Kuasa imperial Anglo-Amerika yang menakluk dunia hari ini berasaskan rasisme. Amerika Syarikat (AS) yang gah meneroka hasil bumi dunia adalah kuasa rasis yang melihat negara lain sebagai boneka.
AS menggunakan kempen perang menentang keganasan semata-mata mahu menguasai minyak di Iraq dan Asia Barat. AS bimbang Russia dan China menguasai wilayah Teluk yang dianggap kawasan tiga segi emas dalam percaturan ekonomi dan politik dunia.
Bekas Presiden AS, George W Bush memerangi Afghanistan bukan semata-mata Peristiwa 11 September 2001. Serangan terhadap bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) adalah alasan menghalalkan keganasan di Afghanistan yang bersempadan dengan wilayah bekas Soviet di Asia Tengah. AS bimbang rejim Kabul kembali dikuasai Russia yang kini aktif semula dalam persaingan kuasa dunia.
Pencerobohan yang mendapat restu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sekutu Eropah Barat menunjukkan sikap rasis bentuk moden. Mereka menghalalkan perang untuk membunuh masyarakat kulit berwarna dan beragama Islam.
Hal sama berlaku di Afrika Selatan yang menyebabkan Nelson Mandela merengkok dalam tahanan selama 27 tahun. Britain menggunakan alasan politik untuk menghalalkan pembunuhan di Afrika Selatan yang kaya dengan minyak dan hasil galian.
Alasan keselamatan, perpaduan rakyat dan kekuatan Afrika diguna untuk memerangi masyarakat kulit hitam hampir 100 tahun. Dasar Apartheid digunakan untuk meneroka kawasan lombong serta menghalang kuasa komunis di negara berjiran.
Kuasa imperial Anglo-Amerika yang menakluk dunia hari ini berasaskan rasisme. AS dan Barat menjadi kaya dengan tenaga hamba abdi dari Afrika. Mereka menggunakan isu sama di Asia.
Serangan terhadap Indochina menggunakan alasan menentang teori domino. Vietnam dileburkan selama 50 tahun, rakyat Kemboja kelaparan dan terperangkap dalam perang saudara hasil perancangan AS, Britain dan Perancis.
Laos - sebuah wilayah terpencil di Indochina menghadapi krisis kewangan dan ekonomi selama empat dekad. AS kurang peduli nasib Laos kerana potensi ekonomi kurang berbanding kemampuan Vietnam yang kini muncul kuasa penting di Indochina.
Percaturan kuasa di Semenanjung Korea tidak pernah reda sampai kini. Korea Utara yang disokong Beijing sentiasa dicurigai. Menggunakan alasan keselamatan serantau, AS kerap mengadakan latihan ketenteraan bersama Seoul. Alasannya mempertingkatkan kawalan sempadan Korea Selatan.
Dongeng sejarah mengenai ancaman komunis diulang tayang berkali-kali sedangkan dunia secara rasmi menolak fahaman berkenaan sejak runtuhnya Tembok Berlin dua dekad lalu.
Hari ini ancaman perkauman berlaku di mana-mana. Ia bukan sekadar warna kulit dan agama, juga perbezaan wilayah dan benua menjadikan kuasa imperial Anglo-Amerika melihat orang lain sebagai musuh yang berhak dicurigai.
Kita mudah faham sandiwara mereka kerana tidak mahu melihat bangsa lain berfikir mengenai apa yang berlaku di Asia Barat secara rasional. Rejim haram Yahudi kekal di Israel sejak 1948 hasil sokongan AS dan Barat. Pemimpin Arab yang kritis terhadap Zionis digulingkan.
Pelbagai alasan digunakan untuk menjatuhkan kuasa Saddam Hussein, Muammar Gaddafi, Hafez al-Assad dan kini anaknya Bashar semata-mata untuk menguasai Asia Barat demi keselamatan Israel.
Banyak negara Arab yang mengamalkan sistem feudal disokong kuasa imperial Anglo-Amerika. Sokongan berkenaan bukan kerana mereka menyokong sistem feudal, tapi AS yakin banyak Raja Arab yang mudah dikuasai.
Banyak juga negara di Asia Tenggara yang dimerdekakan secara bersyarat. Walaupun penjajah meninggalkan jajahan, kuasa dan pengaruh ditinggalkan untuk memberi cengkaman sehingga kini.
Peluang ekonomi dan pelaburan Barat mendapat tempat di Asia Tenggara. Kerajaan yang kononnya dipilih oleh rakyat mesti berkiblatkan Barat kerana naungan ekonomi, perdagangan dan keselamatan.
Tidak hairan banyak kerajaan yang berlumba-lumba mengadakan latihan ketenteraan bersama AS dan Britain menggunakan alasan keselamatan serantau.
Niat sebenarnya adalah mengekalkan kuasa imperial secara halus. Negara yang cuba menentang Barat secara terbuka akan menerima nasib berbeza. Sekatan perdagangan dan halangan peluang pelaburan menjadi senjata ekonomi paling berkesan. Tidak memeranjatkan apabila Singapura sentiasa mendapat keutamaan AS, Britain dan Australia. Begitu juga Filipina.
Justeru, tidak hairan apabila ada ahli politik tempatan menjadi keutamaan AS. Ia sebahagian pelaburan jangka panjang. Strategi politik menghalalkan cara. - Berita Harian, 9 April 2013

No comments:
Post a Comment