayat al-Quran dan hadis di khayalak ramai? Bolehkah seorang tokoh bukan Islam dikaitkan dengan pimpinan Umar Abdul Aziz? Bolehkah bukan Islam menyebut kalimah Allah?
Semuanya masih kabur kerana tiada garis paduan yang lengkap. Mufti, jabatan agama Islam negeri, Jabatan Kemajuan Islam, Yayasan Dakyah Islamiah, Majlis Fatwa Kebangsaan dan kementerian terbabit perlu duduk semeja membincangkan isu membabitkan Islam supaya tidak menimbulkan hal yang remeh seperti sekarang.
Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, amat wajar garis panduan dikeluarkan supaya isu agama tidak dikaitkan dengan mana-mana pertubuhan siasah.
Ahli agama perlu bebas berijtihad dan mengeluarkan fatwa tanpa terikat dengan kedudukan kerusi dan kepentingan peribadi. Sudah sampai masanya ahli agama bersuara mengenai isu membabitkan Islam dan penganut agama lain kerana konsep 1Malaysia mengutamakan kebijaksanaan dan kewarasan semua pihak.
Sebagai ahli Jemaah Masjid Taman Cheras Jaya, penulis rasa hairan; perlukah isu sensasi dan sensitif dijelmakan lagi sedangkan kita sudah menjenguk tahun baru 2011 dengan kedewasaan akal dan minda?

Monday, December 27, 2010
Penjara khas ajaran sesat
(Pengikut tak patut ditempat bersama banduan lain bimbang fahaman berkembang di penjara)
AGAMA dan kepercayaan wujud sejak awal tamadun dunia. Manusia memerlukan pegangan untuk mentadbir kehidupan. Mereka juga berlandaskan pegangan kepercayaan untuk mengurus hubungan sesama manusia dan persekitaran.
Islam diturunkan untuk membentuk ummah yang salih dan mengukuhkan persaudaraan. Islam tidak membezakan warna kulit, ras dan jantina. Islam mengutamakan perpaduan sosial dan melarang perhambaan dalam masyarakat.
Bagaimanapun, kemuliaan Islam mula tercemar selepas tamadun Umaiyyah dan Abasiyyah. Gerakan yang dikatakan mempelopori perpaduan ummah meletakkan perbezaan antara Islam dan sistem perundangan. Mereka menjadikan Islam untuk ibadat dan sistem hukum berdasarkan kepintaran akal manusia. Lebih teruk, apabila ada golongan yang menyingkirkan Islam dalam pentadbiran hingga menyebabkan wujud salah urus pentadbiran, fahaman sekular dan menduakan kekuasaan Ilahi. Kemurnian al-Quran dan hadis diketepikan kerana kemodenan mendorong insan menggunakan hukum akal dalam tindakan mereka.
Di negara kita, ramai pengikut ajaran sesat yang didapati bersalah di mahkamah dipenjarakan bersama pesalah lain. Bagaimanapun timbul polemik; wajarkah mereka ditempatkan bersama tahanan lain kerana kesalahan mereka membabitkan akidah yang tentunya memerlukan pendekatan berbeza untuk mengatasinya.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencadangkan pusat tahanan ajaran sesat diwujudkan di negara ini. Saranan ini wajar disokong kerana bentuk kesalahan membabitkan akidah memerlukan tindakan berlainan untuk mengatasinya. Pesalah agama tentunya berbeza dengan penjenayah lain. Mereka boleh mempengaruhi banduan lain jika ditahan di penjara yang sama.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, Mohamad Rais Rasid, bimbang ajaran sesat akan terus berkembang di penjara jika pesalahnya ditempatkan bersama banduan yang lain.
Sehingga kini kerajaan mengesahkan 56 ajaran sesat yang bertebaran di dalam masyarakat. Bukan bangsa Melayu saja mengalami ancaman itu, tetapi Melayulah bangsa yang paling ramai terpengaruh dengan ajaran bertentangan dengan Islam. Pernikahan Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali Sudin Ajaib dengan budak perempuan berusia 11 tahun di kaki lima sebuah masjid di Kelantan amat memeranjatkan.
Sebelum ini beberapa kes membabitkan golongan ‘dakwah’ pernah mencemaskan masyarakat. Kumpulan Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad pernah dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan mengembangkan pengaruh dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Kumpulan ini menyebarkan dakyah menerusi bidang pendidikan, penerangan, nasyid, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan dan pertanian.
Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-1972 di Kampung Datuk Keramat dan beroleh perhatian dan penerimaan ramai selepas bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75. Di antara kepercayaan mereka adalah Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang meninggal pada 1925 dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih hidup dan akan kembali untuk memimpin umat Islam. Mereka yakin Syeikh Muhammad setaraf Ashab al-Kahfi dan Nabi Khidir.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melihat adanya penyelewengan akidah dalam organisasi ini. Kerajaan mengharamkan penerbitan dan pengedaran buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada 1986. Pertubuhan itu diharamkan berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 yang memutuskan ajaran dan fahaman kumpulan itu bertentangan dengan akidah dan syariah Islam, sekali gus mengakibatkan syirik. Berikutan itu Ashaari ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau kemudian dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan, sebelum dibebaskan pada 25 Oktober 2004. Kini, walaupun Ashaari sudah tiada, pengikutnya masih aktif di beberapa lokasi tertentu.
Kumpulan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah (Al-Ma’unah) pula sanggup menceroboh kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api. Mereka bertindak di luar kewarasan kerana meyakini ilmu batin yang dimiliki amat kebal dan boleh melakukan agenda peribadi.
Akal yang waras juga tidak menerima orang seperti Ariffin Mohamed atau Ayah Pin yang mendirikan Kerajaan Langit di Besut, Terengganu. Tetapi ramai pengikutnya yang sanggup meminum air basuh kaki Ayah Pin sebelum dakyahnya diharamkan pada 2005 dan dia melarikan diri ke Narathiwat, Thailand pada 2006.
Tidak mungkin orang yang arif membaca al-Quran dan hadis mempercayai kewujudan nabi dan Rasul Melayu seperti Abdul Kahar Ahmad kerana Rukun Islam dan Rukun Iman sudah menggariskan ketentuan-Nya. Namun masih ada yang termakan dakyahnya walaupun Abdul Kahar sudah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, enam sebatan dan denda RM 16,500. Semuanya kerana taksub dan taklid kepada seseorang hingga tidak dapat mewaraskan diri sendiri.
Walaupun Abdul Kahar dipenjarakan, apakah ada jaminan dia tidak mempengaruhi orang lain dalam tahanan? Justeru, saranan JAIS mengenai penjara khas pesalah agama perlu diteliti agar dakyah ajaran sesat dapat ditangani lebih saksama. - Berita Harian, 27 Disember 2010

Monday, December 20, 2010
Kelincahan Larry King terus diingati
(KING adalah tokoh pengacara mengetepikan kepentingan peribadi)
DUNIA mengenalinya setanding negarawan besar. Lebih suku abad bicara lincah hos program popular CNN, Larry King menjadi tumpuan sejagat. Dia pernah lantang mengkritik kegilaan Amerika Syarikat (AS) mengganyang bumi Iraq dan Afghanistan. Dia pernah menyamakan kegilaan berulang di Vietnam akan meranapkan dominasi Rumah Putih sebagai pusat demokrasi dunia.
Selepas 25 tahun bual bicaranya menyentuh kesan Perang Dingin, serangan spekulator mata wang tajaan George Soros, keresahan di sempadan Semenanjung Korea, kesan gerakan reformasi di Indonesia dan Malaysia; dunia penuh emosi mengucapkan salam perpisahan kepada King kerana suara lantangnya bakal hilang di media penyiaran. King hanya manusia biasa. Pernah gelandangan. Pernah berulang kali runtuh rumah tangganya. Pernah juga lamaran cinta yang tidak berbalas. Namun, dia bangkit daripada segala kegagalan hidup untuk menjadi hos televisyen ternama yang disegani di seluruh dunia. Telatah, sinikal, sindiran dan kritikan diselami jenaka pedas tentunya pernah mencuit perasaan George W Bush dan Tony Blair. Ketika dunia melihat kebesaran nama King, dunia juga sudah melupakan nasib anak muda yang tidak cemerlang pendidikannya dan pernah ditolak permohonan memasuki akademi tentera.
Bicaranya menjadi topik hangat dan pernah mengundang kontroversi hubungan antara Washington dan dunia Barat menjelang saat keruntuhan Tembok Berlin yang memisahkan dua Jerman pada era pasca Perang Dingin.
Pada 16 Disember lalu dia mengakhiri khidmatnya dalam satu program penuh beremosi serta mendapat ucapan penghargaan daripada Presiden Amerika dan pesaing daripada stesen penyiaran lain. Berusia 77 tahun, tempat King untuk program siaran langsung Larry King Live, akan digantikan bekas wartawan British, Piers Morgan.
Dia meninggalkan program yang paling disenanginya sejak berkhidmat di stesen yang berpusat di Atlanta sejak 1985. Dia juga menerima sanjungan daripada Presiden Barack Obama yang menyampaikan ucapan penghargaan menerusi persidangan video. Malah, pesaing King daripada stesen penyiaran lain, termasuk Barbara Walters, Diane Sawyer dan Katie Couric turut memberi penghargaan terhadapnya. Aktor yang kini Gabenor California, Arnold Schwarzenegger mengisytiharkan Hari Larry King (Larry King Day) di negeri barat Amerika itu.
Dari segi sejarah, dunia hanya memiliki dua tokoh pengacara yang hebat. Selain King adalah Oprah Winfrey sentiasa segar menerusi program bual bicara mereka.
Sejak 1985, Larry King Live di CNN mempunyai rating paling tinggi dan satu-satunya program bual bicara televisyen menerusi telefon yang menjangkau seluruh dunia dan dipancarkan secara langsung.
Dilahirkan di Brooklyn pada 1933, King yang nama sebenarnya Lawrence Harvey Zeiger, yatim sejak berusia sembilan tahun dan bukan manusia cerdas serta kurang berminat meneruskan pengajian. Dia pernah menjadi pengacara radio di Miami dan pernah menemu bual tokoh ternama dunia.
Kontroversi, isu peribadi dan kecemerlangan kerjaya membantu King menjadi personaliti yang hebat. Dia menjadikan CNN sebagai markas untuk berjenaka dan menyanggah pandangan tetamu ternama yang diundangnya. Dia berjaya mencungkil rahsia peribadi Frank Sinatra, Al Pacino, Dalai Lama, Bill Clinton, Richard Nixon hingga Angelina Jolie dan Mike Tyson. Di stesen televisyen inilah namanya bersinar cepat dan bertahan lama lebih 25 tahun menjadi pengacara terhebat di dunia.
King tokoh pengacara yang mengetepikan kepentingan peribadi. Dia tidak berpolitik dan bebas menyuarakan pendapat tanpa keraguan. Dia bukan Demokrat, tidak juga Republikan. Tetapi dia tetap berfahaman bebas dan tanpa ragu mengkritik tamu yang diundang pada programnya.
Mungkin terlalu awal untuk mengatakan CNN bakal kehilangan permata paling berharga. Namun, paling jelasnya, program bual bicara di kaca TV terasa kehilangan ‘sambal’ tanpa King kerana lelaki yang mempunyai masalah penglihatan itu sudah membentuk jati luar biasa selama 25 tahun bersiaran. - Berita Harian, 20 Disember 2010

Tuesday, December 14, 2010
OKU mahu peluang, bukan ungkapan simpati
(Majoriti golongan kurang upaya kekal sebagai antara berpendapatan bawah RM1,500 sebulan)
DALAM konteks orang kurang upaya (OKU), kenyataan demi kenyataan dikeluarkan untuk memastikan penyertaan menyeluruh mereka dalam masyarakat. Namun hasilnya tidak seberapa. Nasib OKU tidak banyak berubah walaupun negara sudah lebih separuh abad merdeka. Sehingga kini pelbagai istilah digunakan – orang kelainan upaya, orang kurang upaya, orang cacat, golongan istimewa dan entah apa lagi — namun usaha untuk memastikan mereka mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat, masih misteri. Kementerian ditubuhkan kerajaan untuk membela nasib mereka lebih memberi fokus kepada isu kewanitaan, ibu tunggal, anak luar nikah dan pembuangan bayi. Justeru, nasib OKU hanya diperkatakan secara bermusim dan tiada jaminan sebarang tindakan tegas untuk menyelesaikan masalah mereka.
OKU tidak mengharapkan simpati, apatah lagi diberi keistimewaan. Mereka hanya mengharapkan peluang dan penyertaan dalam masyarakat. Mereka juga mengharapkan ruang untuk bekerja dengan jaminan pendapatan yang selesa. Malangnya, tidak banyak peluang diberi kepada mereka. Justeru, majoriti OKU kekal sebagai antara golongan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan. Jika di bandar raya seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, tentunya mereka antara nama yang tercatat dalam senarai kemiskinan bandar.
Bagaimanapun kenyataan Datuk Seri Najib Razak, mengenai pembelaan nasib OKU pada Karnival Jualan Produk Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringkat Kebangsaan di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Tititwangsa, 4 Disember lalu amat diharapkan. Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan akan memastikan semua agenda pembangunan negara dinikmati setiap masyarakat termasuk OKU.
Beliau berkata, agenda itu yang berpaksikan prinsip keadilan sosial dan inklusif, dapat memastikan wujudnya sebuah masyarakat yang adil, saksama dan seimbang di negara ini. “Kesejahteraan negara bukan hak yang dimiliki oleh sebahagian rakyat negara ini, sebaliknya semua golongan dalam masyarakat tidak kira sama ada berupaya penuh atau kurang upaya,” katanya.
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengandaikan 10 peratus jumlah penduduk di sesebuah negara terdiri daripada OKU. Ini bermakna 2.7 juta rakyat Malaysia tergolong OKU walaupun hanya segelintir yang mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Angka yang besar ini memerlukan tindakan tegas pelbagai pihak. Kerajaan, khususnya kementerian terbabit perlu menggariskan tindakan susulan untuk memberi peluang kepada OKU sama ada dari segi pendidikan, peluang berniaga dan pendedahan di pelbagai sektor pekerjaan. Mereka juga wajar dilantik sebagai senator di Dewan Negara bagi menjamin suara OKU pada peringkat Parlimen. Pihak swasta dan pertubuhan sosial juga perlu berperanan kerana OKU memerlukan peluang memajukan diri bukannya ungkapan simpati yang boleh menjejaskan masa depan mereka sendiri.
Ramai di kalangan OKU berkelayakan, tetapi diabaikan untuk menyandang jawatan setimpal berpunca sikap prejudis segelintir anggota masyarakat sendiri. Siti Huraizah Ruslan – antara graduan cemerlang yang pernah mendapat liputan media, namun sehingga kini masih belum mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan dan kemampuannya.
Beliau pernah menjalani temu duga untuk mengisi jawatan pensyarah di pusat pengajian yang pernah mendidiknya dulu, tetapi dianggap tidak berkelayakan kerana cacat penglihatan. Seorang graduan undang-undang pula terpaksa menganggur beberapa tahun sebelum diterima menjadi peguam di Lembah Klang. Mereka ada kelayakan dan kemahuan untuk memajukan diri sendiri. Malangnya, kerana kekurangan peribadi menyebabkan hasrat untuk berbakti kepada masyarakat tergendala.
Di samping mereka, ramai lagi OKU yang dinafikan peluang kenaikan pangkat kerana kekurangan fizikal. Sikap menghukum tanpa mengambil kira kemampuan OKU adalah tindakan keterlaluan. Apakah kecacatan suatu dosa hingga menyebabkan mereka dinafikan peluang kenaikan pangkat?
Malaysia memperkenalkan Akta Orang Kurang Upaya 2008 bertujuan mengiktiraf sumbangan mereka dalam masyarakat. Akta ini diluluskan di Parlimen (Dewan Negara) pada 24 Disember 2007 dan diwartakan pada 24 Januari 2008 sebelum dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Ia memberi pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based.
Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat lain. Ia juga memperuntukkan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.
Bagaimanapun akta ini tinggal kaku di atas kertas tanpa pelaksanaan yang jelas. Sejak pengisytiharan Tahun Antarabangsa Orang Kurang Upaya 1980 dan pelancaran The World Programme of Action Concerning Disabled Persons 1982, Malaysia turut memperkenalkan program bagi membaiki kualiti kehidupan OKU. Bagaimanapun hasilnya masih misteri kerana kita terlalu banyak bercakap dan bersimpati tanpa sebarang tindakan tegas.
Masalah sikap menyebabkan nasib OKU terus diabai. Pelaksana pembangunan negara sering mengabai keperluan OKU hingga menyebabkan kemudahan awam milik segelintir masyarakat. Masih banyak bangunan yang tidak menyediakan kemudahan asas untuk OKU. Tandas awam dan kemudahan laluan OKU sering dilupakan.
Tempat parkir kenderaan OKU jarang disediakan. Jika ada pun, ia sering diceroboh pihak lain hingga menyebabkan OKU sukar menjalani kehidupan di kawasan awam. - Berita Harian, 14 Disember 2010

Tuesday, December 07, 2010
WikiLeaks dedah kepincangan Rumah Putih pasca Perang Dingin
PASCA Perang Dunia Kedua dikenali sebagai abad Amerika Syarikat (AS) kerana Washington menguasai hampir setiap penjuru dunia dalam pelbagai sektor. Keruntuhan Tembok Berlin dan perpecahan Soviet Union secara langsung mengiktiraf AS sebagai kuasa tunggal dunia. Seluruh benua berpaksikan AS seakan Rumah Putih menjadi pusat penguasaan global.
Pada dekad 60-an hingga awal 80-an, perimbangan kuasa dunia lebih terarah kepada persaingan blok NATO (Pakatan Atlantik Utara) dan Warsaw (gabungan negara komunis di Eropah Timur yang berkiblat kepada Soviet Union). Saingan dan permusuhan antara CIA (Agensi Perisik Pusat) dan KGB menjadikan Perang Dingin seolah-olah bakal pencetus Perang Dunia Ketiga.
Kejatuhan Vietnam, Laos dan Kemboja kepada rejim komunis hampir menjelmakan teori domino di Asia Tenggara hingga menyebabkan pasaran saham dunia terjejas pada dekad 70-an. Isu keselamatan serantau sering menjadi topik perbincangan dan AS dianggap sebagai pelindung negara kapitalis dunia.
Apabila runtuhnya Soviet Union dan beberapa negara di Eropah Timur menyingkir penguasa komunis, AS dianggap penguasa tunggal dan dominan menguasai perdagangan dan politik dunia.
Washington dianggap kiblat kepada dunia moden dan AS segala-galanya yang mentadbir pendapat sejagat. Keadaan ini memberi ruang kepada Rumah Putih melihat dunia dari kaca mata tersendiri hingga menyebabkan mereka tidak segan menyokong sesuatu rejim dan menyingkir rejim yang lain jika dianggap mencabar kepentingan Washington.
AS dengan kerjasama CIA pernah mendaulatkan takhta Shah Iran semata-mata bimbang golongan mullah berkuasa di Teheran. Menyokong raja yang hidup kebaratan boleh dianggap benteng terakhir untuk keselamatan Teluk Parsi yang ada kepentingan dengan rejim Zionis di Tel Aviv. Hanya apabila gerakan massa tidak boleh dibendung, AS terpaksa undur dengan penuh keaiban ketika Shah Iran gagal menggunakan Savak untuk mengekalkan takhta.
AS juga mendaulatkan kekuasaan Ferdinand Marcos di Filipina kerana tidak mahu golongan yang dianggap radikal berkuasa di Asia Tenggara. Cuma apabila gerakan rakyat yang menobatkan Corazon Aquino, AS terpaksa mengalah dan membiarkan tokoh wanita itu berkuasa di Filipina.
Sikap waspada dan prejudis terhadap kerajaan di sesebuah negara mendorong AS sentiasa sinis kepada orang lain. Justeru, tidak menghairankan apabila pendedahan Julian Assange menerusi sesawang WikiLeaks, mendedahkan kecaman AS terhadap hampir semua pemimpin dunia. Bagi AS, hampir seluruh dunia ditadbir oleh pemimpin yang lemah, rasuah, rakus dan tidak berdaya maju.
Hanya AS memenuhi cita rasa sejagat kerana kemampuan menggerakkan demokrasi tersendiri. Sikap ego AS sudah menjadi sejarah yang mengaibkan kerana mereka sendiri gagal membuktikan kekuatan sebenar di Indochina dan ribuan karung mayat tentera AS terpaksa dibawa pulang dari medan perang di Vietnam.
Hari ini, sebut saja AS, dunia tidak mungkin melupakan tangan kotor yang mengorbankan warga Iraq dan Afghanistan. Ribuan warga Dunia Ketiga mati kelaparan, anak kehilangan ayah di medan perang, bantuan senjata sekadar mengekalkan peperangan atas nama perjuangan menentang keganasan.
Pasca Perang Dingin menjadi acuan AS mengekalkan kekuasaan sejagat. WikiLeaks tentunya medium baru untuk menelanjangi kerenah sebenar AS yang sentiasa bergerak songsang di mata dunia.
Sejauh mana WikiLeaks jujur melaporkan, bukan jadi persoalan sekarang. Dunia dengan tenang melihat bagaimana AS melangkah ketika dua Korea sedang hangat dan China pula sedang memerhati penuh minat. Russia juga tentunya tidak melupakan era Perang Dingin dan memerhatikan kelibat AS penuh curiga. - Berita Harian, 7 Disember 2010

Monday, November 29, 2010
TV kini jadi ahli keluarga mencurigakan
(Zionis guna televisyen sebagai alat propaganda paling zalim untuk rosakkan imej Islam)
BABAK berkucupan antara dua bibir hampir menjadi menjadi kelaziman di ruang tamu kita. Watak wira menendang musuh dan melepaskan tembakan bertubi-tubi bukan lagi sesuatu yang asing. Bagi mereka yang putus cinta, tentunya asyik menonton filem romantik yang syahdu dan melankolis. Jejaka menarik tangan dara, mengucup jemarinya dan berlalu. Air mata pun bercucuran dan plot demi plot semakin mengharukan isi keluarga. Bagai tenggelamnya kapal Titanic, masing-masing sendu di ruang tamu.
Bagi si kecil pula, watak Doraemon, Hagemaru, Ninja Boy, Spiderman dan Detective Conan menjadi teman paling akrab. Ia mencuri dua jam sehari masa kanak-kanak di seluruh dunia.
Segalanya ada di ruang tamu kita. Televisyen atau lebih akrab sebagai TV bukan lagi sekadar alat penyebar maklumat atau hiburan semata-mata. Ia sudah menjadi sebahagian ahli keluarga pada masa kini. TV lazimnya diletakkan pada sudut paling penting di sesebuah rumah. Ruang tamu yang sepatutnya menjadi tempat tetamu berkunjung menjadi dewan menonton seisi keluarga.
Katakan apa saja mengenai program TV, kita terlalu ghairah untuk meraikan ahli keluarga paling baru kerana pelbagai program menarik. Malaysia kini mempunyai enam saluran TV percuma dan sebuah stesen satelit.
Hampir 27 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia mempunyai sebuah TV. Bagi yang berada, mereka mempunyai beberapa TV yang diletakkan di ruang tamu, dapur, bilik tidur tidur utama dan bilik anak.
Seorang teman yang fanatik TV menyediakan bilik kalis bunyi untuk menempatkan alat pandang dengar. Kos bilik audio visualnya lebih RM100,000. Bilik dilengkapi pendingin hawa ditampal notis pada pintu ‘no food, no drink, no smoking!’ Bilik yang jarang dimasuki anak dan isterinya sering dikunjungi kenalan untuk menonton tayangan 3D yang menayangkan filem format Blueray. Dia akan ceria apabila melihat temannya terpegun terhadap kecanggihan alat pandang dengar di kediaman pinggir bukit itu. Dia berjaya memanfaatkan TV sebagai sebahagian daripada hidupnya.
Hari ini, siaran TV sudah membentuk budaya baru masyarakat kita. Tradisi kunjung mengunjungi pada musim lebaran diganti dengan keselesaan menonton TV di ruang tamu. Majlis perkahwinan yang sepatutnya terbuka kepada perkenalan dan pengukuhan persahabatan semakin dicabar oleh jeritan karaoke yang mencuit hati hadirin.
Ketika kejohanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan pada Jun dan Julai lalu, hampir tiga bilion penghuni planet bumi menjeritkan perkataan ‘gol’ selama 30 hari. Bayangkan TV sudah menjalar di ruang tamu, kopitiam dan restoran untuk merayakan kejohanan paling unggul di dunia. Bayangkan lebih separuh daripada lima bilion penghuni dunia menonton sekurang-kurang sekali perlawanan di kaca TV ketika Piala Dunia berlangsung.
Ketika George W Bush mengisytiharkan Perang Teluk untuk mengganyang Saddam Hussein dan bumi Iraq, seluruh dunia bagai terpaku melihat saluran CNN, BBC dan Al Jazeera menayangkan keangkuhan Amerika Syarikat meranapkan sebuah negara Islam yang kaya dengan tradisi sejarah tamadun purba.
Tanpa simpati, agensi berita yang lazimnya dikuasai Zionis mendedahkan kejahatan pemimpin Islam dan perlunya ‘bersekutu’ dengan Bush untuk menjayakan kempen memerangi keganasan. TV menjadi alat propaganda paling zalim untuk menghalalkan tindakan terhadap umat Islam.
Hari ini pelbagai dakyah dan propaganda zionis menjadi agenda utama di kaca TV. Ia dibawa secara langsung ke ruang tamu kita. Perkahwinan mewah bukan sekadar membabitkan kerabat istana Britain dan artis ternama dunia, malah sudah merasuk sebahagian rakyat Malaysia. Perkahwinaan tajaan sudah menjadi tradisi bentuk baru. TV sudah berjaya membentuk kesan kehidupan yang mencurigakan.
Jika dulu TV dikaitkan dengan pendidikan dan kecanggihan bermaklumat, kini TV mempunyai sisi lain yang mencurigakan. Imej lelaki lembut hampir setiap hari berada di mata anak kita. Imej jalang dan kebendaan sering membayangi kemurniaan alat komunikasi moden. Saluran beritanya pula menayangkan khabar dari Amerika dan Blok Barat kepada dunia tiga yang lazimnya mundur dan perlu bantuan. Kita pun termakin teruja di ruang tamu kerana TV menjadi ahli keluarga yang amat mencurigakan! - Berita Harian, 29 November 2010

Tuesday, November 23, 2010
Melayu kumpul pengikut, Cina cipta kekayaan
(Leka rebut kuasa hingga lupa tingkat ekonomi bangsa punca agihan kekayaan tak sekata)
KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 membuktikan dengan jelas perbezaan sistem nilai antara bangsa Melayu dengan kaum lain. Walaupun kedua-dua bangsa mendominasi kedua-dua pihak – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat – namun ia menterjemahkan sistem nilai yang berbeza.
Bangsa Melayu sinonim dengan kedaulatan raja-raja Melayu dan tradisi muafakat sejak berkurun. Bangsa Cina pula sentiasa berusaha dan tekun untuk membangunkan ekonomi dan menggunakan kuasa politik untuk kepentingan perusahaan.
Melayu di dalam UMNO, PAS dan PKR diyakini masih lagi tebal dengan jiwa tradisional walaupun terpaksa bertindak untuk ‘melegakan’ perasaan rakan mereka dalam gabungan siasah. Jika adapun Melayu yang sanggup menuturkan ‘sembah derhaka’, tindakan mereka sekadar melunaskan kemarahan peribadi apabila hajat siasah tergendala.
Ada juga Melayu yang memegang kuasa sanggup meleburkan bahasa dan adat resam sendiri kerana memikirkan rakan gabungan yang sentiasa mengharapkan sikap terbuka sebelah pihak, sedangkan pihak lain begitu rakus memainkan isu perkauman. Keterbukaan Melayu ada masanya merugikan bangsa sendiri.
Kelemahan ketara bangsa Melayu adalah terlalu ghairah mengumpul pengikut, sedangkan pihak lain bertindak mengambil kesempatan siasah untuk mencipta peluang perniagaan dan perdagangan. Keghairahan mengumpul pengikut juga menjadi dorongan seseorang Melayu untuk kekal berkuasa, mencari pengaruh dan mengumpul penyokong yang kian bertambah. Pada masa sama mereka lupa untuk membantu pengikutnya mempunyai nilai ekonomi, menyebabkan agihan kekayaan bangsa Melayu tidak merata. Hanya segelintir Melayu yang berjaya dan yang terbanyak adalah Melayu yang masih lagi mengharapkan subsidi dan naungan pemerintah untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Kesannya, lahirlah Melayu yang berfikiran jumud, taklid dan pengikut pendapat lain tanpa sebarang pertimbangan akal.
Kesibukan mengumpul pengikut juga mendorong Melayu bergeser sesama sendiri kerana menggunakan fomula siasah untuk berkuasa atau mengekalkan kekuasaan. Pergeseran sesama Melayu mendorong pihak lain mengambil kesempatan seperti berlaku pada pilihan raya umum lalu.
Sejak Parameswara membangunkan kesultanan Melayu Melaka pada 1403, tradisi mencipta pengikut dan pengaruh begitu tebal dalam sejarah Melayu. Pihak istana mendapat laba daripada kesetiaan rakyat. Raja dibantu bendahara dan temenggung menguruskan pentadbiran. Rakyat yang setia sentiasa tidak mampu berfikir dan mendapat peluang ekonomi. Kesannya, segelintir mencapai kejayaan dan terbanyak menerima kegagalan hidup.
Berbeza kaum Cina – tidak kira MCA, GERAKAN, DAP – sistem naungan ekonomi berpaksi sejak abad ke-19 ketika penjajah British membawa mereka ke kawasan perlombongan di Tanah Melayu. Pendatang dari selatan China diarah bekerja di kawasan lombong dan bijak mempelajari nilai tempatan menyebabkan mereka selesa untuk terus tinggal di negara ini walaupun penjajah kembali ke British menjelang 1957. Keturunan mereka bijak memanfaatkan kesempatan -- daripada golongan pekerja kepada pencipta pekerjaan.
Kejayaan mempelajari dan menerima nilai tempatan serta diadunkan dengan cara hidup positif, membantu bangsa Cina membina ‘sistem kongsi’ yang mengutamakan kepentingan kecinaan sehingga kini.
Mereka mungkin bergaduh dan bergasak mengenai ideologi politik, namun mustahil untuk mereka meninggalkan perusahaan dan mencipta peluang ekonomi untuk kaum sendiri. Isu pendidikan dan peluang ekonomi sentiasa mendominasi pemikiran kaum Cina kerana mereka sedar kedua-duanya mempunyai paksi untuk menaungi siasah pada masa panjang.
Kita jarang menemui bangsa Cina yang kandas peniagaan kerana sukar menyediakan modal. Sistem kongsi memberi peluang sesiapa saja mencipta kekayaan asalkan rajin berusaha dan tidak segan menerima strategi pengurusan perniagaan yang berjaya.
Berbeza dengan Melayu, isu politik sering menjadi kerenah yang merenggangkan, Subsidi baja padi menjadi duri dalam daging di kawasan pertanian. Bantuan mangsa banjir dinafikan kerana perbezaan fahaman. Pentadbir negeri berbeza dengan Pusat menimbulkan kekalutan sesama sendiri. Isu pengaruh dan kekuasaan peribadi sentiasa menjadi belenggu yang melelahkan. Melayu bergaduh sesama sendiri, hatta di dalam sesebuah pertubuhan pun mereka tidak sekata dan ‘melompat parti.’
Perseteruan demi perseteruan sesama Melayu menjadi opera lunak yang dipertontonkan kepada pihak lain. Melayu bergelut mencari pengaruh dan pengikut, Pihak lain lenang mengaut laba ekonomi kerana kebersamaan berfikir dan bertindak. - Berita Harian, 23 November 2010

Tuesday, November 16, 2010
DBP terbit, Dawama simpan buku
(Sampai bila karya bermutu dapat dibaca rakyat jika banyak tersadai di stor?)
PENULIS menerima surat daripada Ketua Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Asiah Daud yang memaklumkan ‘tidak dapat membuat sebarang bayaran pada kali ini’ kerana ‘jumlah royalti kurang daripada RM982.80.’
Surat bertarikh 29 Oktober 2010 merujuk kepada kumpulan puisi Khalayak Sejagat yang menghimpunkan 100 sajak dihasilkan dalam tempoh 25 tahun (1980-2005). Sudah beberapa tahun penulis menerima surat yang hampir sama dan tidak terperanjat apabila ada dalam kalangan sasterawan tempatan yang merungut mengenai proses pengedaran buku DBP.
Buku itu sudah empat tahun diterbitkan tetapi anehnya tiada di kedai buku. Kecuali seketika terselit di rak buku di tingkat bawah bangunan DBP, kemudian ia lenyap tanpa alasan.
Beberapa puisi dalam Khalayak Sejagat pernah dinilai dan meraih hadiah ternama termasuk Hadiah Sastera Malaysia (1988/89), Hadiah Utusan-Public Bank, Hadiah Puisi DBKL dan beberapa sayembara lain.
Buku itu juga mendapat reaksi baik daripada beberapa sarjana dan pengkritik sastera sejak diterbitkan DBP pada 2006. Pelajar beberapa pusat pengajian tinggi juga pernah merujuk buku itu untuk menilai proses kreatif penulis tempatan. Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda dan Perpustakaan Nasional di Australia juga menempatkan Khalayak Sejagat di rak karya Melayu Nusantara.
Bagaimanapun aneh, kenapa buku tidak dijual? Apakah kerana minat masyarakat kepada puisi dan karya Melayu makin lemah, atau proses pemasaran buku terbitan DBP yang terencat?
Setiap tahun DBP menyediakan bajet yang besar untuk membayar kepada penulis, panel penilai karya dan pegawai yang menyelenggara urusan penerbitan. Tetapi kenapa urusan pengedaran karya diabaikan? Apakah DBP sekadar menerbitkan buku dan pihak lain menyimpan di dalam stor?
Pada 2009, Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA), Saleeh Rahamad juga merungut isu yang sama di dalam blognya kerana tidak menerima royalti daripada DBP sejak beberapa tahun.
Dia merungut banyak buku terbitan DBP yang tersadai di stor Dawama di Hulu Klang, tanpa sebarang pengedaran yang lengkap.
Sasterawan Marsli NO juga menyuarakan isu yang sama kerana ada karya beliau yang tidak dibayar royalti kerana masalah pemasaran.
Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said pula mengambil daya usaha sendiri menerbitkan karya besar beliau kerana tidak sanggup melihat novel dan kumpulan puisinya tersadai dan tanpa usaha memasarkannya. Samad pernah melancarkan mogok seni pada dekad 80-an kerana kesal dengan birokrat seni yang ‘kurang rasa, kurang reti dan kurang visi’. Kini beliau terpaksa menubuhkan Syarikat Wira Bukit untuk menerbit dan memasarkan buku sendiri.
Penulis pernah ke kedai buku DBP untuk mendapatkan karya sendiri namun malangnya diberi alasan ‘karya encik tiada dalam stok simpanan. Barangkali sudah habis dijual!’. Bagaimanapun apabila menjenguk ke gudang Dawama di Hulu Klang, keadaan sebaliknya yang berlaku. Banyak karya penulis ternama tersadai di sana.
Kita rasa aneh, kenapa buku terbitan DBP terlalu lesu pengedaran? Kenapa karya penulis tempatan termasuk Sasterawan Negara tersadai sedangkan ia sebahagian daripada proses membentuk nilai intelektual bangsa menjelang 2020?
Rungutan penulis tempatan sudah beberapa kali tersiar di media dan pernah diajukan ke peringkat tertinggi tetapi malangnya tiada tindakan susulan. DBP perlu bertindak tegas kerana industri buku negara sudah mencatat RM1.5 bilion setahun.
Mengikut statistik, negara menerbitkan 6,500 judul buku setahun membabitkan 200 penerbit. Angka ini terlalu kecil kalau dinisbahkan dengan jumlah penduduk ketika ini.
Masyarakat tentunya mengharapkan DBP untuk menerbit dan memasarkan karya bermutu kerana sektor swasta lazimnya dikaitkan dengan karya popular yang mutunya boleh dipersoalkan. Banyak karya tidak bermutu memenuhi pasaran. Banyak juga novel picisan, cabul dan popular menjadi wadah pembacaan generasi muda sedangkan Malaysia sudah memiliki prasarana pembangunan setanding negara maju.
Jika ada buku agama pun, banyak karya yang boleh dipersoalkan diterbitkan pihak swasta. Cerita jin, pedoman malam pertama dan panduan jimak cara Islam lebih diutamakan syarikat kecil untuk meraih laba segera. Justeru, masyarakat mengharapkan DBP sebagai lambang penerbitan karya bermutu. DBP perlu aktif memasarkan karya terbaik, bukannya sekadar menerbitkan buku dan membiarkan berlapuk di dalam gudang.
Jika China sudah berjaya menerbitkan 181,000 judul buku setahun dan Korea Selatan 42,000 judul buku, kita sepatutnya sudah berjaya menerbitkan 20,000 judul buku setahun. Tentunya DBP diharapkan lebih cergas agar budaya membaca seiring proses pembacaan karya yang baik.
Dalam kalangan penulis pula tentunya berharap, DBP terbit buku, sila pasarkan kepada masyarakat, jangan tersadai di dalam gudang! - Berita Harian, 16 November 2010

Tuesday, November 09, 2010
Demokrasi cabul hak asasi rakyat
PILIHAN raya sebahagian daripada proses demokrasi. Ia membenarkan rakyat bebas membuat keputusan dan memutuskan seseorang layak mewakili mereka, sama ada pada peringkat majlis tempatan, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
Lazimnya, negara yang mengamalkan prinsip demokrasi membenarkan pemilihan bebas dan setiap calon berhak mengadakan ceramah, rapat umum, manifesto bagi mengemukakan idea perjuangan mereka.
Bagi yang mahu merayakan proses demokrasi, pilihan raya jalan terbaik untuk memilih tokoh yang berhak untuk memimpin negara. Debat terbuka dan ceramah umum lazimnya menyerlahkan kewibawaan seseorang. Publisiti dan propaganda media sebahagian daripada perayaan proses demokrasi di sesebuah negara.
Bagaimanapun demokrasi tidak terlalu lunak untuk dilaksanakan kerana ada di kalangan pihak yang sudah menikmati kekuasaan, berusaha untuk mengekalkan penguasaan mereka dengan apa cara sekali pun.
Pemikir kekuasaan seperti Firenze Niccolò Machiavelli menulis dalam karyanya De Principatibus (Tentang Kekuasaan) pada 1513 yang menghuraikan bagaimana memperoleh kuasa, memperluas dan menggunakan kuasa untuk menindas musuh politik.
Bagi Machiavelli, kuasa adalah sesuatu yang wajib dipertahankan dan demokrasi menjadi alat untuk mempertahankan kekuasaan. Pemimpin yang hebat sentiasa berjuang untuk menundukkan saingan (dalam parti atau dari luar), menguasai media dan mempengaruhi pemikiran umum.
Pemimpin yang cekap sentiasa pintar menggunakan ruang demokrasi untuk menghalalkan cara termasuk memperkenalkan akta dan undang-undang yang menyebelahi pimpinannya.
Machiavelli mengambil sikap yang keras terhadap penggunaan tentera yang dIupah untuk berperang. Dia percaya tentera sewaan tidak ada gunanya bagi seseorang penguasa kerana mereka tidak berdisiplin, pengecut dan tidak setia.. Motivasi mereka untuk berperang hanya untuk dapatkan upah. Dia juga menekan supaya pengikut sentiasa setia kepada pucuk pimpinan.
Diktator Itali, Benito Mussolini menulis sebuah wacana mengenai Sang Penguasa dan mengakui kelemahan negaranya menjelang awal abad 20 kerana terlalu bergantung kepada tentera upahan di samping prinsip demokrasi yang terlalu bebas. Dia menghayati teknik menguasai minda rakyat termasuk menghukum musuh politiknya. Dia belajar kaedah Machiavelli untuk mengekalkan kekuasaan dan menyerang negara jiran.
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Milhous Nixon (9 Januari 1913 – 22 April 1994) kecundang dalam proses demokrasi kerana Skandal Watergate yang mengintip musuh politiknya. Bagi sesetengah pihak, mengintip maklumat dan menggunakan kemudahan pentadbiran bukan kes jenayah. Namun bagi masyarakat Amerika Syarikat, tindakan Nixon bertentangan dengan amalan demokrasi yang membenarkan semua pihak bebas berpolitik, bertindak dan bergerak.
Bagi umat Islam, sistem syura dianggap yang terbaik berbanding amalan demokrasi. Hak golongan majoriti dipertahankan, tetapi pandangan minoriti tidak diketepikan jika mempunyai asas dan landasan yang tepat. Syura bertentangan dengan demokrasi yang mengagungkan hak majoriti dan golongan terkecil kena patuh kepada pihak atasan.
Bagaimanapun kita di Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi berasaskan suasana yang ada di Britain sejak berabad lalu. Kita mempunyai sistem tersendiri dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Perlembagaan Persekutuan menggariskan hak dan prinsip demokrasi serta mengiktiraf bangsa Melayu sebagai bangsa asal negara ini.
Kontrak sosial dan isu kaum perlu ditangani dengan bijak. Hak pemerintah dan rakyat mempunyai kedudukan tersendiri.
Bagaimanapun wajar juga di kalangan kita mengkaji ungkapan Khalifah Muawiyah yang memberi nasihat kepada Amr al-As ketika berangkat untuk mentadbir Mesir: “Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalah untuk menghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yang kenyang. Sesungguhnya yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang!” (Ibn Muflih, Al-Adab asy-Syar’yyah , 1/202) - Berita Harian, 8 November 2010

Friday, October 29, 2010
Hari ini sokong PAS, esok UMNO
(Keupayaan menangi hati penduduk tentukan kemenangan DUN Galas)
KETUA Pembangkang yang juga penasihat umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi meramalkan pilihan raya kecil DUN Galas bakal dimenangi PAS, berbanding peluang pakatan pembangkang di kawasan Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Beliau yakin kerana Kelantan kubu kuat PAS yang dikuasai sejak 1990 dan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dianggap tokoh yang disegani di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak dekad 1970-an.
UMNO pula sejak awal lagi meramalkan Barisan Nasional (BN) berpeluang merampas DUN Galas ‘jika semua pihak bekerjasama’ menjelang pilihan raya kecil pada 4 November ini.
BN mengemukakan Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, manakala PAS menawarkan Dr Zulkefli Mohamad, Pada Plihan Raya Umum 8 Mac 2008, calon PAS, Chek Hashim Sulaima menewaskan calon BN, Mohamad Saufi Deraman dengan kelebihan 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi berbanding Mohamad Saufi 3,753. Sebanyak 80.89 peratus keluar mengundi.
Keazaman dan keyakinan ahli politik sebahagian daripada strategi perang saraf pada era politik moden. Namun yang bakal membuat kata putus adalah pengundi kerana mereka menjadi ‘raja’ dalam proses demokrasi di sesebuah negara.
Bagi kebanyakan pemerhati politik, sikap pengundi Kelantan agak unik dan ‘berahsia’ berbanding negeri lain. Seseorang yang mengundi parti A dalam sesuatu pilihan raya, tidak bererti mereka tidak mengundi parti B pada proses pembuangan undi akan datang.
Begitu juga ahli UMNO yang tidak mustahil mengundi PAS dalam sesuatu pilihan raya dan bertukar fikiran pula pada proses pemilihan lima tahun akan datang.
Faktor calon dan imej semasa parti akan diambil kira dan pengundi Kelantan lazimnya prihatin terhadap perkembangan siasah kenegerian yang diwakili 95 peratus bangsa Melayu daripada jumlah 1,313,014 keseluruhan penduduk.
Keunikan ini juga membolehkan pengundi Kelantan memihak kepada tokoh luar seperti Tan Sri Asri Muda (bekas Menteri Besar, Ketua Pembangkang di Parlimen dan Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah), Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian), Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) dan ramai lagi tokoh PAS yang bukan berasal dari Kelantan.
Keadaan ini membuktikan pengundi Kelantan tidak mengamalkan kenegerian kerana mereka memilih tokoh yang boleh dipercayai di samping dikenali masyarakat.
Sebagai sebuah negeri yang dikenali sebagai Serambi Makkah, isu agama dan imej calon diambl kira. Tokoh yang korup dan hidup mewah bakal dihukum. Wakil rakyat PAS yang dikenali sebagai Kumpulan 20 pernah dihukum pengundi Kelantan kerana dikaitkan dengan salah laku pentadbiran dan isu balak pada 1978 walaupun mereka mentadbir bumi Darulnaim selama 18 tahun. Isu rasuah, balak dan penerokaan tanah menyebabkan rakyat bangkit memberontak dan berlaku rusuhan di bandar Kota Bharu pada 1977.
Pentadbiran kerajaan negeri terpaksa digantung dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) diisytiharkan menyebabkan PAS tidak mampu berdepan dengan rakyat secara terbuka.
Dalam pilihan raya khas negeri pada 1978, PAS hanya menang dua kerusi (termasuk DUN Manek Urai) kerana rakyat jelek dengan sikap pemimpin parti yang mewah dan rakus.
Bagaimanapun pentadbiran UMNO di Kelantan juga tidak bertahan lama kerana BN tewas pada Pilihan Raya Umum 1990 apabila Tengku Razaleigh Hamzah yang menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 bergabung dengan PAS.
Pentadbiran PAS kekal di Kelantan sehingga kini kerana pengundi merasakan tidak ada isu besar yang boleh menggugat kepercayaan mereka. Walaupun UMNO dilihat hampir bangkit pada pilihan raya kecil di Manek Urai apabila hanya tewas 65 undi, ia bukan ukuran sebenar kekuatan mana-mana parti siasah di Kelantan.
Lazimnya pengundi memberi undi dan menyokong BN dalam pilihan raya kecil kerana mengharapkan penurapan jalan, pembaikian rumah warga tua dan pembinaan masjid serta surau, tetapi mereka membuat keputusan berbeza pada pilihan raya umum.
Justeru, tidak mustahil BN boleh menang di DUN Galas untuk pilihan kecil dan kecundang pada masa akan datang.
Bagaimanapun isu setempat bakal menggugat keyakinan pelbagai pihak. Isu royalti minyak walaupun sudah ke mahkamah sudah menjadi sebutan hangat di Kelantan. Sikap beberapa pemimpin yang memainkan isu wang ihsan boleh mencabar keyakinan rakyat. Keunikan dan sentimen pengundi bakal teruji.
Tentunya rahsia peribadi pengundi bakal diterjemahkan pada siang 4 November nanti. Bagi UMNO dan PAS, mereka harus menghormati keunikan sikap pengundi Kelantan kerana kebijaksanaan bakal menentukan yang mana kaca, yang mana permata!
Yang pasti UMNO dan PAS akan terus berdrama di Kelantan kerana mereka masing-masing mempunyai pengaruh tersendiri. UMNO tidak pernah surut di Kelantan walaupun PAS mentadbir kerajaan negeri selama 20 tahun. Cuma UMNO perlu lebih gigih mengkaji keunikan dan keperibadian pegundi Kelantan sendiri! - Berita Harian, 29 Oktober 2010

Tuesday, October 26, 2010
UMNO mahu ke mana?
(Artikel ini tidak disiarkan di Berita Harian)
KATAKAN apa saja, UMNO masih kekal di hati sebahagian bangsa Melayu. Sejak penubuhan pada 11 Mei 1946, UMNO ada pasang surut. Pemimpin dan ahli silih berganti. Namun yang kekal adalah perjuangan untuk nusa, bangsa dan negara.
Sebagai parti yang kaya dengan sejarah perjuangan, UMNO tidak sunyi daripada kehangatan dalaman. UMNO pernah diharamkan pada Februari 1988 ekoran krisis yang timbul selepas perebutan jawatan Presiden parti pada 1987. Persaingan dua kem yang dikenali Team A pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Team B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah cukup memberikan pengajaran; perebutan pengaruh di kalangan bangsa Melayu, politik wang, budaya sogok dan cantas mencatas pada peringkat bahagian dan cawangan hingga isu parti dibawa ke Mahkamah Tinggi. Budaya baru mula tercetus yang dikaitkan sebagai Melayu baru.
Sejarah hampir berulang pada 1998 apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi tuduhan liwat dan rasuah yang akhirnya menyebabkan pemecatan beliau daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan keahlian UMNO.
Kesannya, berlaku gerakan reformasi yang kononnya untuk membanteras gejala nepotisme dan korupsi dalam kerajaan dan UMNO. Keadaan hampir sama dengan reformasi menjatuhkan Presiden Suharto di Jakarta. Perhimpunan jalanan berlangsung setiap minggu di Kuala Lumpur dan imej UMNO terjejas teruk di hati sebahagian besar pengundi Melayu.
Kesannya, pada Pilihan Raya Umum 1999, Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO hilang penguasaan di Terengganu, di samping gagal merampas semula Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990.
Pada Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008, UMNO dan BN kembali bermasalah kerana pimpinan parti yang lemah. Isu rasuah, penguasaan media baru oleh pembangkang dan jentera parti yang lemah menjadi penyebab.BN kalah di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor di samping gagal merampas Kelantan daripada PAS. BN hanya menawan semula Perak pada 2009 kerana tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (dua PKR dan seorang DAP) keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang mesra BN.
Kini, selepas dua tahun, UMNO bersidang lagi dengan pelbagai idea, harapan dan saranan untuk memperkukuhkan parti. UMNO perlu pulih daripada imej lemah untuk terus dominan dalam politik tanah air. UMNO perlu belajar menguasai massa, bukan berada di belakang medan siasah tanah air. Bagi sebahagian besar bangsa Melayu, UMNO masih relevan dan perlu bergerak selari perubahan masa. UMNO perlu kekal sebagai medan perjuangan Melayu yang sejak akhir-akhir ini tercabar dengan pelbagai isu yang sengaja dilontarkan oleh pihak lain. Perkara 153 mengenai kekuatan Melayu diperagakan sebegitu rupa oleh pelbagai pihak sehingga UMNO sering dianggap parti perkauman jika memperkatakan hak bangsanya sendiri. Isu kuota Bumiputera dan agihan ekuiti Melayu sering merimaskan suhu politik tanah air. Masih ramai Melayu yang mengharapkan UMNO segera pulih dan kekal berjuang, bukan sekadar retorik di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Sebahagian besar Melayu sudah jemu dengan kerenah perwakilan UMNO yang menggunakan podium untuk bersajak, berseloka, berpantun dan berjenaka. Mereka mengharapkan perwakilan memberikan pandangan bernas untuk kesinambungan UMNO demi survival Melayu. Perhimpunan agung parti untuk menyatukan pemikiran ahli, bukan untuk berpesta dan bersalaman dengan pemimpin semata-mata.
Ahli UMNO mesti bertindak seperti Khalifah Muawiyah yang memberi nasihat kepada Amr al-As ketika berangkat untuk mentadbir Mesir: “Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalah untuk menghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yang kenyang. Sesungguhnya yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang!” (Ibn Muflih, Al-Adab asy-Syar’yyah , 1/202)

Wednesday, October 13, 2010
Keramat Tok Wali
TANPA sedar, sejak kecil lagi sebahagian besar anak Melayu terperangkap dalam lingkaran jumud, taksub dan taklid. Mereka belajar mengaji al-Quran di surau, masjid atau di rumah imam. Mereka tidak diberi pilihan untuk bertanya kenapa perlu membaca Quran, mengenal hadis dan mendirikan solat.
Jika ada anak Melayu yang berani bertanya kepada ayah dan ibu, atau guru agama, mereka akan dimarahi kerana melakukan tindakan yang dianggap luar biasa. Tradisi bertanya dan mempersoalkan sesuatu amalan bukan resam Melayu. Melakukan sesuatu yang dianggap bukan amalan masyarakat dianggap berdosa.
![]() |
| APAKAH Melayu terus kekal kepada keramat dan wali untuk maju dalam pelbagai bidang? |
Jika ada anak Melayu yang berani bertanya kepada ayah dan ibu, atau guru agama, mereka akan dimarahi kerana melakukan tindakan yang dianggap luar biasa. Tradisi bertanya dan mempersoalkan sesuatu amalan bukan resam Melayu. Melakukan sesuatu yang dianggap bukan amalan masyarakat dianggap berdosa.
Justeru, ramai anak Melayu yang pandai membaca Quran sejak kecil dan tidak terkecuali juga mampu menghafaz ayat suci tanpa memahami maknanya. Kita diajar membaca Quran, bukan mengenal sejarah dan iltizam ajaran Islam. Kita diajar menjadi pengikut, bukan pemikir.
Memang agama tidak salah dan Islam pula ajaran suci yang diwahyukan kepada umat manusia. Kita dianjurkan mengenal fardu ain dan kifayah sejak awal usia. Cuma, tradisi ikut-ikutan amat tebal di kalangan sebahagian daripada jiwa anak Melayu. Jika ada yang berani mempersoalkan tindakan seseorang yang dianggap tok guru atau ‘tuan haji’ di kampung, ia dianggap tindakan luar biasa. Golongan yang memperlekehkan guru agama dianggap sekular dan tidak memahami Islam.
Tradisi tidak mengenal makna dan hakikat ayat Quran menjadikan sebahagian umat Islam memperalatkan kitab suci untuk tujuan lain. Ada yang membaca sebaris ayat lalu digunakan untuk mantera dan jampi serapah. Ada juga ayat Quran diperdagangkan di pentas politik menyebabkan timbul isu solat dua imam, pulau memulau dan kafir mengkafir sesama ummah.
Di sebuah kampung di Salor, Pasir Mas, pernah penduduknya memanggil guru agama untuk mempersembahkan pulut kuning dan asap kemenyan di hujung sawah supaya hasil tanaman subur. Amalan tradisi ini bertele-tele sehingga dekad 70-an., Pesawah yang tidak ‘memeriahkan’ kawasan tanamannya akan rasa bersalah kerana petani lain berbuat demikian untuk mendapat berkat..
Di beberapa daerah di Melaka pula, memuja kubur menjadi amalan yang amat aneh. Kononnya, hajat seseorang boleh tercapai jika penyembahan dilakukan dengan bekalan darah ayam dan lilitan kain kuning. Kononnya roh ‘tuan syed’ yang sudah lama meninggal boleh mengabulkan doa seseorang. Ada yang menyembah kubur untuk mendapatkan jodoh, naik pangkat, menang pilihan raya dan tidak terkecuali juga menang pertaruhan judi. Ada juga yang berusaha untuk menundukkan hati isteri kerana tegas melarang suaminya kahwin dua.
Penulis pernah makan sehidangan dengan seorang insan yang dihormati kerana ‘taraf’ wali yang dimilikinya di Kelantan. Tidak pula diketahui bagaimana dia menjadi wali tetapi dikhabar ramai yang mendakwa pernah menemui wali tersebut ketika berada di Makkah dan Madinah walaupun empunya badan berada di Tumpat.
Insan yang kenali Tok Wali itu amat aneh sekali. Ketika majlis kenduri doa selamat dan diminta mengimamkan solat hajat, dia berwuduk menggunakan air sawah kerana lebih murni berbanding air perigi dan paip. Dia membaca doa yang panjang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan memejam mata. Kononnya berkat wali amat dituntut supaya tuan rumah hidup tenteram.
Tok Wali itu juga akhirnya bertanding dalam pilihan raya umum di kawasan Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu menjawat Menteri Kewangan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Sebaik saja penamaan calon, bertele-tele berita yang tersebar kononnya Tengku Razaleigh sakit perut dan muntah darah kerana menentang seorang wali yang diberkati Allah. Rumah Tengku Razaleigh di Palm Manor, Kota Bharu dikhabarkan retak kerana keramat Tok Wali. Sikap taksub mendorong ramai manusia mempercayai laporan yang tidak sahih dan menafikan kewarasan akal.
Ada pengundi di DUN Galas di kawasan Parlimen Gua Musang yang membuat kenduri besar-besaran untuk menyambut Tok Wali yang dikaitkan sebagai pembawa kebenaran. Tok Wali berada di pentas politik kerana mas
yarakat yang kurang berfikir memerlukan insan luar biasa menjadi pemimpin mereka. Ada yang yakin Tok Wali bakal memajukan kawasan DUN Galas kerana hubungan istimewa dengan Allah.
Tok Wali yang kurang mahir berpidato dipimpin ke pentas untuk berceramah. Dia yang terpinga-pinga akhirnya sekadar berkata; “undilah ambo, undilah untuk Islam!” Ucapan paling pendek dalam sejarah politik dunia disambut dengan pekikan takbir berkali-kali sambil tangan hadirin menggenggam penumbuk ke langit.
Kewarasan memihak kepada kecerdikan akal dan Tengku Razaleigh menang dengan majoriti besar. Sejak itu, keramat Tok Wali tidak menjadi mitos lagi di kalangan segelintir guru agama yang hebat dengan janggut, jubah dan ketayap tanpa memahami prinsip Islam sebagai addin.
Bagaimanapun amalan jumud, taksud dan taklid terus berleluasa di hati sebahagian kita. Perasaan rendah diri, mendewakan pemimpin dan pengekalan jiwa feudal merobekkan kewarasan pemikiran Melayu. Justeru, tidak menghairankan kenapa siswa Melayu kurang cemerlang walaupun menjadi golongan majoriti di pusat pengajian tinggi awam. .
Pada 1999, hanya seorang Melayu daripada 67 graduan memperoleh kepujian kelas pertama di Universiti Sains Malaysia. Di Universiti Kebangsaan Malaysia pula, seorang daripada yang dianugerah ijazah kelas pertama adalah Melayu. Semua siswa kejuruteraan di Universiti Malaya pada 1998 bukan Melayu. Angka di atas tidak banyak berubah sekarang kerana lingkaran jumud dan taksub masih merantai jiwa Melayu. Apakah kita masih memerlukan seorang lagi wali untuk membantu Melayu? - Berita Harian, 13 Oktober 2010
Monday, October 04, 2010
PBT, mana pergi wang kami?
KITA kerap melihat kawanan anjing yang segar bugar menyelongkar tong sampah di kawasan perumahan. Media juga kerap menyiarkan laporan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengabaikan kebersihan dan isu sosial; sampah tidak dipungut, longkang tersumbat, jalan berlubang, besi penutup longkang hilang, pusat judi haram, rumah urut dan hentian bas bagai pondok usang menanti masa menyembah bumi.
Berita Harian pernah menyiarkan isu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, curi balak di pedalaman Pahang atau masalah bekalan air di kawasan FELDA. Bukan sekali dua media menyiarkan rungutan penduduk terhadap PBT, namun setiap kali laporan tersiar, pihak berkenaan sekadar mengeluarkan kenyataan; “Kami akan siasat”. Selepas beberapa minggu, rungutan penduduk tidak dipedulikan kerana isu PBT atau kerajaan tempatan tidak pernah sampai ke penghujung.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas pernah membidas kerajaan tempatan sebagai kongsi gelap kerana tiada ketelusan dalam tindakannya. (New Straits Times, 3 Oktober 2005).
Beliau menegur sebuah PBT kerana tidak jelas perancangan dan pelaksanaan sesuatu projek di kawasannya. Namun isu itu berlalu kerana kita sering mengambil remeh sesuatu yang sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama.
Kita pembayar cukai, kita juga pembayar taksiran di kawasan kediaman, tetapi kita sering mendiamkan diri ke mana wang dibelanjakan?
Dari segi pentadbiran, kerajaan tempatan berada di tempat ketiga dalam sistem pemerintahan di Malaysia, selepas kerajaan persekutuan dan negeri. Ia berfungsi sebagai agensi membuat dan melaksana dasar, undang-undang dan program di kawasan pentadbirannya.
PBT juga berperanan sebagai kerajaan kecil yang mentadbir daerah termasuk urusan pembersihan, kemudahan asas, pungutan sampah, caj parkir kenderaan dan kompaun kesalahan kebersihan.
Kerajaan tempatan yang berjumlah 146 di seluruh negara mempunyai kuasa perundangan untuk meluluskan undang-undang kecil di samping ada yang mempunyai petugas bersenjata dan mahkamah yang berfungsi dalam kes kesalahan trafik dan kompaun kebersihan.
Bagaimanapun rakyat tidak mengetahui ke manakah wang rakyat dibelanjakan setiap tahun. Apakah pungutan cukai taksiran, caj parkir dan kompaun dimanfaatkan untuk pembangunan setempat? Rakyat bagaikan tidak mempunyai suara untuk mengetahui kerja dilakukan PBT dan bagaimana wang dibelanjakan.
Ketika idea kerajaan tempatan mula digariskan pada awal 1900, pentadbiran British mengambil model di London untuk diperkenalkan di negara ini bagi memudahkan pentadbiran. Kerajaan British mewakilkan pentadbiran daerah kepada badan tempatan dan rakyat diberi hak memilih wakil ahli majlis mesyuarat tempatan.
Pada 1957, Pulau Pinang tercatat dalam sejarah kerana memilih anggota majlis tempatan menerusi pilihan raya. Bagaimanapun pada 1965 pilihan raya tempatan dihentikan dan dimansuh pada 1970. Sehingga kini pelantikan ahli majlis tempatan dilakukan oleh kerajaan yang memerintah sesebuah negeri dengan alasan menjimatkan bajet jika diadakan pilihan raya khas untuk pelantikan ahli PBT.
Bagaimanapun persoalan tetap timbul apabila pelantikan membabitkan politik menimbulkan isu kepentingan kuasa, korupsi dan nepotisme dalam sesuatu projek PBT.
Ketelusan dan pelaksanaan sesuatu projek sering menimbulkan polemik hangat. Perbelanjaan awam tidak terkawal. Sebuah PBT dilaporkan membelanjakan RM4 juta untuk membina empat pondok menunggu bas dan dua palang tiang gol di kawasan pentadbirannya.

Penduduk sesuatu taman perumahan tidak mempunyai kuasa untuk bertanya bagaimana wang mereka dibelanjakan. Justeru, apakah adil jika setiap enam bulan mereka membayar cukai taksiran, tetapi sampah dipungut seminggu sekali?
Persoalan demi persoalan mengenai kerajaan tempatan tidak pernah selesai diperkatakan. Mungkin saranan mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli majlis daerah berbaur politik kepartian, tetapi apakah tidak mungkin ada saranan lain supaya PBT bertindak sewajarnya, bukan berfungsi sebagai pemberi rezeki kepada aktivis siasah? - Berita Harian, 4 Oktober 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)