SUATU hari Sasterawan Negara Datuk Usman Awang menghubungi saya meminta beberapa puisi bertemakan kemanusiaan dan hak asasi.
“Abang mahu karya yang polos dan jujur mengenai bangsa yang berkemelut,” tuturnya dengan nada lemah. Kesihatannya ketika itu semakin meruncing.
Saya menghormati beliau kerana hubungan rapat dan pernah terbabit membaca puisi bersama penyair Indonesia, WS Rendra di Kuala Lumpur.
Kami juga pernah menjelajah Eropah Timur ketika penghujung era pasca Perang Dingin.
Saya tidak menduga sesebuah karya yang dihasilkan boleh dikaitkan dengan politik kepartian.
Bagaimanapun apabila beberapa puisi saya termuat dalam kumpulan Dari Derita Bangsa yang diterbitkan pada 1998, pelbagai persoalan mula melingkari. Apakah saya sudah menjadi sebahagian makhluk politik kepartian yang menyokong sesuatu pihak dan mengganyang pihak yang lain?
Perlukah sasterawan memihak atau menjadi alat kepada elitis politik?
Suasana politik pada 1998 amat menguji survival bangsa Melayu. Ramai yang keliru antara fakta dan tohmahan. Ramai juga yang menduga Melayu bakal musnah ekoran pertelagahan yang membabitkan isu undang-undang, moral, siasah dan cita-cita peribadi. Ada juga sanggup menjadi hakim, sekali gus pendakwa untuk menentukan kesahihan sesuatu kes mahkamah. Ada ketikanya perbicaraan di luar mahkamah dan internet lebih hebat serta hangat, kaya dengan drama dan intrignya!
Kumpulan puisi Dari Derita Bangsa (Pustaka RBHI; ISBN: 983-40691-0-3) turut memuatkan karya 20 penyair tersohor tanah air termasuk Dinsman, Datuk Dr Kemala, Prof Dr Muhammad Haji Salleh dan Dr Siti Zainon Ismail.
Usman juga pernah terbabit dalam gerakan massa ketika membantah usaha merendahkan bahasa Melayu sebagai medium utama.
Buku Keranda 152, Bahasa kita, Air Mata & Maruah Kita, adalah karya yang jujur mengenai kedaulatan bahasa dan bangsa yang kian tercabar. Ramai penulis menganggap makhluk politik sukar dijangkakan dan pertimbangan mereka lebih terarah kepada kepentingan kuasa dan peti undi. Buku ini diterbitkan semula oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada 2002 selepas himpunan tulisan berbentuk stensilan pada 1968 yang memperingati ulang tahun peristiwa penentangan terhadap Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan (1967). Ia menceritakan detik penentangan pada 3 Mac 1967 di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Sejak berzaman, sejarah sastera dan politik tidak pernah reda. Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad pernah melahirkan Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila -- karya satira politik yang tidak diiktiraf oleh bangsa Malaysia sendiri. Malang!
Bagaimanapun karya Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad yang berjudul Shit menggemparkan pentas politik tanah air. Shahnon dengan lantang mengkritik tokoh yang memperalatkan kuasa, undang-undang dan ekonomi untuk mengekalkan pengaruh. Karya yang secara polos dan tidak berselindung ini amat mudah dimengertikan apatah lagi diterbit dan edarkan ketika suasana hangat 1998.
Shahnon juga menulis cerpen Piem yang tersiar dalam Dewan Sastera pada 1988 dan menyebabkan seorang editor DBP bertukar jabatan!
Penulis Yahya Ismail menghasilkan cerpen Maharaja Beruk yang mengisahkan pertarungan dalaman sebuah parti politik pada 1987. Karya satira ini melonjakkan jualan Dewan Sastera.
Sepanjang 10 tahun terakhir ini, karya sastera dan politik tidak banyak yang menimbulkan kesan siasah.
Novel Interlok karya Datuk Abdullah Hussain bukan karya politik, tapi dipolitikkan oleh golongan yang hanya menang empat kerusi Parlimen selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008. Interlok menjadi mangsa percaturan kuasa walaupun karya itu sendiri tidak mempunyai apa-apa kuasa menentukan suasana siasah negara.
Timbul persoalan apakah sastera dan politik saling bersengketa, atau saling memberi ilham untuk orang politik lebih berwatak dan sasterawan menjadi pencatat zaman yang curiga?
Persoalan ini sukar ditelaah kerana 2012 akan memaparkan pelbagai latar, watak dan plot yang sukar diduga. Sastera dan politik tentunya akan kekal sepanjang zaman! - Berita Harian, 4 Januari 2012

No comments:
Post a Comment