SEJAUH mana generasi muda penentu undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti?
Apakah mereka memihak kepada pembangkang yang sentiasa mendakwa ‘aspirasi muda’ atau menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan masa depan negara?
Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini. Mereka adalah generasi X dan Y yang membesar bersama budaya komputer dan media baru. Mereka bukan generasi yang mudah terpengaruh dengan slogan propaganda selaras perubahan cara hidup yang meletakkan maklumat di hujung jari.
Sama ada tinggal di luar bandar atau di kawasan urban, selera dan minat siasah generasi muda sukar dianalisis. Suara mereka menerusi Facebook dan Twitter sentiasa kritikal dan sinis. Lebih sukar apabila mereka dianggap sebagai majoriti senyap yang akan membuat perkiraan menerusi peti undi.
Perkembangan siasah sejak 2 September 1998 mengaitkan aspirasi muda dengan pembangkang. Keputusan Pilihan Raya Umum pada 1999 dan 2008 hampir membuktikan tanggapan ini.
Terkecuali pada Pilihan Raya Umum 2004 apabila sebahagian pengundi terpengaruh dengan slogan Islam Hadhari yang dipopularkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, suasana selepas itu berbeza. Keputusan Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008 memberi gambaran drastik.
Saya menghadiri tiga majlis yang dikaitkan dengan politik pada masa terdekat ini. Majlis Bekwoh Anak-Anak Kelate anjuran Biro Pengundi Luar UMNO Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi generasi muda. Hampir 10,000 hadirin yang sebahagian besarnya generasi muda melaungkan azam untuk membantu kemenangan BN di Kelantan.
Sebahagian besar mereka siswa menyuarakan hasrat gelombang merah untuk mengubah suasana siasah di Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Penulis juga menghadiri ceramah PAS di Taman Cheras Jaya yang membabitkan bekas pelawak Bob Lokman yang mendakwa dirinya sudah berhijrah dalam perjuangan siasah. Tidak kurang 100 hadirin dengan separuh daripadanya golongan berusia bawah 40 tahun.
Suasana di sebuah dewan berhawa dingin di Kuala Lumpur pula dihadiri 200 tetamu yang sebahagian besarnya generasi muda dan pelbagai kaum. Panel pula di kalangan elit massa yang mengemukakan pandangan mengenai generasi muda dan penentu masa depan siasah negara. Isu hak asasi, kebebasan media, media baru dan sistem kehakiman dibincang secara polos.
Sukar untuk menyatakan bahawa generasi muda sebagai penentu politik negara kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mendaftarkan nama sebagai pengundi.
Sebanyak 3.7 juta rakyat di negara ini gagal mendaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka generasi muda. Golongan yang tidak mendaftar secara langsung tidak berhak membuat keputusan menerusi peti undi. Jika sekadar bersuara dan heboh dengan aktiviti kepartian tanpa peluang membuat keputusan di peti undi, tidak akan mengubah keadaan.
Suatu pendekatan drastik perlu dilakukan agar kempen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftar pengundi berjalan lancar.
Kajian secara demografi juga perlu dilakukan bagi menilai tahap sokongan generasi muda terhadap sesebuah gerakan siasah. Bersuara mengenai isu semasa bukan gambaran seseorang memihak parti pemerintah mahupun pembangkang. Ada masanya, isu ditimbulkan membabit kepentingan umum yang tidak relevan dengan sokongan siasah.
Sepanjang minggu lalu generasi muda menerusi media baru bersuara menentang cukai perkhidmatan talian telefon prabayar. Mereka mendesak kerajaan bertegas dan tidak tunduk kepada tekanan syarikat telekomunikasi yang kononnya akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Bangkangan isu cukai perkhidmatan telefon tiada kaitan politik, tetapi akan menjadi barah jika tidak ditangani secara saksama.
Ada mitos mengaitkan pengundi dewasa terikat sentimen mengenang jasa dan kepartian, berbeza pengundi muda yang dilihat lebih bebas menentukan sokongan. Sokongan pengundi dewasa lebih untuk jangka masa lama, pengundi muda lebih bersifat jangka pendek apabila mereka menilai dasar parti, sikap pemimpin dan isu semasa. Kredibiliti calon menjadi fokus generasi muda berbanding golongan lama yang mempunyai pandangan berbeza.
Kajian sebuah badan bebas mengandaikan pengundi muda luar bandar memberi fokus isu tempatan seperti membantu golongan nelayan dan petani, pengundi bandar pula lebih fokus kepada isu semasa dan pentadbiran kerajaan, pelaksanaan ekonomi, dasar luar dan cara menangani isu sosial.
Kajian sebuah parti politik pula mendapati 62 peratus pengundi muda tidak menyokong sesiapa. Mereka hanya membuat keputusan pada saat akhir pengundian. Jika andaian ini benar, pengundi muda masih kekal misteri sokongan mereka! - Berita Harian, 19 Mac 2012

No comments:
Post a Comment