ADA banyak persamaan antara Datuk Seri Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng. Mereka berasal dari Batu Pahat, berpendidikan Inggeris dan fasih berbahasa Mandarin. Mereka juga memimpin dua parti terbesar kaum Cina, iaitu Presiden MCA dan Setiausaha Agung DAP. Persamaan lain yang kurang diperhatikan ialah gaya rambut kedua-dua tokoh ketika menghadiri debat politik di Kuala Lumpur 18 Februari lalu.
Mereka pintar berhujah, mahir menggunakan bahasa kiasan dan pepatah klasik Cina. Mereka profesional Cina yang menjadi tumpuan bakal pengundi tidak lama lagi.
Debat ‘Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?' memberi peluang kepada dua tokoh mengemukakan hujah, mencabar dasar pihak lain, sekali gus mempertahankan diri dari serangan politik kem berbeza.
Bagaimanapun suasana di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur yang dihadiri 600 orang itu boleh dianggap petanda awal untuk meneruskan tradisi debat dan dialog siasah secara terbuka.
Pada 1991, Guan Eng dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berdebat isu yang hampir sama -- hala tuju kaum Cina, politik dan kepentingan pendidikan Mandarin serta dasar pemerintah yang dianggap sisa kek pada setengah golongan.
Debat politik juga pernah menjadi perhatian umum pada 15 Julai 2008 apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan (ketika itu) Datuk Ahmad Shabery Cheek berdebat di Kuala Lumpur.
Pada 29 Januari lalu di London, debat membabitkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pengarah Starategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berlangsung dalam suasana intelektual yang menyerlahkan kematangan tokoh muda kita. Malangnya debat dianjurkan di London dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar.
Tradisi debat secara terbuka wajar dihargai sebagai ruang untuk menilai kemampuan seseorang tokoh mengemukakan idea, sekali gus membuktikan kewibawaan peribadi mereka.
Bagi kebanyakan negara maju, debat sebahagian daripada prasyarat sistem demokrasi itu sendiri. Wakil Demokrat dan Republikan bukan saja berhujah untuk merebut tempat ke Rumah Putih di Amerika Syarikat (AS), bahkan debat dalaman sesama perwakilan parti tidak kurang hebatnya.
Dari segi sejarah, debat antara Presiden Gerald Ford dan calon Demokrat Jimmy Carter di Philadelphia's Walnut Street Theater pada 23 September 1976 dianggap terbaik setakat ini. Mereka mengemukakan hujah kesan Perang Dingin dan Perang Vietnam terhadap kehidupan di AS sendiri. Masyarakat diberi peluang menilai tokoh yang bakal menerajui AS pada dekad 70-an dan awal 80-an. Seramai 40 juta menyaksikan debat mereka secara langsung di kaca TV dan skrin layar besar. Edaran akhbar meningkat 80 peratus keesokan harinya semata-mata kerana berita debat dianggap terpenting untuk rakyat.
Pada 15 Oktober 1992, Presiden George HW Bush berdebat dengan calon Bebas, Ross Perot dan Bill Clinton mengenai kesan ekonomi global dan masa depan AS sebagai penguasa tunggal ekonomi dunia. Sekali lagi, dunia terpaku melihat hujah mereka, seperti juga kita kaget bagaimana Bush dan anaknya menjelajah Iraq dan Afghanistan semata-mata atas lesen keamanan sejagat.
Mereka menguasai dunia kerana kemahiran berdebat dan pandai mengambil kesempatan untuk meraih sokongan di peti undi
Bagaimanapun majlis membabitkan Soi Lek dan Guan Eng sukar mengelakkan isu emosi, terutama di kalangan hadirin.
Sejak Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008, isu kaum Cina dan gerakan siasah di Malaysia amat menarik diperhatikan. Tanggapan Cina memihak kepada pembangkang kerap kedengaran. Keputusan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya Sarawak tahun lalu hampir membuktikan dakwaan itu.
Soi Lek menggunakan ruang debat untuk menyatakan DAP alat kepada PAS untuk melaksanakan hudud. Guan Eng pula menerjah dengan soalan; apakah MCA bukan alat UMNO?
Tidak memeranjatkan isu sedemikian timbul kerana tradisi debat masih belum matang di Malaysia. Kita melihat isu kaum dan agama sebagai halangan perpaduan. Lebih fatal, apabila sentimen etnik dijadikan landasan untuk meluaskan jurang siasah.
Tentunya debat dua tokoh tidak mempunyai pemenang mutlak, seperti juga isu politik yang sentiasa ada pro dan kontra. Yang menang adalah kebebasan bersuara itu sendiri kerana kedua-dua pihak diberi peluang berhujah, walaupun sekadar dongeng politik yang kaya dengan sentimen, tohmahan dan sindiran. Tentunya selepas ini diharapkan debat membabitkan tokoh lain diadakan, termasuk pimpinan utama Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat! - Berita Harian, 21 Februari 2012

No comments:
Post a Comment