Seks, perempuan dan ahli politik tidak pernah sunyi. Sejak dua bersaudara Kennedy – John dan Robert dipalitkan isu yang mencemarkan wibawa Amerika Syarikat (AS) dan Rumah Putih, penjawat Presiden lain tidak terkecuali.
Dua dekad lampau ada jenaka mengenai cerut Bill Clinton. Nama Monica Samille Lewinsky tiba-tiba popular apabila dikaitkan skandal dengan Clinton.
Tiada siapa yang peduli Lewinsky sebelum ini kerana gadis berbadan gebu itu hanya individu biasa yang bukan perancang utama di Rumah Putih. Hubungan akrab dengan Presiden melonjak nama Lewinsky sehingga digelar Skandal Lewinsky atau Monicagate.
Namanya menjadi sebutan, malah temu bual dengan rangkaian Cable News Network (CNN) mendapat tumpuan setengah bilion penduduk dunia.
Dunia mengenali Lewinsky sebagai wanita Yahudi penggoda. Ayahnya imigran Yahudi Jerman, sementara ibunya, imigran Yahudi Russia. Lulusan psikologi dari Lewis & Clark College di Portland, Oregon pada 1995, dia bertugas sebagai pelatih pembantu khas di pejabat Presiden ketika pentadbiran Clinton.
Skandal seks seperti lazimnya dinafikan peringkat awal, tapi meriuhkan kemudian. Lewinsky popular dan menjadi jutawan kerana skandal. Buku memorinya meraih royalti AS$12 juta dan penampilan di khalayak jadi buruan paparazi.
Indonesia juga tidak terkecuali menerima kerenah perempuan dan seks. Presiden Sukarno dan Gus Dur (Abdurrahman Wahid) turut dikaitkan dengan perempuan.
Jika Sukarno yang terkenal terlalu terbuka dengan perempuan dan mempunyai kecenderungan luar biasa, dakwaan terhadap Gus Dur sukar diterima. Pengikutnya mendakwa skandal seks beliau sekadar fitnah kerana mustahil seseorang yang dikenali ‘Kiai Haji’ boleh terbabit dalam isu memalukan.
Di negara kita, perempuan dan seks sering disebut walaupun sukar dibuktikan. Beberapa pembesar negeri dituduh melakukan salah laku seks yang kemudian disahkan dakwaan palsu.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat pernah meriuhkan suasana apabila pita video yang dikaitkan dengan beliau tersebar. Perbahasan di Parlimen menggamatkan apabila isu pita video dibangkitkan Karpal Singh beberapa kali.
Jika seks dianggap tabu serta bertentangan dengan sistem nilai dan agama, kes selepas 1998 agak berbeza.
Dakwaan salah laku seks dan isu moral mendapat pembelaan sesetengah pihak ketika golongan lain menganggap ia perbuatan tidak wajar dan bertentangan dengan Islam. Ada yang membela secara terbuka apabila video cakera padat perlakuan sumbang menjadi sebutan ramai.
Belum pun polis siasat kes video lucah, sudah ada tokoh yang melenting dan mendakwa fitnah terancang musuh politik. Ketika kita meyakini teknologi maklumat sebahagian daripada perayaan sejagat, kita juga sangsi apabila media baru mendahului ‘siasatan’ dan bertindak sebagai hakim, sekali gus pendakwa.
Lebih malang, media baru kurang mengutamakan etika pemberitaan sehingga mendakwa seseorang tidak bermoral, walaupun tidak dibuktikan menerusi pertuduhan di mahkamah terbuka. Kita bimbang gejala perempuan, seks dan ahli politik berlanjutan walaupun Malaysia sudah menjadi negara maju pada 2020.
Seseorang yang kelihatan alim, berjanggut dan berketayap sering dijulang sebagai warak walaupun perlakuannya meragukan. Imej ulama, intelektual Islam dan pemikir menjadikan seseorang itu dilihat bersih walaupun ada rakaman kamera yang meragukan wibawanya.
Lebih malang, apabila ada kalangan pengikut yang belum menonton rakaman berkenaan sudah mendakwa sebagai fitnah dan konspirasi untuk menjejaskan imej golongan ulama.
Ada ketika kita hairan bagaimana imej ulama digubah sebegitu rupa di Malaysia. Takrif ulama memadai dengan menyertai parti politik tertentu walaupun belum pasti keperibadian menonjolkan ciri umarak.
Lebih malang apabila golongan yang pernah diundang membaca khutbah Jumaat sanggup melakukan sesuatu yang di luar tabii.
Perlakuan yang dikaitkan berulang kali sejak tiga dekad lalu dinafikan pengikut sendiri kerana gerakan siasah memerlukan pelakon yang handal. Seks dan perempuan sekadar alat yang didakwa strategi melemahkan musuh politik. Justeru, tidak memeranjatkan jika ada ustaz ditahan bersama isteri orang di kamar hotel! - Berita Harian, 23 April 2013

No comments:
Post a Comment