Tiada siapa yang menduga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini hanya menampilkan penyertaan tiga artis veteran, walaupun sebelum ini dikatakan ramai lagi yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.
Jika dulu dua pemain bola sepak negara terbabit dalam pilihan raya umum seperti dilakukan Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Jamal Nasir Ismail, kini kalangan artis terbabit dalam politik kepartian.
Apakah mereka sekadar penumpang atau menyumbangkan jasa untuk parti dan negara?
Jika Chin Aun mencuba nasib di Kota Melaka pada 1986 tetapi tewas 17,606 undi kepada Lim Guan Eng, apakah artis juga bakal menempah nasib yang serupa?
Penyanyi dangdut Herman Tino atau Masrun Tamsi mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di kerusi Parlimen Tanjong Karang. Turut bertanding calon PAS, Mohamad Rashdi Deraman.
Herman Tino dengan imej kain pelikat yang popular dengan lagu 'Yale Yale' dan 'Pelita Dalam Kabus' mendapat pendidikan sehingga Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun, akan menggunakan lambang bunga raya pada pilihan raya ini.
Kita tidak pasti sejauh mana kemampuan penyanyi dangdut untuk berbakti kepada masyarakat. Apakah beliau mempunyai agenda membela rakyat Tanjong Karang atau sekadar menguji nasib?
Dari perspektif politik, Tanjong Karang satu-satunya kawasan di Selangor yang mengekalkan semua calon BN yang bertanding pada PRU-12 dengan pengundi berdaftar 42,410 orang. Pengundi Melayu seramai 31,096 orang, Cina (7,043), India (4,158) dan kaum lain (113).
Pada 8 Mac 2008, Noh menang dengan majoriti 3,820 undi. Mampukah Herman Tino membuat kejutan di kawasan itu?
Kecenderungan semasa menunjukkan penduduk masih memerlukan wakil yang boleh meningkatkan taraf hidup dan kemudahan prasarana.
Penyanyi Dayangku Intan atau nama asal Tengku Intan Tengku Abdul Hamid menjadi calon PKR di kawasan Parlimen Pengerang. Beliau bakal berentap dengan penyandang, Datuk Seri Azalina Othman (BN) dan Mohd Azaman Johari (Bebas).
Pada PRU-12, Azalina menang tanpa bertanding di kawasan itu. Apakah Dayangku Intan mampu membawa cabaran atau kehadirannya sekadar melengkapkan senarai calon PKR semata-mata?
Seramai 37,999 pengundi bakal menentukan nasib Dayangku Intan. Apakah populariti sebagai penyanyi boleh diterjemahkan di pentas politik?
Rakyat sedar menjadi wakil rakyat bukan sekadar bersuara merdu, tapi melaksanakan amanah untuk bangsa dan negara.
Pengundi Johor sejak 1957 terkenal dengan kesetiaan terhadap BN dan UMNO. Jasa Azalina sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan tidak mudah dilupakan.
Pengerang juga terkenal dengan kawasan pembangunan baru yang pesat di selatan tanah air. Kejayaan dan kepesatan pembangunan di Pengerang dikaitkan dengan sumbangan Azalina.
Begitu juga cabaran penyanyi Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin (PAS) di Jempol tidak semudah ramalan. Berentap dengan veteran UMNO seperti Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (BN) bukan mudah.
Reputasi Isa sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun perlu dihormati. Jasanya membangunkan Negeri Tanah Adat sejak April 1982 hingga Mac 2004 tidak boleh dianggap remeh.
Isa juga pernah menjawat Menteri Wilayah Persekutuan dan Naib Presiden UMNO yang berpengaruh. Pengundi akan menilai perbezaan peribadi calon sebelum membuat pilihan muktamad di peti undi.
Jika Isa terkenal sebagai pentadbir yang membawa kemajuan di Negeri Sembilan, reputasi Aishah sebagai bekas penyanyi Aishah and The Fan Club pernah dikagumi.
Nama Aishah memuncak ketika berada di New Zealand pada dekad 1980-an dan 1990-an. Album ‘Sensation’ pernah menjadi kegilaan di Asia.
Bagaimanapun menjadi wakil rakyat tidak semudah menyanyikan lagu ‘Paradise’ dan ‘Call Me’.
Aishah perlu menilai sokongan rakyat dan menghargai pengaruhnya di kawasan luar bandar. Bukan mudah memecah tembok tradisi BN kerana 65,213 pengundi Jempol sentiasa menghargai nilai desa sesuai dengan adat perpatih.
Pada PRU-12, Datuk Lilah Yasin (BN) menang di kawasan itu dengan majoriti 12,320 undi. Isa tentunya bersedia menghadapi cabaran dengan memanfaatkan pengalaman empat dekad berpolitik.
Sejak tiga tahun lalu, pakatan pembangkang terutama PAS dan PKR sering mencanang kehadiran artis sebagai pembawa perubahan dalam parti.
Beberapa nama sering disebutkan bakal bertanding. Bob Lokman, Hairie Othman, Abu Bakar Omar, Abby Abadi dan Man Kadir (Pak Jabit) dikaitkan sebagai penyokong pembangkang.
Mereka tidak bertanding pada PRU-13 walaupun ramai yang menduga berlaku kejutan pada saat akhir.
Tentunya ramai yang menanti untuk melihat Bob Lokman dan Abby Abadi diadili secara terbuka di peti undi kerana mereka kerap berceramah dan komited dengan perjuangan Islam.
Selepas kedua-duanya mendapat gelaran ustaz dan ustazah di pentas PAS, rakyat berhak menilai keupayaan mereka. Sambutan hangat pada majlis ceramah sepatutnya diterjemah di peti undi. Pembangkang takut risiko meletakkan lebih ramai artis bertanding kerana keupayaan mereka belum tentu membantu kemenangan parti.
Sejarah membuktikan penggiat seni tidak semestinya berjaya sebagai ahli politik. Kecuali bintang Cowboy kelas tiga, Ronald Wilson Reagan yang mewakili Republikan berjaya menduduki Rumah Putih selama dua penggal (1981–1989), artis lain sekadar penumpang pentas politik.
Pelakon Sophan Sopian tidak berhasil melonjak dalam politik Indonesia. Beliau terpaksa berundur kerana populariti filem berbeza dengan siasah.
Begitu juga Joseph Estrada yang walaupun pernah menjawat Presiden Filipina (30 Jun 1998 hingga 20 Januari 2001) namun pentadbirannya dipertikai. Dasar luar dan ekonomi Manila terjejas di bawah pentadbirannya.
Artis yang terbabit pada PRU-13 bakal berdepan ujian sukar. Selain reputasi parti dan peribadi, mereka juga wajar belajar daripada sejarah rakan artis di luar negara. Arnold Schwarzenegger, Sophan dan Estrada bukan ikon terbaik untuk dicontohi. Rakyat akan menilai kehadiran artis pada 5 Mei ini. - Berita Harian, 22 April 2013 (edisi petang)

No comments:
Post a Comment