Pakatan pembangkang yang ghairah menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kini mengendurkan angan-angan mereka.
Sebelum Parlimen dibubarkan 3 April lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ghairah mencanang pembentukan kerajaan baru yang lebih demokratik, menghargai hak asasi dan bebas salah guna kuasa.
Beliau juga leka menyanyi Sabah akan hilang ekoran pencerobohan pengganas Sulu 12 Februari lalu.
Sebaik saja Parlimen bubar, Barisan Nasional (BN) yang lebih mantap. Jentera bergerak dengan lancar. Pemilihan calon, walaupun berlaku sedikit bantahan, tidak sama dengan apa yang dialami oleh DAP, PAS dan PKR.
Ada bekas wakil rakyat pembangkang yang bertindak keluar parti dan bertanding calon Bebas. Tidak terkecuali juga mengambil keputusan berkecuali, menutup bilik operasi dan secara terbuka menyatakan sokongan kepada BN.
PRU-13 tentunya menjadi medan uji kepada kekuatan pengaruh Anwar dan pakatan pembangkang. Keghairahan dan keseronokan mereka menawan lima negeri pada PRU-12 yang berlangsung 8 Mac 2008 menjadi penanda aras sejauh mana mereka kekal mendapat sambutan.
Laporan media yang mengesahkan tindakan keluar parti penyokong mereka pasti meresahkan pakatan pembangkang.
Anwar tentunya tidak senang duduk kerana mimpi jawatan Perdana Menteri yang dicanangkan bertahun-tahun belum tentu menjadi kenyataan.
Beliau bukan saja menghadapi ujian kepercayaan dalam kalangan ahli PKR sendiri, bahkan ada kalangan tokoh PAS dan DAP yang meragui kewibawaannya.
Sejak menjadi ahli UMNO pada 1982, reputasi Anwar sebagai pemimpin pelapis begitu diperhatikan.
Ada yang meramalkan beliau setanding Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap sebagai arkitek pembangunan Malaysia moden.
Tindakan Anwar menyertai UMNO diperhatikan secara sinis oleh PAS dan Angkatan Belia Islam (ABIM). Anwar pernah dikaitkan sebagai rakan setia PAS ketika demonstrasi pelajar pada 1974 dan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dianggap mengangkat harga dirinya sebagai pejuang tulen.
Ada kalangan yang taksub meletakkan Anwar setaraf Nelson Mandela -- ikon demokrasi dan hak asasi Afrika Selatan yang merengkuk dalam tahanan selama 29 tahun.
Bagaimanapun reputasi Anwar terhakis selepas beliau menyertai UMNO. Kedudukan yang tinggi dalam parti dan kerajaan memudahkan pemerhati melihat sosok peribadi Anwar yang berbeza ketika menggerakkan ABIM.
Ada rakan-rakannya dalam ABIM yang meragui Anwar sebagai pejuang tulen kerana beliau banyak menghadapi krisis peribadi.
Sebelum pemecatan jawatan daripada UMNO dan kerajaan pada 2 September 1998, isu Anwar hangat diperkatakan. Dalam UMNO, beliau dianggap tokoh yang tidak sabar mendaki puncak. Di luar parti, hubungan akrab beliau dengan Barat menjadikan Anwar dipersoalkan imej Islamiknya.
Polemik dan pertarungan kuasa di antara nasionalis dan Islamik menjadikan Anwar dilihat serba salah. Beliau sering terperangkap dalam imej pelbagai apabila bercakap mengenai Islam, pada masa lain menggunakan nada berbeza mengenai agenda sejagat ketika berada di Barat.
Dalam politik tempatan pula, Anwar meletakkan dirinya sebagai rakan PAS yang setia dengan perjuangan Islam, pada masa sama menggunakan hubungan mesra dengan DAP dan Lim Kit Siang untuk memaksa PAS menukar perjuangan Islam kepada negara berkebajikan.
Dilema Anwar akan terungkai dalam sejarah kerana mustahil perjuangan Islam boleh diselaraskan dengan gerakan perkauman yang menjadi landasan DAP.
Buat seketika, Anwar berjaya mendamaikan PAS dan DAP, tapi tidak untuk jangka panjang. PAS dan DAP akan bersengketa kerana mereka mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza.
Sekarang pun perjuangan berbeza dibuktikan dengan mereka gagal mendaftar pakatan pembangkang sebagai gerakan kepartian sah seperti dilakukan BN sejak 1974.
Mustahil PAS, DAP dan PKR yang mempunyai perjuangan berbeza mampu duduk dalam pakatan yang sah. Mereka akan bertelagah tidak lama lagi kerana muafakat yang ada sekarang semata-mata untuk menang PRU-13. Masa akan membuktikan pakatan rapuh pembangkang akan mengikut jejak Angkatan Perpaduan Ummah yang dibentuk Tengku Razaleigh Hamzah menjelang PRU 1990 dan kini sekadar tinggal kenangan.
Rakyat wajar mengkaji sejarah dan menilai kemampuan kelompok atau individu sebelum membuat keputusan.
PRU-13 adalah medan menentukan masa depan Malaysia. Pilihlah yang terbaik berdasarkan akal dan kewarasan, bukan kerana ketaksuban yang boleh menjerumuskan generasi masa depan. - Berita Harian, 29 April 2013 (edisi petang)

No comments:
Post a Comment