Kerakusan mengejar kuasa menyebabkan ada pihak yang tidak rasional. Sebuah laman web menyiarkan laporan menganggap kematian cendekiawan Islam, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady sebagai rahmat buat pembangkang.
Laman web berkenaan mempersenda Uthman sebagai mendiang, seolah-olah menggambarkan Allahyarham bukan Islam.
Kemarahan terhadap Uthman mudah dimengertikan. Cendekiawan Islam itu begitu lantang menentang gejala sosial dalam masyarakat. Uthman secara terbuka menegur golongan liberalisme dan pluralisme dalam masyarakat. Teguran Uthman dianggap tidak memihak kepada pihak yang mengamalkan cara hidup bebas dan berkiblat kepada Barat serta zionis.
Bagi mereka yang terjebak dalam salah laku moral dan seks, teguran terhadap liberalisme dan pluralisme dianggap penentangan terhadap hak dan kebebasan demokrasi. Sejak lima tahun lalu, banyak kenyataan Uthman tidak disenangi dan dituduh sebagai ulama upahan.
Kita mengerti sejak 8 Mac 2008 rakyat Malaysia mengalami pengalaman paling drastik. Barisan Nasional (BN) bukan saja mengulangi sejarah kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen seperti 1969, bahkan sudah ada pihak yang menterjemahkan era politik baru di Malaysia.
Jika dulu tiada alasan untuk bersuara secara biadab dan menyakitkan hati mana-mana pihak, hari ini kebiadapan sebahagian daripada menu politik yang dihalalkan. Tiada pihak yang takut untuk bersuara hatta membabitkan isu sensitif kerana mereka yakin kebebasan demokrasi sudah diterjemahkan dalam pelbagai versi.
Pengamat politik mungkin berpeluang mentafsir era baru gelagat siasah di Malaysia. Politik menghalalkan cara dan tafsiran demokrasi untuk kebebasan bertindak menyebabkan ada pihak yang tergamak menyarankan turun ke jalan raya jika pilihan raya tidak mengubah apa-apa.
Moral ceritanya, tunjuk perasaan dan rusuhan boleh berlaku jika mereka kalah pilihan raya kerana sistem pengundian yang didakwa tidak telus.
Kita tidak hairan demokrasi diperalatkan untuk menghalal cara dan matlamat. Malangnya demokrasi juga yang mengubah prinsip perjuangan seseorang individu dan gerakan siasah.
Datuk Seri Hadi Awang dan PAS tidak lagi bersuara mengenai negara Islam kerana mereka lebih selesa memperjuangkan matlamat penubuhan negara berkebajikan. Tolak ansur prinsip dan politik menghalalkan cara seperti yang dimahukan Pengerusi DAP Karpal Singh, mendorong PAS tidak menyebut negara Islam kerana mahu memastikan usaha ke Putrajaya tidak terkandas.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin secara lantang bercakap soal sembah derhaka kerana hilang kuasa di Ipoh. Naib Presiden PKR, Tian Chua pula dilapor sebagai menyatakan serangan pengganas Sulu di Sabah sebagai sebahagian daripada sandiwara UMNO. Lebih malang lagi, ada ahli politik wanita berani menyatakan setiap insan bebas memilih anutan agama. Bolehkan seseorang Islam meninggalkan ajaran Allah dan memeluk agama lain?
Hari ini politik menjadi santapan harian rakyat Malaysia. Suara dan kekalutan siasah makin nyaring. Ia bukan sekadar nyanyian Sabah akan hilang tetapi juga aksi dan lakonan yang memeranjatkan.
Politik moden tidak mungkin terpisah daripada isu moral dan masalah peribadi. Matlamat menghalalkan cara menjadikan isu moral alat mempertahankan diri daripada dakwaan konspirasi dan agenda pihak tertinggi.
Kelebihan bercakap, seni berpidato dan berhujah serta kejayaan mendapatkan kepercayaan media asing sudah menjadi prasyarat berpolitik era moden.
Era ceramah dan mendambakan pembangunan rakyat hampir berlalu. Ahli siasah yang bercakap soal projek, pembinaan jalan raya dan jaminan pembinaan sekolah dan bangunan sudah dicabar dengan isu kebebasan, hak asasi dan demokrasi. Ramai terpengaruh dengan perjuangan menentang kemungkaran walaupun yang bercakap tidak terlepas daripada perbuatan mungkar.
Segala-galanya menjadi kalut kerana demokrasi sudah diterjemahkan secara bebas. Memang benar kata pentafsir siasah, buku The Prince karya Niccolo Machiavelli tidak akan mati kerana pemujanya kekal dari zaman ke zaman! - Berita Harian, 1 April 2013

No comments:
Post a Comment