Media maya alat ideologi jatuhkan pemimpin
ERA pasca Perang Dingin semakin membuktikan serangan tentera, kereta perisai, jet pejuang dan maritim semakin berganti perang siber. Malaysia tidak terkecuali menerima kesannya bermula malam 16 Jun lalu apabila laman web dengan domain.gov.my diserang menyebabkan sekurang-kurang 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza.
Serangan itu disyaki membabitkan pihak tertentu di Malaysia sebelum sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka ‘Anonymous’ menyerang portal kerajaan www.malaysia.gov.my melalui ‘Operation Malaysia’.
‘Anonymous’ boleh disifatkan sebagai sebuah organisasi tersusun dan disertai ramai penggodam yang memiliki kepakaran teknologi maklumat. Malaysia negara terbaru yang menjadi mangsa godam siber selepas laman web MasterCard dan Paypal kerana menghentikan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks. Mereka juga pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, melahirkan rasa kekecewaannya apabila tindakan kerajaan membanteras jenayah siber menerima reaksi negatif. Mengulas ancaman sesetengah pihak yang menggodam laman web kerajaan berikutan tindakan menyekat 10 laman web perkongsian fail, Rais berkata, penggodam menjadikan pihak yang salah sebagai sasaran mereka. Antara laman web kerajaan yang tidak dapat dilayari termasuk SabahTourism.com, ASEAN connect, Jabatan Bomba, Perbendaharaan Malaysia, Parlimen Malaysia, JobsMalaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Majlis Sukan Negara. Beberapa pelayar yang merakamkan laman web kerajaan yang digodam berkata, kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman berkenaan.
Isu serangan siber bukan perkara baru. China dan India pernah menjadi mangsa serangan maya gara-gara penapisan internet yang dianggap menyekat hak asasi manusia. Kerajaan China memperkenalkan ‘Green Dam’ ketika kebangkitan prodemokrasi di Beijing.
Negara komunis itu tidak mahu penyaluran maklumat yang bebas bakal meruntuhkan Revolusi Kebudayaan yang digerakkan oleh Mao Tse Tung empat dekad sebelumnya. Membenarkan kebebasan media seperti mengundang kehancuran sesebuah sistem yang dianuti sebelumnya. Akibatnya, serangan siber menyebabkan beberapa web agensi pentingnya digodam pihak tertentu.
Ketika gerakan prodemokrasi meledak di Tunisia, Mesir dan Libya, pihak berkuasa menapis siaran internet menyebabkan banyak media maya yang antikerajaan disekat. Tindak balas daripada penggodam antarabangsa sudah diduga. Sebelum presiden Tunisia dan Mesir meninggalkan ‘takhta’ mereka, pejuang media siber merayakan kemenangan kerana media baru berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat. Sebelum tentera Amerika Syarikat dan Nato (Pakatan Atlantik Utara) mengganyang Libya, perang siber sudah lama bermula.
Bagi kebanyakan pemimpin dunia ketiga dan Arab, kebebasan maklumat sesuatu yang tabu dan boleh menjejaskan kekuasaan mereka. Media baru sering dicurigakan dan penapisan maklumat sering berlaku. Rakyat dinafikan hak untuk mendapat maklumat bebas. Mesir yang mempunyai Universiti al-Azhar yang terunggul di dunia Islam, hanya mempunyai rakyat celik internet 13 peratus. Rakyat dinafikan maklumat bebas, menyebabkan gelora mereka menjadi tentangan terbuka.
Malaysia pula boleh dianggap negara yang sederhana dari segi capaian internet. Kerajaan memberi kebebasan bermaklumat, namun beberapa web disekat bagi mengelak unsur penciplakan dan isu hak cipta. Ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan Koridor Raya Multimedia, kerajaan menyediakan ‘Bill of Guarantees’, yang memberi jaminan kebebasan internet dan bermaklumat seperti dimiliki negara maju yang lain.
Jika sejarah mencatat peperangan zaman lampau membabitkan laskar dan kelengkapan senjata yang canggih, dunia maya sudah menjadi senjata baru yang lebih menggerunkan. Hak peribadi semakin terhakis oleh serangan siber. Akaun wang, data profil, status perkahwinan dan isu seks sudah menjadi kelaziman yang menakutkan.
Peribadi seseorang mudah terdedah di dunia maya. Pelukan di kamar tidur sudah menjadi bacaan umum seperti dialami bintang golf, Tiger Wood. Keterlanjuran Bill Clinton dan pembantu Rumah Puteh menjadi adegan sejagat. Akhirnya, dunia siber menjadi paparan umum yang cukup ghairah. Ia bukan sekadar mendedahkan harta Hosni Mubarak sebelum tumbang, juga membuktikan siber menjadi saluran ideologi yang memaksa pihak lain menerima seadanya.
Apa yang berlaku di Malaysia mungkin serangan permulaan yang bakal menyusul serangan siber yang lebih dahsyat pada masa depan. Ia tidak mudah dikalahkan apabila segelintir di kalangan kita juga menjadi sekutu Barat untuk menjayakan hasrat mereka. Akhirnya, teknologi maklumat kekal sebagai senjata yang dwipenggunaan. Baik atau buruk, terpulang kepada kita untuk memaknakannya. - Berita Harian, 20 Jun 2011
Monday, June 20, 2011
Sunday, June 12, 2011
Politik Islam, rasuah pun Islam
SEORANG lelaki yang dipercayai bertaraf wali pernah dipilih bertanding dalam Pilihan Raya Umum di kawasan Parlimen Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah. Lelaki itu dipilih semata-mata kerana kewaliannya. Dia juga diyakini tokoh sesuai untuk menewaskan kerabat diraja Kelantan yang ketika itu menjawat Menteri Kewangan dan Naib Presiden UMNO.
Ketika kempen pilihan raya sedang rancak, bertebaran berita kononnya pagar rumah Tengku Razaleigh di Palm Manor, Kota Bharu retak kerana sumpahan ‘tok wali’. Ada juga yang mendakwa Tengku Razaleigh sakit tenat kerana sumpahan keramat. Bertanding pilihan raya apatah lagi menentang seorang yang bertaraf wali dianggap ‘dosa’ kerana menjejaskan perjuangan Islam.
Sebaik keputusan pilihan raya yang memihak kepada Tengku Razaleigh, dongengan wali tidak mudah lenyap begitu saja. Imej agama yang dipromosikan oleh parti yang diwakili wali itu menyebabkan ramai yang percaya nilai Islam yang diperjuangkan. Tidak sedikit juga yang mempercayai perjuangan agama di Malaysia masih kalut kerana pentadbiran Pusat diwakili oleh parti sekular nasionalis, atau lebih lunak disebut golongan asabiyyah.
Keadaan lebih parah apabila seseorang dianggap bertaraf ulama mengeluarkan fatwa mengharamkan perjuangan nasionalis dan melarang umat Islam memakan binatang sembelihan mereka. Amanatnya menjadi keributan masyarakat kerana penegasannya untuk melaksanakan hukum hudud jika mentadbir negara.
Kekalutan dan polemik berdasarkan pandangan sempit terhadap agama bertele-tele dalam masyarakat Melayu, khususnya di Kelantan dan Terengganu. Isu sembahyang dua imam dan pulau memulau menjadi kelaziman di kawasan luar bandar.
Masyarakat sukar membezakan antara ulama dan golongan yang memperdagangkan agama untuk kepentingan siasah dan periuk nasi. Memang ada tokoh ulama terbabit dalam politik kepartian, tetapi mereka tetap dilihat sebagai ahli politik dan agama dipergunakan untuk mencapai tujuan siasah yang tidak berkesudahan. Justeru, kenyataan dan cara bertindak mereka dilihat sebagai tindakan ahli politik, walaupun pada masa sama mereka juga ulama dan mengajar agama dan berdakwah.
Pada hari ini, sesiapa saja amat mudah menjadi ulama atau ustaz. Memadai saja menyertai gerakan siasah yang berlandaskan Islam, seseorang sudah dianggap alim dan menjadi selebriti di pentas ceramah. Mereka boleh berhujah menggunakan ayat Quran dan hadis untuk menghalalkan perjuangan siasah, tetapi pada masa sama memberi pendapat yang sesuai dengan keperluan peribadi. Jika pada suatu ketika mereka boleh mendakwa mahu menegakkan negara Islam, pada masa lain pula perjuangan bertukar kepada negara berkebajikan, semata-mata kerana muafakatan rapuh sesama sendiri.
Agama menjadi alat peribadi amat ketara pada masa ini. Bukan saja ahli politik yang mempergunakan hukum untuk meraih undi, juga masyarakat awam. Ada individu yang dikaitkan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa, mengumumkan pada sidang media untuk ke Makkah dan Madinah kerana mengerjakan umrah. Semiotik yang dibawanya adalah mudah. Dia seorang alim, ke Tanah Suci dan dikenali ramai. Mustahil untuk salah guna kuasa, apatah lagi rasuah!
Peniaga pula tidak kalah mempergunakan Islam untuk melariskan jualan. Ada restoran yang diragui keislamannya meletakkan ayat Quran dan ungkapan Allah di belakang kaunter semata-mata membawa imej halal dan suci. Agama sudah menjadi tanda baca yang amat melunakkan. Imej halal digunakan sebagai strategi melariskan jualan.
Ada juga pen, telefon bimbit dan jam yang mengalunkan seruan azan dan bacaan al-Fatihah. Tanda dan maknanya amat mudah dibaca — menggambarkan imej Islam untuk melariskan jualan. Tidak terkecuali juga pakej umrah murah dan tabung anak yatim diselewengkan semata-mata kepentingan peribadi.
Pada hari ini agama sudah menjadi keperluan utama untuk mencapai hajat dan tujuan. Bukan saja ahli politik yang memperdagangkan nama Allah dan hudud untuk berkuasa, juga peniaga dan tertuduh rasuah juga tidak terkecuali membawa imej alim. Ketayap, jubah dan tasbih memberi tanda makna yang amat menarik. Sesiapa saja boleh berlakon baik di khalayak kerana masyarakat adakalanya lebih menghargai penonjolan imej luaran, bukan kerana kejernihan akal budi.
Jika keadaan ini terus berlanjutan, krisis dan kemelut dalam masyarakat Melayu tidak akan mudah berakhir. Slogan politik dan helah peniaga cenderung memerangkap orang ramai menjadi penonton setia. Kita masih belum merdeka minda dan masih terperangkap dengan lakonan golongan yang memperdagangkan agama untuk mencapai cita-cita siasah dan ekonomi. Keadaan berlanjutan dan agenda Melayu serta Islam menjadi mainan lunak yang tidak berkesudahan. - Berita Harian, 14 Jun 2011

Monday, June 06, 2011
Gomo Klate Gomo: PAS atau UMNO...
![]() |
RAKYAT Kelantan teruja dengan pasukan bola sepaknya. Mereka fanatik, seperti juga fanatiknya penyokong UMNO dan PAS. |
HAMPIR menjadi simbol baru di Kelantan ketika ini – kemeja T imej jersi pasukan bola sepak negeri – The Red Warriors – bertebaran di merata tempat seolah-olah menjadi pakaian rasmi di Tanah Sekebun Bunga.
Di mana-mana saja berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang, kita boleh melihat ramai yang memakai kemeja T warna merah. Bukan saja kanak-kanak dan remaja, kalangan dewasa termasuk wanita juga memakai baju tersebut di kawasan awam seolah-olah bola sepak menjadi permainan budaya dan cara hidup di negeri Pantai Timur itu. Penonjolan imej yang luar biasa ini ekoran kejayaan Kelantan memenangi Piala Malaysia pada 2010 selepas kalah pada pertandingan akhir 2009 kepada Negeri Sembilan.
Peningkatan mendadak pasukan bola sepak negeri memberikan sistem tanda yang luar biasa untuk dihuraikan. Sebuah negeri yang dikatakan mundur, diterajui oleh sebuah kerajaan yang bertentangan dengan pentadbiran Pusat selama 21 tahun, serta cara hidup dan pola berfikir berbeza dengan Melayu negeri lain, rakyat Kelantan seakan memberi isyarat dan makna kehadiran mereka yang terus unik untuk dianalisis.
Jika sebelum ini lambang PAS dan Barisan Nasional yang diterajui UMNO banyak bertebaran di merata tempat walaupun bukan musim pilihan raya, kini kemeja T lambang pasukan The Red Warrios dipakai di merata tempat hatta di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur sehingglah ke majlis kahwin. Di mana-mana saja orang bercakap isu bola. Malah, ada kenalan yang sanggup menempah tiket penerbangan ke mana saja skuad negeri bermain di luar Kelantan dan pulang semula ke Kota Bharu pada malam yang sama, semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan pilihan mereka. Ada juga ahli PAS dan UMNO saling 'membelanjakan rakan' membeli tiket setiap kali perlawanan di Kota Bharu. Tidak terkecuali juga 'kerjasama' menempah tiket bas jika perlawanan di gelanggang lawan.
Setiap perlakuan dan penonjolan imej menterjemahkan sistem tanda yang tersendiri. Kajian John Locke pada abad ke-17 amat jelas menghuraikan doktrin perlambangan yang wujud betapa setiap ungkapan dan penulisan mempunyai isyarat tersendiri. Ilmu perlambangan turut mendapat reaksi baik daripada ahli linguistik Eropah, Ferdinand de Saussure dan ahli falsafah Amerika pada abad ke -19, Charles Sander Pierce yang mengakui tingkah laku dan warna juga boleh memberi isyarat tertentu. Setiap tulisan, perlakuan, curahan emosi dan disiplin kehidupan yang wujud mempunyai makna dan pesan tersendiri. Ia hidup sesuai dengan cara berfikir dan budaya masyarakat setempat.
Dalam konteks makna setempat, The Red Warrios bukan sekadar imej dan sistem tanda pasukan bola sepak, juga lambang penyatuan penduduk yang menafikan seketika kemelut politik dua parti dominan Melayu—PAS dan UMNO. Kedua-dua parti bersaing hangat sejak awal merdeka untuk merebut hati pengundi Melayu. PAS yang membawa imej Islam dan UMNO yang dianggap nasionalis masing-masing pernah diberi peluang mentadbir Kelantan. UMNO mentadbir Kelantan sejak 1978 hingga 1990 apabila pimpinan PAS ketika itu dikaitkan dengan isu balak dan rasuah yang akhirnya mencetuskan rusuhan antikumpulan 20 pimpinan Tan Sri Asri Muda pada 1977. Apabila MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) dikuatkuasakan dan pentadbiran negeri digantung, PAS tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menang dua kerusi pada Pilihan Raya Khas 1978.
Bagaimanapun persaingan politik UMNO-PAS berterusan kerana kedua-dua parti mempunyai kekuatan seimbang. PAS atau UMNO tidak pernah hilang wang pertaruhan di Kelantan kerana mempunyai imej tersendiri di mata rakyat Kelantan. Majlis ceramah, kempen pilihan raya dan perang poster memberikan sistem tanda yang unik. Kedua-dua pihak saling bersaing walaupun Kelantan berjaya ditadbir semula PAS sejak Pilihan Raya Umum 1990.
Ketika ini UMNO dan Barisan Nasional diangap alternatif untuk mentadbir semula Kelantan jika pilihan raya diadakan pada masa terdekat. Seorang pengkaji politik menganalisis kecenderungan pengundi yang mahukan perubahan tetapi pada masa sama, faktor Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak boleh diketepikan. Imej ulama masih membayangi sebahagian besar generasi dewasa Kelantan dan Barisan Nasional mempunyai peluang jika Nik Aziz umum bersara dalam kegiatan siasah.
Ketika kemelut dan persaingan politik tidak pernah reda, kehadiran The Red Warrios melekakan sengketa buat sementara waktu. Imej merah, keceriaan dan bersorak di Stadium Sultan Muhamad ke-1V membuktikan kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk kepentingan pasukan negeri. Mungkinkah bola sepak menjadi penjalin UMNO dan PAS di Kelantan? Hanya masa yang bakal menjawabnya! - Berita Harian, 7 Jun 2011
Tuesday, May 31, 2011
OKU masih di lorong yang sama
KETIKA Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan Tahun Antarabangsa Orang Cacat (TAOC) pada 1981, Malaysia juga tidak terkecuali merayakannya selaras gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelaras dan menghargai sumbangan golongan kelainan upaya (OKU) di sesebuah negara.
Banyak majlis sudah diadakan sejak 30 tahun lampau. Banyak juga istilah yang diguna pakai – orang cacat, golongan istimewa, orang kurang upaya dan kini orang kelainan upaya. Namun sehingga kini, nasib OKU tidak banyak berubah. Kira-kira 90 peratus daripada OKU mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Angka ini mengesahkan mereka di antara golongan berpendapatan rendah, walaupun kononnya pelbagai projek perihatin sudah dilakukan oleh kerajaan.
WHO mengandaikan 10 peratus daripada penduduk sesebuah negara terdiri daripada OKU. Ini bermakna 2.7 juta rakyat Malaysia mempunyai pelbagai kecacatan, walaupun hanya segelintir yang mendaftarkan diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Peranan kementerian dan jabatan yang diharapkan membantu golongan malang tidak banyak berubah sejak 30 tahun lalu. Seorang OKU mengadu pelbagai kerenah birokrasi apabila bertemu pegawai JKM di Lembah Klang. Dia bukan saja sukar memperbarui kad OKU yang sudah lusuh, bahkan berdepan pelbagai pegawai yang sentiasa sibuk dan tidak sempat melayani, apatah lagi menyelesaikan masalah OKU.
Banyak juga OKU yang mengadu pegawai JKM ‘tiada di pejabat’ walaupun pada tarikh temu janji ditetapkan. Sikap segelintir pegawai JKM boleh menjejaskan usaha kerajaan yang berjanji mempertingkatkan semua prasarana bagi keperluan OKU selaras usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.
Bagi kebanyakan OKU, memadai kerajaan dan korporat memberi peluang untuk mereka berjaya dalam kehidupan, bukannya sekadar simpati dan wang ihsan. Ramai OKU yang berkelayakan wajar diberi peluang untuk berkhidmat di sektor awam dan swasta. Mereka juga mengharapkan peluang pendidikan dan latihan supaya dapat berperanan memajukan sektor ekonomi dan sosial.
Malangnya minda dunia ketiga yang masih tersisa, menyebabkan ramai OKU yang kurang pendedahan akhirnya mereka kekal dengan status tradisional yang sentiasa memerlukan pembelaan dan sumbangan pelbagai pihak.
Ramai juga OKU yang mengeluh mengenai kualiti pengangkutan awam yang kurang mesra kepada pengguna cacat. Mereka berharap kerajaan bertindak tegas, selaras janji dilafazkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memberi jaminan kerajaan akan menaik taraf kemudahan pengangkutan awam seperti stesen transit aliran ringan (LRT), stesen bas dan komuter agar lebih mesra OKU.
“Kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mempastikan perancangan tersebut berjalan lancar. Kementerian Pengangkutan akan menyediakan prasarana terutama pengangkutan awam untuk OKU bagi memastikan keselesaan mereka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya (OKU), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Majlis yang ditubuhkan di bawah Akta OKU itu dianggotai beberapa kementerian bertujuan menentukan dasar untuk membantu golongan berkenaan. Sehingga kini, bilangan OKU yang berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah 325,189 orang berbanding 283,512 tahun lalu.
Shahrizat berkata, dalam memastikan masa depan golongan tersebut terjamin, pihaknya akan mewujudkan pasukan khas bagi meneliti secara terperinci isu yang menjadi halangan kepada kemajuan pendidikan khas dan intervensi awal yang akan diketuai Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.
Beliau akan mengesyorkan kepada Kementerian Pelajaran langkah positif yang boleh diambil untuk membantu meningkatkan keupayaan golongan OKU bermula di bangku sekolah. Kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan lebih ramai OKU diserapkan dalam alam pekerjaan memandangkan ada dalam kalangan mereka yang mempunyai potensi dan kelayakan akademik.
"Bagaimanapun cabaran paling getir adalah untuk mengubah pemikiran majikan, keluarga dan OKU itu sendiri supaya lebih positif terhadap potensi mereka," katanya.
Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengangkutan, Mustapha Zainuddin, berkata pihaknya akan mengeluarkan pelekat yang mempunyai nombor siri sebagai pengenalan kepada kenderaan OKU bermula pertengahan Jun selain garis panduan reka bentuk bas yang lebih mesra OKU. Kini 100 bas dinaik taraf, selain 12 stesen komuter dan lima stesen LRT di sekitar Lembah Klang.
Jika perancangan kerajaan terlaksana, kualiti kehidupan OKU dijangka berubah selaras era tranformasi ekonomi dan pentadbiran yang sentiasa mendahulukan rakyat. Soalnya, sejauh mana pelaksana dasar kerajaan mampu melaksanakannya? Selama 30 tahun, nasib OKU tidak banyak berubah kecuali sedikit pesta setiap kali menyambut slogan propaganda masyarakat penyayang. Apakah OKU memerlukan 30 tahun lagi untuk keluar daripada kepompong kedaifan? Persoalan yang perlu direnungkan bersama! - Berita Harian, 31 Mei 2011

Wednesday, May 25, 2011
Seniman jalanan terpinggir dalam kemodenan
JALAN Braga di pusat kota Bandung, Indonesia dihubungkan dengan Jalan Asia Afrika, yang menjadi lokasi Persidangan Negara Berkecuali pada 1955. Kawasan ini dipenuhi bangunan lama kesan penjajahan Belanda. Ada pusat beli-belah ternama, namun yang menarik adalah karya lukisan di kaki lima bangunan. Sepanjang 250 meter, lukisan disandarkan pada bangunan tinggalan kolonial untuk tatapan pelancong. Pelukis bebas menjaja hasil karya dan pelancong bebas menawarkan harga yang sepatutnya. Ada juga seniman jalanan menyelinap antara lampu isyarat dan simpang siur kehidupan. Nyanyian, petikan gitar dan tiupan harmonika menggambarkan suara dalaman insan seni yang bebas berinteraksi dengan alam dan pengunjung.
Di Bali pula, alunan seruling dan gendang purba menghiasi sepanjang perjalanan ke Ubud dan Kitamani. Rentak Barong dan Kecak di Tanah Lot sering menggugah jiwa pengunjung. Gemersik biola di Pantai Kuta dan gemalai tarian Bali mengingatkan kita betapa mereka menghargai seniman tempatan.
Di Thailand pula, seniman jalanan bukan sekadar pemuzik dan pelukis, juga pertunjukan gajah dan sihir di pinggir kota Phuket dan Yala. Alunan gemalai Rambong sering mengingatkan kita kepada tradisi Negara Gajah Putih yang masih setia dengan karya rakyat.
Berbeza Malaysia, negara lain amat menghargai karya seni dan seniman jalanan mempunyai ruang untuk menyerlahkan bakat mereka. Malaysia mungkin mencapai taraf negara maju pada 2020, tetapi belum tentu kita mencapai kemajuan dari segi mengiktiraf hasil seni ke tahap global. Kita terlalu banyak bercakap soal transformasi ekonomi dan kemelut siasah. Tapi kita sering lupa untuk menyediakan ruang untuk seniman berkarya, berinteraksi dengan penikmat dan menjadikan hasil seni dan budaya sebagai khazanah negara.
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tidak mencatat nama Malaysia dalam senarai negara yang menghargai karya seni. Berbanding jiran terdekat seperti Indonesia dan Thailand, kita terlalu mundur untuk menghargai seniman sebagai harta negara. Kita jangan bandingkan dengan Boston di Amerika Syarikat dan Copenghagen, Denmark yang membiarkan seniman bebas berkarya 24 jam di jalan utama. Kita masih kalah dengan apa yang ada di Filipina dan Vietnam yang membenarkan seniman jalanan berkarya secara santai. Kita mungkin berbangga dengan beberapa pelakon dan penyanyi yang bukan pun bertaraf Asia, tetapi kita sering meminggirkan pelukis, pemuzik tradisional, penggiat teater dan penyair jalanan.
Lebih malang, banyak seniman kita terpinggir daripada perangkaan proses pembangunan ekonomi kerana Malaysia lebih melihat kepada percaturan di bursa saham, projek pembangunan dan pelan transformasi yang tidak berkesudahan. Kita banyak bangunan pencakar langit tapi kita tidak mempunyai ruang untuk seniman kecil berkarya dan mempamer bakat mereka.
Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar pernah menjanjikan Dataran Merdeka sebagai ruang untuk seniman jalanan mempamerkan bakat. Namun selepas 25 tahun berlalu, Dataran Merdeka dan Kuala Lumpur kekal sebagai kota batu yang longlai jiwa penghuninya.
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pernah menegur birokrat yang ‘kurang visi, kurang rasa dan kurang reti’ namun siapakah yang bakal mendengar keluhan seniman kerana pembangunan negara banyak dikaitkan dengan tokoh korporat dan pelaksana siasah yang tentunya mempunyai pengaruh meluas dalam kalangan masyarakat.
Pada dekad 60-an dan 70-an, seniman mempunyai Rumah Anak Alam yang menjadi medan untuk melahirkan karya dan berinteraksi. Rumah Anak Alam juga membentuk kesepakatan jiwa dalam kalangan seniman. Sasterawan Negara Datuk Usman Awang, Dr Siti Zainon Ismail, A Ghafar Ibrahim, Dr Ibrahim Ghafar, Khalid Salleh, Pyanhabib, Abdul Aziz HM dan Ladin Nuawi menempuh pengalaman kreatif di Rumah Anak Alam. Mior Hashim Manap dan Grup Teater Kreatif juga menjadikan bangunan lama di Jalan Merbok berhampiran Jalan Parlimen untuk latihan teater. Semuanya menjadi sejarah kerana Padang Merbok sudah terlalu sesak dengan pembangunan.
Sekumpulan seniman jalanan termasuk Imuda, Pyanhabib, Ruslan Mamat, Kamarul Yusuf, Sani Sudin, Usop dan Siso mengadakan acara baca puisi di sisi tiang lampu di Pasar Budaya pada awal dekad 80-an. Mereka bergabung tenaga membaca puisi pada hujung minggu. Namun apalah upaya seniman apabila mereka diusir dan disergah oleh penguat kuasa Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur kerana ‘menjejaskan kawasan tumpuan ramai’. Seniman terlalu kecil dan terpinggir di negara ini. Mereka tidak mempunyai upaya untuk melawan kerenah pentadbir yang menganggap kegiatan seni sebagai tidak bermanfaat.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ketika beroperasi di bangunan lama menyediakan Sudut Penulis untuk seniman berbincang, baca puisi, bersantai dan membedah karya. Namun zaman berubah. Pembinaan bangunan baru turut menyediakan jiwa baru dalam kalangan pentadbirnya. Sudut Penulis tidak wujud lagi. Sasterawan seperti Usman Awang, Datuk Johan Jaaffar, Datuk Baha Zain, A Rahim Abdullah, Sutung Umar RS, Dr Ahmad Razali, Sasterawan Negara Datuk Kemala, Suhaimi Haji Muhammad, Maarof Saad, Jaafar HS, Shamsudin Jaafar dan Zakaria Ariffin sudah lama meninggalkan DBP. Yang ada kini hanyalah pegawai dan pentadbir baru yang tidak mempunyai latar belakang seni. Justeru, DBP semakin formal dan birokratis. Seniman kecil dan terpinggir semakin tidak selesa ke Menara DBP kerana suasananya sudah berbeza. Udaranya tidak seni lagi. Sasteranya sudah milik segelintir golongan. Dan seperti laporan UNESCO, Malaysia semakin kekal sebagai negara yang segan mendekati seniman sendiri! - Berita Harian, 25 Mei 2011

Wednesday, May 11, 2011
Kemala dan maruah sasterawan
“SAYA tidak duga terpilih Sasterawan Negara ke-11,” tuturnya lembut. “Saya jangka penulis wanita terpilih kerana media terutama Berita Harian agak kerap menonjolkan penulis wanita yang dikatakan layak menerima anugerah itu.” Dia tergelak seketika dan menyambung: “Syukur!”
Panel memilih Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang dikenali dengan nama penanya, Kemala sebagai Sasterawan Negara kerana sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi. Beliau akan menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan meluas ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.
Ketika ditanya perasaannya, Kemala sekadar tergelak: “Perasaan orang lama. Orang yang sudah lama menyepi diri dan saya tidak duga kalangan penyair masih mendapat perhatian panel. Sebelum ini hanya Datuk Usman Awang dan Prof Dr Muhammad Haji Salleh yang terpilih. Lazimnya panel lebih melihat kepada novelis sebagai pemenang!”
Kemala mengharapkan karya tempatan dimartabatkan sebagai khazanah negara. Hari ini banyak hasil sasterawan terabai dan jika dibincang pun, sekadar pada majlis tertentu yang kesannya tidak seberapa. Mengenai wang yang bakal diterimanya, Kemala spontan menjawab: “Saya akan beramal, menyimpan untuk bekalan masa depan, bersedekah dan belanja anda makan!”
Kemala yang kita kenali tidak banyak bezanya sejak dahulu. Mempunyai perawakan serius, tegas pendirian dan ada masanya sinis serta boleh bergurau secara spontan. Puisinya dikaitkan dengan unsur Islam dan kemanusiaan sejak dekad 60-an. Banyak diterjemahkan ke bahasa asing seperti Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.
Judul puisi perseorangan Timbang Terima (1970), Meditasi (1972), Era (1975), Kaktuskaktus (1976), A’yn (1983), Pelabuhan Putih (1989), Titir Zikir (1995), MIM (1999), Ziarah Tanah Kudup (2006), Syurga ke Sembilan (2009) dan Sumsum Bulan Rawan yang akan segera terbit. Puisinya juga termuat sekurang-kurangnya dalam 25 antologi. Kumpulan cerpen perseorangan ialah Anasir (1983), Firuzia, Firuzia (1990) dan Laut Takjub 25 Cerpen Pilihan (2010). Dramanya sebanyak empat buah iaitu Di Bumi Lain (1976), Malam Perhitongan (1966), Anna (1972) dan Kelonsong (1985). Buku kanak-kanak dua buah iaitu Melor, Melur Si Bunga Melur (1974) dan Lani Anak Tani (1977). Jumlah kajian ilmiah dan esei yang dihasilkannya banyak sekali.
Beliau juga mendapat anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antaranya Anugerah SEA Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Kemala adalah pengasas Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986).
Dalam kalangan penulis muda, Kemala dianggap sebagai mentor yang tidak jemu mengasuh bakat baru. Beliau sering memberi bimbingan yang baik. Kami mulai akrab pada Jun 1986 apabila dua sajak saya disiarkan dalam Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat. Kemala pernah bertanya kepada penyair keturunan Siam, Swanlerd Propoul mengenai saya yang ketika itu mula mendapat perhatian media. Sebagai pegawai kanan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kemala memegang amanah untuk menilai karya penulis muda dan menyiarkan di majalah terbitan DBP. Bagi kebanyakan penulis muda, majalah terbitan DBP dianggap lambang pengiktirafan sebagai sasterawan generasi baru.
Hubungan akrab kami mendorong DBP memilih saya sebagai salah seorang pewawancara untuk buku Jambak: Proses Kreatif Pengarang Melayu. Kemala banyak membantu dan memberi garis panduan untuk saya menulis dan mewawancara novelis wartawan Malungun (Amir Hamzah Shamsuddin) dan Yahaya Samah. Kedua-duanya nama yang cukup hebat pada dekad 1960 kerana karya mereka sering menjadi tumpuan sarjana ketika itu.
Bagaimanapun saya agak ralat untuk proses kreatif Sasterawan Negara Datuk Usman Awang kerana projek ini gagal disiapkan membabitkan hubungan tegang antara Usman dan DBP. Ketika peringkat awal, Usman bersetuju untuk menjayakan projek ini dan saya memberitahu Kemala mengenai peruntukan kewangan dan jangka masa menyiapkan projek penulisan. Bagaimanapun media mula menyiarkan kritikan Usman terhadap DBP yang dianggap mengabaikan karya Sasterawan Negara. Usman juga secara sinis membuat kenyataan antara Sasterawan Negara dan sasterawan biasa tiada nilainya di mata ‘tuan besar’ yang menerajui DBP. Keadaan lebih parah apabila DBP pula mengeluarkan statistik perbelanjaan membabitkan Sasterawan Negara ketika itu. Beberapa angka tuntutan perjalanan dan royalti penjualan karya Sasterawan Negara tidak lagi menjadi rahsia umum menyebabkan Usman akhirnya semakin menjauh daripada DBP. Ketika penulis ke rumahnya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Usman sekadar melepaskan keluhan kecil kerana tidak mampu meneruskan wawancara proses kreatif untuk dimuatkan dalam buku Jambak. Dia memberi alasan masalah kesihatan tapi pada wajahnya terserlah perasaan tersinggung yang luar biasa. Saya menghubungi Kemala memberitahu perasaan Usman dan kengganan Sasterawan Negara meneruskan proses kreatif yang dipersetujui sebelum ini. Saya agak resah kerana sudah mengambil sedikit wang DBP sebagai pendahuluan untuk projek yang akhirnya gagal disiapkan!
Kemala pernah ke rumah saya sebaik mengetahui penulis kemalangan jalan raya pada 29 Februari 2004 dan memberi harapan setiap bencana ada rahmatnya. Sebagai seniman besar yang mempunyai persepsi kemanusiaan dan Islamik, Kemala berbisik: “Anda perlu ingat setiap yang berlaku ada hikmahnya. Anda sakit, tapi jangan lupa untuk terus menulis!”
Kami bergabung tenaga untuk menjayakan majlis baca puisi bagi mengisi tabung kemanusiaan mangsa Tsunami Aceh yang dilanda bencana pada 24 Disember 2004. Kami menggerakkan massa dan bersiaran dalam program Selamat Pagi Malaysia di TV1.
Sebagai sasterawan besar yang karyanya dihargai, pemilihan Kemala dalam senarai Sasterawan Negara tidak akan bernilai seandainya kerajaan tidak menyediakan peruntukan khas untuk mendaulatkan karya sastera sebagai khazanah nasional. Karya yang baik perlu didedahkan menerusi dunia penyiaran terutama di kaca TV agar masyarakat tidak terus terjerumus pada hasil seni pinggiran. Kemala, seperti juga Datuk A Samad Said, Datuk Shahnon Ahmad dan sasterawan lain, adalah antara segelintir insan seni yang terus berjuang menulis walaupun suara penulis kian terasing oleh ledakan politik dan kemelut siasah yang tidak berkesudahan sekarang.
“Saya akan terus menulis,” tutur Kemala mengakhiri perbualan. Dia kini sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia. Dia tentunya mengharapkan karya yang baik menjadi santapan zaman selamanya! - Berita Harian, 11 Mei 2011

Monday, May 02, 2011
Buku apa yang rakyat Malaysia baca?
Penerbit utamakan karya picisan ketika kerajaan komited galak rakyat terus membaca
MINAT membaca rakyat Malaysia meningkat sedikit berbanding beberapa tahun sebelumnya. Jika dulu mereka membaca beberapa helai muka surat setahun, kajian terbaru menunjukkan mereka membaca dua buku setahun.
Bagaimanapun data yang dikeluarkan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) amat mengejutkan. Statistik penerbitan menunjukkan penurunan yang mendadak. Pada 2008, sebanyak 16,044 naskhah direkodkan, manakala pada 2009 jumlah penerbitan agak menurun kepada 15,767 naskhah dan 15,756 pada 2010.
Jika minat membaca semakin meningkat dan bahan bacaan yang diterbitkan semakin menurun, apakah mungkin disebabkan pendedahan kepada media baru atau rakyat Malaysia semakin terdedah kepada bahan bacaan dari luar negara?
Persoalan lain yang timbul, apakah bahan bacaan yang paling diminati oleh rakyat Malaysia? Karya serius atau popular? Bacaan ilmiah dan bermutu atau sekadar karya ringan yang tidak banyak membantu pembentukan akhlak generasi Malaysia?
Seperti lazimnya, setiap April dan Mei, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menampilkan ribuan judul untuk pengunjung. Bagaimanapun bahan bacaan yang bagaimana banyak dipamerkan? Bacaan yang bagaimana pula paling menarik minat rakyat Malaysia?
Persoalan karya serius dan karya remeh sering menimbulkan polemik dalam kalangan ahli kaji sosial. Membangunkan sesebuah bangsa dunia ketiga memerlukan karya yang baik kerana tidak mungkin ilmu dan proses pencelikan akal datangnya daripada karya pinggiran. Bagaimanapun ini yang banyak terjadi sekarang. Karya popular -- novel yang ringan isinya serta buku agama yang tidak berlandaskan kepada sandaran akademik menjadi tumpuan ramai.
Kita terlalu mewah dengan novel cinta dan pergolakan remaja berbanding karya besar seperti Hujan Pagi, Salina, Ranjau Sepanjang Jalan dan Interlok. Kita terlalu banyak buku bercerita masalah jin, jimak dan isu Imam Mahadi berbanding karya yang memaparkan asas pemikiran Islam pada era globalisasi. Lebih malang juga kita terlalu ke depan dari segi penerbitan buku politik yang sekadar tohmahan siasah sedangkan masyarakat sepatutnya didedahkan dengan bacaan bermutu yang bakal mengisi minda mereka sepanjang hayat.
Ketika kerajaan sedang komited untuk menggerakkan penerbitan dan menggalakkan rakyat terus membaca, pihak penerbit pula perlu memberi perhatian kepada karya yang lebih berakal. Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan bekerjasama dengan semua pemain industri buku untuk mencapai sasaran penerbitan sekurang-kurangnya 26,000 judul buku setahun.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hasil pengeluaran penulisan perlu digembleng kerana kini hanya 16,000 judul buku diterbitkan setahun.
"Yang penting adalah untuk mendapatkan seberapa ramai penulis dan sudah tentu penerbit juga kerana dengan cara itu hasil karya yang dikeluarkan mendapat sokongan dan bermutu," katanya selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 ke-30.
Beliau memberi jaminan agensi kerajaan yang terbabit akan terus mengeratkan lagi kerjasama dengan sektor swasta di bawah industri buku untuk membuat 'pemetaan' penerbitan bagi mencapai sasaran tersebut.
Penulis buku tempatan kini boleh memohon modal untuk memulakan penerbitan daripada Dana Penulis yang disediakan PNM berjumlah RM2 juta. Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar, berkata dana itu diberikan kepada penulis yang menghasilkan karya seratus peratus.
"Penulis boleh menghantar terbitan mereka kepada PNM, jawatankuasa yang diwujudkan akan menilai buku berpandukan syarat yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata penulis yang layak bakal menerima RM25,000 dan PNM akan membeli serta mengedarkan buku tersebut kepada perpustakaan desa di seluruh negara.
Mengenai Kempen Membaca, beliau berkata sebanyak 8,000 aktiviti membaca setahun diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bagaimanapun bahan bacaan yang dipilih masih menjadi rahsia umum. Membaca tidak semestinya karya yang baik. Justeru, PNM sewajarnya memantau bahan terpilih untuk dibaca pada majlis anjurannya pada masa depan agar semua pihak mendapat manfaat.
Ketika negara kita ghairah berpesta mengenai jualan buku, wajar juga dikaji bahan bacaan yang dicetak rompak daripada luar negara. Banyak buku Hamka terutama Lembaga Budi, Tasauf Moden, Tafsir Azhar, Peribadi dan Kenang-Kenangan Hidup yang diterbit secara meluas dan meragukan.
Ada penulis dari Indonesia yang pernah mempersoalkan isu hak cipta membabitkan karya mereka di Malaysia. Ada yang mendakwa penerbit Malaysia amat mudah ‘mencetak’ wang hasil karya agama dari negara jiran. Isu ini wajar dipantau bagi mempastikan isu hak cipta tidak sampai meledak ketegangan dua negara serumpun. - Berita Harian, 2 Mei 2011
Tuesday, April 26, 2011
Melayu baru, mimpi pun bentuk baru
KESAN langsung kejadian 13 Mei 1969 berjaya melahirkan generasi Melayu baru yang amat mencabar kehidupan tradisional di luar bandar. Jika sebelumnya Melayu ‘selesa’ dengan kehidupan di kampung dan pedalaman, menjelang awal dekad 1970-an, mereka berhijrah secara drastik ke kota besar terutama di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Pengenalan Dasar Ekonomi Baru dan saranan pemilikan ekuiti 30 peratus Bumiputera dalam sektor industri berjaya mengubah persepsi Melayu yang sebelumnya sekadar makan gaji atau bekerja dalam bidang pertanian dan tanah rancangan. Proses perubahan dan penghijrahan berjaya membentuk generasi baru yang mempunyai ciri-ciri pemikiran berbeza dengan orang tua mereka di desa.
Dua karya Melayu yang lahir selepas merdeka berjaya menjadi anjakan yang menggugah pemikiran lama. Buku The Malay Dilemma karya Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1970 mengajak Melayu mengubah sikap dan tidak terus selesa dengan hak istimewa Melayu untuk mencapai kejayaan. Bekas Perdana Menteri juga menyarankan supaya Melayu lebih tekun berusaha dan agama tidak diperalatkan untuk menjadi manusia jumud dan ketinggalan dalam pelbagai sektor. Agama menjadi pedoman kehidupan, bukan meluaskan sengketa sesama insan.
Bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Senu Abul Rahman pula melahirkan idea Revolusi Mental yang menegur bangsa Melayu supaya berubah dari segi cara berfikir tanpa meninggalkan jati diri bangsa. Perubahan sikap menuntut kekuatan ekonomi dan budaya selaras kehidupan bangsa besar di dunia.
Menjelang dekad 1980-an, proses penghijrahan berjaya membentuk penempatan Melayu yang dilengkapi pelbagai prasarana. Peluang pendidikan, pelaburan dan perusahaan berjaya membentuk Melayu baru yang berdaya saing. Ciri-ciri tradisional Melayu secara tanpa sedar mulai terhakis. Budaya muafakat, gotong-royong, perasaan bersama dan ciri-ciri kekeluargaan mula dipersoalkan sesetengah pihak.
Ketika Melayu berdepan cabaran untuk menguasai peluang ekonomi, pelaburan, politik dan pendidikan, mereka juga berdepan krisis identiti untuk mempertahankan jati diri bangsa. Nilai murni yang diwarisi berzaman tercabar dengan ledakan persekitaran baru. Peluang ekonomi yang tercetus hasil Dasar Ekonomi Baru, tidak sedikit melahirkan broker Melayu yang akhirnya selesa sebagai Ali Baba di sektor perusahaan.
Dalam kalangan ahli politik pula, ruang untuk pembelaan bangsa Melayu dijadikan pentas untuk mengekalkan kuasa atau mempergunakan kuasa untuk kepentingan yang lain. Perseteruan antara kelompok siasah menjadikan Melayu baru lebih selesa bergeser daripada mengutamakan kekuatan dalaman seperti yang dimiliki masyarakat terdahulu.
Perbezaan ketara antara Melayu baru dengan kaum Cina ialah cara menanggapi pengikut masing-masing. Kaum Cina sejak 1700 membentuk sistem kongsi untuk menjaga kepentingan kumpulan mereka. Dari sinilah lahirnya istilah ‘kongsi gelap’ apabila ada yang menggunakan cara yang tidak sah untuk meneruskan kehidupan. Pemodal yang berjaya menikmati hasil bumi di Tanah Melayu membantu kaum mereka untuk turut mencapai kejayaan. Isu modal dan peluang pelaburan jarang menjadi rungutan mereka. Berbeza dengan Melayu baru yang mencipta dan mengaut kekayaan untuk diri dan keluarga. Pengikut mereka akan setia sebagai penyokong tanpa banyak peluang untuk mencipta kekayaan ekonomi. Masalah ini terus berlanjutan dan sampai kini pun kita mendengar peniaga Melayu merungut kerana tiada peluang untuk meneruskan perniagaan apatah lagi untuk bersaing bersama bangsa lain.
Pembentukan imej Melayu juga memberi kesan dari segi sosial. Kenduri kahwin dan majlis keraian sudah berbeza dengan masyarakat terdahulu. Penulis menghadiri tiga majlis selang beberapa minggu dengan pelbagai situasi yang cukup unik. Majlis meraikan seorang kenalan yang baru bergelar ‘datuk’ di sebuah hotel amat menarik dicatat. Tetamu bukan saja dijamu dengan hidangan lazat, bahkan ada konsert ‘live band’, baca sajak, selawat, tayangan slaid, pengkisahan peribadi dan cenderamata istimewa. Tetamu istimewa tentunya bergelar Tan Sri yang menguasai sebuah syarikat pelaburan kerajaan. Dalam dua majlis kenduri kahwin di dewan yang cukup agam, tetamu bukan saja mesti membawa kad jemputan, juga diisyaratkan memakai batik dan memastikan jumlah anggota keluarga yang bakal hadir. Penulis juga dimaklumkan majlis turut dihadiri bekas Perdana Menteri dan bakal dirakamkan untuk tayangan stesen televisyen swasta. Turut hadir 16 wakil wilayah dari Indonesia termasuk yang bertaraf bupati (gabenor).
Jika dulu majlis keraian dan kenduri kahwin masyarakat Melayu membabitkan kerjasama penduduk setempat dan terbuka kepada semua pihak untuk menjadi tetamu, keadaan kini sudah jauh berubah. Hak eksklusif pengendali majlis lebih diutamakan dan mereka juga menentukan tetamu yang bakal dijemput. Jika dulu majlis kenduri dimeriahkan oleh suara penanggah, tukang masak, emak andam dan saudara mara, majlis kini sudah bertukar menjadi serius dan formal. Ia semakin kaku dan bisu. Ia juga mungkin sebahagian daripada citra Melayu baru yang semakin kaku dan bisu menanggapi kehidupan moden di kota yang semakin mencabar.
Jika ada yang bertanya kesan 13 Mei kepada sebahagian besar bangsa Melayu, jawapannya ialah Melayu sudah berubah. Bukan saja dari segi ekonomi dan politik, juga cara bermimpi dan bersahabat! - Berita Harian, 26 April 2010

Tuesday, April 19, 2011
Nik Aziz masih kebal
KETIKA tumpuan massa kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 sekarang, PAS pula mempergiatkan kempen dan ceramah politik di Kelantan. Jika sebahagian besar ahli UMNO membantu kempen di Bumi Kenyalang, PAS dengan jentera kerajaan negeri yang sudah 21 tahun mentadbir Kelantan menemui rakyat dan memberi penerangan untuk meneruskan sokongan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dianggap pemimpin contoh.
Dalam strategi peperangan, menyerang hendap musuh yang leka adalah peluang terbaik untuk mencapai kemenangan. PAS mengambil pendekatan yang digunakan Adolf Hitler untuk meranapkan UMNO Kelantan yang masih belum pulih daripada sikap berpuak-puak dan mengutamakan kepentingan kabilah sendiri. PAS menyerang ketika UMNO leka melihat perkembangan politik di Sarawak ketika ini.
Sumber PAS memberitahu, tidak kurang lima ceramah dianjurkan serentak setiap malam di setiap jajahan di Kelantan. Bayangkan betapa aktifnya parti pembangkang itu untuk mempertahankan kekuasaan di Negeri Darulnaim ketika UMNO masih belum serius untuk merampas semula Kelantan yang tewas sejak 1990.
UMNO mungkin sekadar berbangga dengan kempen Gelombang Merah yang didakwa mampu menarik 400,000 pengundi muda menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Harapan besar itu tidak mudah dicapai kerana pola pemikiran pengundi Melayu Kelantan berbeza negeri lain. Cara hidup, sosio-ekonomi dan tradisi pondok mencorakkan perbezaan ketara antara Kelantan dengan negeri lain. Sebahagian besar penduduk Kelantan walaupun didakwa ‘miskin’ tetapi mempunyai latar belakang perniagaan yang luar biasa. Ramai anak Kelantan menguasai syarikat di Kuala Lumpur tetapi memilih Kelantan untuk melunaskan bayaran zakat setiap tahun. Ada juga yang menjadi pegawai kanan kerajaan dan ahli profesional di Lembah Klang tetapi masih prihatin dengan sistem siasah di negeri sendiri.
Ramai perantau Kelantan yang membuat keputusan di peti undi di negeri kelahiran sendiri walaupun sudah bermastautin di tempat lain. Keunikan penduduk Kelantan kurang dikaji oleh pimpinan UMNO negeri sendiri hingga menimbulkan jurang antara pengundi dan penguasa BN peringkat negeri. Kecuaian ini memberi manfaat kepada PAS yang terus mendekati rakyat dengan pelbagai pendekatan menarik.
Ceramah PAS menjadi tumpuan ramai di samping laman web dan media baru yang banyak memberi impak kepada pengundi muda.
Ada pemimpin UMNO Kelantan sekadar berbangga dengan keputusan pilihan raya kecil di Manik Urai pada 2009 dan Galas, tahun lalu yang didakwa memihak kepada BN. Tanggapan ini tidak boleh dijadikan ukuran kerana pilihan raya kecil berbeza pilihan raya umum. Jentera parti dan pelbagai infrastruktur boleh dieksploit pada pilihan raya kecil tetapi mustahil tumpuan diberikan ketika Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dibubarkan.
UMNO Kelantan sudah melancarkan Gelombang Merah yang bertujuan memperkasakan parti di samping mendedah kepincangan pentadbiran Nik Aziz sejak 21 tahun lalu. UMNO memberi fokus isu air, tanah dan masalah generasi muda yang bertele-tele. UMNO juga mendedahkan kepincangan pentadbiran Nik Aziz yang tidak mampu menyelesaikan isu rakyat. Kes salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pentadbiran negeri kurang meyakinkan rakyat kerana sehingga kini tiada pendakwaan di mahkamah.
UMNO juga turut prihatin membantu rakyat miskin di samping menyampaikan bantuan kepada murid cemerlang dalam pelbagai peperiksaan. Bagaimanapun, gerakan ceramah dan aktiviti siasah masih tidak setimpal berbanding kerancakan PAS mendekati rakyat. Program yang baik tanpa tindakan drastik untuk menemui pengundi tidak membawa hasil yang diharapkan. Dalam kalangan ahli UMNO Kelantan sendiri pun masih keliru sejauh mana usaha menawan semula Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadi sasaran utama.
Ramai pengkaji melihat masalah politik Kelantan bukan kerana kekuatan PAS semata-mata, tetapi sukarnya dalam kalangan pimpinan UMNO negeri untuk bekerjasama sesama sendiri. Isu ‘cah keting’ yang berlaku ketika era Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri masih berlaku kepada pimpinan sekarang. Beberapa tokoh negeri yang pernah menjawat tugas menteri tidak lagi aktif menjayakan kempen UMNO Kelantan kerana tidak sealiran dengan pimpinan sekarang. Perseteruan sesama sendiri memberi ruang kepada pembangkang untuk melancarkan serangan kempen yang bertali arus.
PAS akur Nik Aziz tidak kebal di Kelantan, tetapi mereka yakin UMNO belum bersedia merampas pentadbiran negeri disebabkan masalah dalaman yang tidak pernah selesai. Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan sentiasa mengingatkan ahli PAS supaya mempergiatkan kempen dan bersedia menghadapi UMNO.
“Kita tidak boleh pandang enteng, sebab dari sudut sejarahnya pun, PAS pernah perintah Kelantan, tapi kita jatuh, kita tidak kebal. Dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, kita hampir kalah di Manik Urai dan kalah di Galas," katanya kepada portal pembangkang selepas merasmikan program pemukiman kedua bloger PAS dan Pakatan Rakyat anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terpulang kepada ahli UMNO Kelantan sendiri untuk menentukan nasib parti ketika rakyat mengharapkan perubahan siasah yang lebih mencorakkan masa depan mereka. - Berita Harian, 19 April 2011

Monday, April 04, 2011
Karya popular vs karya seni
SEORANG penerbit novel bertaraf karya popular kelihatan bangga ketika menceritakan perusahaannya yang bertambah kukuh. “Kami memilih karya yang baik dan digemari ramai. Kami pilih sasaran pembaca dan menyertai pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Putra kerana mengetahui sasaran pembaca,” tuturnya. Beliau berjaya menerbitkan berbelas novel setahun yang sebahagian besarnya menceritakan isu remaja, cinta terhalang, dilema rumah tangga dan masalah wanita moden.
Dia menyediakan peruntukan besar untuk kos percetakan, pengedaran, pengiklanan dan bayaran royalti kepada penulis yang berjaya mencapai sasaran jualan tertentu. Dia tidak peduli sama ada karya yang diterbitkan bakal dinilai panel Hadiah Sastera Perdana atau tidak.
Yang pasti, selaku penerbit, dia mahu memberi karya kepada sasarannya dan yakin dapat mencatat keuntungan daripada setiap hasil penerbitannya. Dia tidak pedulikan pengiktirafan panel sastera kerana yang penting karya sampai kepada sasaran.
Di mana saja, isu karya popular atau serius sering bertele-tele. Penulis atau sasterawan sentiasa menjaga kualiti karya dan tidak terjebak melahirkan karya murahan atau popular.
Risikonya amat besar apabila karya serius dan seni sentiasa hilang khalayak kerana cita rasa sebahagian besar rakyat Malaysia adalah membaca karya popular yang boleh ditelaah dalam masa beberapa jam saja.
Seorang teman yang komited melahirkan karya serius dan bermutu akhirnya terpaksa mengalah kerana karyanya terpaksa dijadikan ‘hadiah’ kepada rakan kerana tidak mencatat jualan sepatutnya. Bekas Ahli Parlimen DAP kawasan Menglembu, Fan Yew Teng (mendiang) terpaksa mengalah dan kembali ke arena politik menjelang saat kematiannya kerana tidak dapat melariskan jualan karyanya. Fan juga menjadi panel penulis beberapa majalah antarabangsa bagi melahirkan pandangannya kerana mustahil media tempatan menyiarkan idea di luar pemikiran perdana.
Sepanjang suku pertama tahun ini, ada dua buku yang menjadi tumpuan khalayak tempatan. Karya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul A DOCTOR IN THE HOUSE: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad dilancarkan dan dijual pada 8 Mac lalu.
Karya berharga RM100 senaskhah menjadi bualan umum kerana beberapa isu politik yang dipaparkan sepanjang 22 tahun perkhidmatannya menimbulkan polemik tersendiri. Pro dan kontra isu yang dipaparkan menjadi wacana menarik untuk pengkaji sejarah politik menilai isu siasah dari pendekatan bekas Presiden UMNO itu sendiri.
Bekas wartawan dan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau dikenali Zam menghasilkan Hari Itu Sudah Berlalu yang menceritakan pengalaman pengamal media dalam situasi siasah negara.
Beberapa isu dalaman seperti kejadian menjelang pengharaman UMNO pada 1988 dicatat dengan rapi menerusi perspektif insan di bilik berita. Zam juga mengukir latar konfrontasi Malaysia dan Indonesia serta adegan lucu pertemuan Tunku Abdul Rahman Putra dengan Sukarno di Manila bagi menamatkan krisis dua negara berjiran. Karya memoir kewartawanan ini diadun bersama nota kaki dan fakta yang boleh dipertanggungjawabkan. Pengalaman peribadinya bermanfaat untuk pengamal media dan sarjana politik membuat kajian implisit.
Bagaimanapun isu karya serius dan boleh dipertanggungjawabkan bukan sekadar penerbitan. Apakah ia bakal dibeli dan ditelaah masyarakat?
Jika karya baik tidak laris di pasaran, apakah ada penerbit sanggup berisiko menerbitkan karya sedemikian?
Menyedari hakikat ini mendorong kerajaan memperuntukkan RM2 juta tahun ini bagi membeli secara terus karya dan buku yang ditulis oleh penulis serta membantu mengedarkan karya mereka ke perpustakaan seluruh negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yakin menerusi cara itu peranan orang tengah yang bertanggungjawab mengedar buku dapat dielak, seterusnya membantu penulis menikmati pendapatan lebih baik.
“Kebanyakan penulis kita tidak boleh hidup dengan menulis sebab orang tengah main peranan dan mengambil komisyen lebih. Sebab itu kerajaan membuat perancangan semula dengan kita beli terus buku dan edarkan kepada perpustakaan desa dan dengan cara ini kita dapat menggalakkan penulisan buku dan pada masa yang sama menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat,” katanya selepas merasmikan program Mari Membaca 1Malaysia bersama Ikon Membaca yang juga pelakon Datuk Michelle Yeoh di Perpustakaan Negara Malaysia baru-baru ini. - Berita Harian, 4 April 2011

Tuesday, March 29, 2011
Perang media baru sebar pengaruh Zionis
KETIKA tentera Pakatan Atlantik Utara (NATO) sedang rakus mengganyang bumi Libya dengan alasan untuk menamatkan keganasan Muammar Gaddafi terhadap rakyatnya sendiri, media antarabangsa melaporkan kewajaran tindakan Barat untuk mengelak pertumpahan darah berlanjutan di tanduk Afrika.
Media melaporkan Barat bertindak tepat kerana memenuhi aspirasi rakyat Libya sendiri yang mahukan kebebasan dan hak demokrasi. Sejak Disember lalu, pergolakan politik di Tunisia dan Mesir dikaitkan sebagai ruang untuk menghidupkan demokrasi di Asia Barat dan Afrika Utara.
Pentadbiran negara Arab yang dikaitkan sebagai pimpinan Islam dituduh punca pembunuhan dan penindasan berterusan. Walaupun tidak dikaitkan Islam dengan keganasan, kita dapat memahami tindak- tanduk media Barat terhadap Islam. Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush pernah melafazkan perang menentang keganasan berpusat di Asia Barat. Media pula mengaitkan Islam sebagai punca keganasan sejagat. Islam dikaitkan sebagai antidemokrasi dan mengabaikan hak kemanusiaan.
Hari ini, peperangan bentuk baru sedang menular di seluruh dunia. Sejak zaman prasejarah dan Perang Salib, peperangan dikaitkan dengan kelengkapan senjata dan disipilin ketenteraan. Tsun Zu dalam bukunya The Art Of War menggariskan strategi perang adalah dasar perniagaan terbaik.
Hari ini, strategi perang berpusat kepada kemudahan teknologi maklumat dan media baru. Jika Perang Dunia Pertama dan Kedua dikaitkan dengan persenjataan dan ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, perkembangan yang berlaku pasca Perang Dingin adalah sebaliknya. Ledakan teknologi maklumat dan media baru memudahkan serangan bentuk baru kerana dunia kini sudah kehilangan sempadan siasah. Perang bentuk baru adalah strategi perniagaan terbaik masa kini. Ia juga penentu penguasaan konsensi ekonomi dan perdagangan sejagat. Kepentingan zionis menjadi keutamaan kerana kebanyakan media ternama dunia dikuasai oleh Yahudi.
Serangan terhadap sesebuah negara lazimnya bermula menerusi maya. Internet, media massa dan kemudahan komunikasi memungkinkan perang bentuk baru yang sukar dikawal. Sebelum Hosni Mubarak tersingkir di Mesir, media baru sudah mendedahkan pelbagai skandal kewangan dan rasuah membabitkan Mubarak, wanita pertama dan pembantu kanannya. Internet, blog, facebook dan twitter mendedahkan skandal Presiden Mesir dan sikap buruknya terhadap perjuangan bangsa Palestin di Gaza.
Sebaik saja Mubarak tersungkur, kuasa besar dunia cepat menghantar menteri kanan ke Kaherah bagi menjamin kepentingan Barat berterusan. Pengasas WikiLeaks , Julian Assange pernah mendedahkan kepentingan Amerika Syarikat di negara Arab, terutama bagi mempastikan Israel kekal teguh tanpa diganggu oleh mana-mana tokoh Arab seperti Gaddafi, Saddam Hussien dan Hafiz Al-Assad.
Nama besar Yahudi dalam dunia penyiaran pernah dan sedang menggerakkan media antarabangsa. Tentunya kelibat Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times) pernah mempengaruhi kita dengan laporan yang mendebarkan. Merekalah yang menguasai pandangan dunia dan mencorakkan pemikiran sejagat. Suara Yahudi sentiasa berada di segenap pelosok dengan pelbagai drama dan intrignya. Merekalah yang yang tanpa sedar mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak. Gerakan reformasi yang berlaku di Asia Tenggara pada 1998 banyak dipengaruhi pemikiran Zionis untuk menjatuhkan kerajaan yang dilantik oleh rakyat sendiri.
Dalam bidang seni pula, pelakon Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk berbangsa Yahudi. Hollywood sendiri pun diwujudkan oleh Yahudi. Antara pengarah dan penerbit -- Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest) dan Douglas Fairbanks berbangsa Yahudi. Merekalah yang turut mencorakkan pemikiran dan keseronokan di ruang tamu rumah kita. Karya mereka menyerang pemikiran generasi muda dunia ketiga dengan pelbagai ideologi dan isme aneh. Mereka menghulurkan senjata untuk memusnah bangsa Timur dengan pelbagai medium yang menyeronokkan. Bangsa Timur dan tentunya umat Islam di Asia Barat akan terus terperangkap dalam bentuk peperangan baru yang lebih dahsyat daripada peluru berpandu, jet pejuang dan kereta kebal kalis peluru.
Serangan media baru tentunya memberi kesan tersendiri bukan saja di Asia Barat dan negara Arab, bahkan membabitkan perimbangan kuasa dunia. Negara yang berkepentingan dan maju teknologi digitalnya terus menekan dunia ketiga dengan pelbagai kepentingan dagang yang mengutungkan mereka sendiri. Kita yang berada di dunia ketiga tentunya sukar menduga serangan seterusnya kerana peperangan bentuk baru mempunyai strategi serangan yang sukar dikesan. - Berita Harian, 29 Mac 2011

Tuesday, March 22, 2011
Penantian pesakit buah pinggang
KETIKA Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengiktiraf pertengahan Mac sebagai Hari Ginjal Sedunia setiap tahun, tidak kurang 30,000 pesakit buah pinggang meninggal dunia setiap hari. Tahun ini, Hari Ginjal Sedunia disambut pada 10 Mac ketika seorang daripada 10 dewasa berdepan pelbagai bentuk kerosakan buah pinggang di seluruh dunia.
Di Malaysia saja, daftar pendermaan organ dan dialisis bagi 2006 meningkat secara dramatik sejak 20 tahun lalu. Setiap tahun lebih 2,500 orang berada pada tahap akhir kegagalan buah pinggang (ESRD), iaitu jumlah yang menyaksikan lebih ramai memerlukan rawatan mesin dialisis. Berbanding 1980, hanya 43 orang memerlukan bantuan dialisis tetapi pada 2006 jumlah itu meningkat 3,152 orang.
Kerosakan buah pinggang adalah masalah yang progresif dan tidak boleh disembuhkan dengan hanya memakan ubat. Rawatan ketika ini ialah dialisis (haemodialisis dan peritoneal dialisis atau dikenali sebagai CAPD), selain pemindahan organ. Suntikan Recormon pada perut pesakit sekadar langkah yang tidak banyak membantu. Rawatan paling berkesan adalah pemindahan organ tetapi ia bukan langkah popular di Malaysia kerana tidak ramai yang sanggup menyerahkan ginjal mereka untuk membantu pesakit.
Di Pulau Pinang saja, kadar rawatan mencecah hingga 181 pesakit dalam sejuta orang. Kajian pada 2006 mendapati ada 14,946 pesakit bergantung pada mesin dialisis di Malaysia. Kebergantungan pada dialisis adalah dua kali ganda, iaitu 52 orang pada 1997 menjadi 104 pada 2003. Sejak itu ia meningkat kepada 110 untuk sejuta populasi.
Kes baru dialisis pada 2006 ialah 3,152, pertambahan lebih 50 peratus daripada jumlah pesakit buah pinggang yang direkodkan pada 2000.
Isteri penulis adalah antara pesakit buah pinggang yang dikesan kesnya pada 8 Februari 2008 dan menjalani rawatan CAPD sebanyak empat kali sehari membabitkan kos lebih RM3,000 sebulan. Bahagian perutnya ditebuk untuk memasukkan wayar bagi proses CAPD dan lengan kirinya dimasukkan sejenis alat untuk memudahkan haemodialisis. Dia menderita sakit dan menghadapi kualiti hidup yang amat berbeza daripada sebelumnya. Sepanjang 2010, hampir 10 kali dia terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kerana jangkitan kuman pada saluran wayar di perutnya untuk proses rawatan peritoneal dialisis. Kos rawatannya terlalu tinggi dan dia masih beruntung kerana sebagai kakitangan awam, kerajaan menanggung sepenuhnya kos perubatan. Bayangkan pesakit yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau bergaji rendah, tentunya kehidupan mereka terhimpit kerana kegagalan fungsi ginjal tidak mengenal status ekonomi seseorang.
Pesakit buah pinggang lazimnya menghadapi tekanan hidup yang amat berat. Selain beban perasaan kerana tidak boleh menjalani kehidupan aktif seperti sebelumnya, mereka juga berdepan masalah kesihatan sampingan seperti kerap demam, sakit kepala, batuk, kesejukan, menggigil dan lemah imbangan badan.
Bagi pesakit beragama Islam pula, mereka terpaksa berdepan dengan hakikat tidak dapat menunaikan Rukun Islam kelima, iaitu menunaikan ibadat haji. Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan garis panduan melarang pesakit buah pinggang ke Tanah Suci kerana bimbang komplikasi dan proses rawatan ketika musim haji. Tentunya bagi mereka yang sudah lama menabung di Tabung Haji terpaksa menerima realiti yang pahit ini dengan perasaan berkecamuk.
Mereka juga berharap ada penderma organ yang sanggup membantu meringankan beban hidup. Bagaimanapun di Malaysia, menderma organ bukan budaya yang dipraktiskan walaupun banyak pihak sering mendakwa kita memiliki budaya penyayang dan sering membantu pihak yang menderita. Lebih malang lagi, bangsa Melayu paling ramai tidak berminat menderma organ berbanding kaum Cina dan India. Mengikut statistik yang dikeluarkan Pusat Sumber Transplan Kebangsaan (NTRC) di Hospital Kuala Lumpur pada 2005, sebanyak 64 peratus daripada pengikrar pemindahan organ adalah kaum Cina, diikuti India (22 peratus), Melayu (8 peratus) dan kaum lain tiga peratus. Pada 2005 juga hanya 10 yang tampil menderma organ.
Rakyat Malaysia keturunan Melayu sepatutnya mencontohi rakan mereka di Singapura yang ramai berikrar menderma organ. Mungkin juga kerana negara jiran memperkenalkan Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota) yang memasukkan warga Muslim secara automatik sebagai penderma organ.
Tanpa pendermaan organ, pesakit buah pinggang akan kekal menjalani rawatan haemodialisis sepanjang masa dengan penuh debar. Setiap kali ke klinik, perasaan bertambah gundah apabila mendapat tahu rakan yang pernah menjalani rawatan di dalam wad sebelum ini sudah tiada lagi. Bukan seorang dua, malahan terlalu ramai. Inilah dilema yang dihadapi pesakit yang bagai menanti giliran untuknya dengan penuh misteri. - Berita Harian, 22 Mac 2011

Friday, March 18, 2011
Hikayat Abdullah ke Interlok
SESEBUAH hasil seni dianggap milik bersama dalam masyarakat tradisional. Penciptaan pantun, syair, cerita rakyat atau penglipur lara dianggap milik masyarakat itu sendiri yang terus dipertahankan sebagai identiti bangsa dan kelompok sesebuah wilayah.
Karya Melayu tradisional tidak mempunyai nama pengarang kerana zaman ketika itu tidak menuntut manusia menonjol diri atau individualistik. Justeru, menjadi tanggungjawab sosial masyarakat Melayu lama untuk mempertahankan karya mereka secara lisan dan diperturunkan dari generasi ke generasi yang lain.
Hanya apabila Hikayat Abdullah atau dikenali sebagai Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir dihasilkan, masyarakat mula mengenal bentuk karya yang agak baru, bukan saja dari segi tema dan realiti penceritaan, juga jati diri pengarangnya sendiri. Ia teks sastera Melayu yang pertama diterbitkan secara komersial. Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari. Tidak seperti karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi dan cerita legenda, karya Abdullah berkisarkan realisme.
Karya ini diklasifikasikan autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan peribadi mengenai masyarakat Singapura dan Melaka pada awal abad ke-19. Ia menceritakan sekilas zaman kanak-kanak di Melaka, pengalamannya ketika pembedahan yang dilakukan oleh seorang ahli bedah Inggeris atau kunjungannya ke kem puak Tiandihui, satu kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman Singapura.
Hikayat Abdullah juga mencatat sejarah pengasasan Institusi Raffles, perobohan kota A Famosa di Melaka dan lawatan Lord Minto, Gabenor-Jeneral India ke Melaka. Sebahagian besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribadi personaliti pada zamannya-- pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti Sir Stamford Raffles, Kolonel Farquhar dan John Crawfurd, Sultan Hussein Shah dari Kesultanan Johor, mubaligh, pedagang Amerika dan Eropah, dan pedagang dari China.
Karya Melayu selepas era Hikayat Abdullah tidak boleh dianggap milik bersama masyarakat kerana jati diri dan hak cipta penulisnya sudah terpelihara. Sasterawan besar Malaysia seperti Datuk Usman Awang, Keris Mas, Datuk Shahnon Ahmad, Datuk A Samad Said dan Datuk Abdullah Hussein sudah menjadi khazanah negara dengan melahirkan karya berbobot yang boleh dipertahankan kualitinya.
Karya besar seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Hujan Pagi, Salina, Daerah Zeni, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur dan Interlok adalah rakaman pengalaman peribadi pengarang yang dicatat secara jujur dan penuh wibawa. Masyarakat mengenali pengarang kerana karyanya, bukan kerana isu peribadi dan kontroversi yang meriuhkan massa.
Pengarang dikenali kerana karya yang mencerdikkan zaman. Penulis berwibawa sentiasa mendahului massa dan bukan tenggelam di bawah pemikiran umum. Karya yang baik dan mendapat pengiktirafan negara tetap menjadi milik pengarangnya walaupun masyarakat mengangggap milik sesuatu bangsa atau hak bersama.
Kini isu Interlok masih menjadi mainan umum. Kontroversi beberapa ungkapan yang dianggap menyinggung masih sengaja disensasikan. Walaupun sarjana dan peneliti sastera mengakui karya besar ini sekadar paparan kejadian ketika proses pembentukan Malaysia, ia masih belum menenangkan perasaan segelintir pihak yang menjadikan Interlok sebagai alat untuk meluahkan ketidakmatangan peribadi. Perhimpunan segelintir puak di Kuala Lumpur pada 27 Februari lalu sekadar menjelaskan keadaan yang tidak wajar. Apakah sesebuah karya yang menceritakan realiti sosial di India dianggap menghina kumpulan tertentu?
Kini, persoalan baru juga tetap timbul. Sebuah panel sedang mengkaji Interlok. Panel yang dikatakan mahir dan pakar dalam pelbagai bidang sedang meneliti karya besar ini. Apakah mungkin perkataan tertentu dipinda untuk memuaskan hati segelintir golongan? Jika pindaan kepada karya besar Abdullah dilakukan, apakah ia masih milik Abdullah lagi atau Interlok sudah jadi milik panel yang dikatakan bebas dan berwibawa itu? Sanggupkah Abdullah mengakui Interlok hak ciptanya sedangkan ayat dan semangat asal dalam karya itu sudah dicencang?
Persoalan juga masih timbul: apakah panel yang menilai Interlok bebas daripada segala kepentingan lain? Mungkinkah mereka juga ada kecenderungan untuk mempromosikan diri dan karya sendiri? Apakah mereka memahami perasaan dan semangat ketika karya Abdullah dihasilkan?
Tentunya isu Interlok tidak mudah ditangani. Ia juga seperti karya Melayu lama yang akan diperturunkan dari mulut ke mulut. Menangani karya seni tentunya tidak semudah menjanjikan kehidupan harmoni bagi sebuah bangsa yang hak ciptanya semakin ternoda. - Berita Harian, 18 Mac 2011

Tuesday, March 01, 2011
Gerakan Islam alternatif pemikiran tradisional
RUSUHAN berdarah 13 Mei 1969 memberi impak besar terhadap gerakan Islam di Malaysia. Jika sebelumnya urusan agama dianggap sekadar warisan keluarga, kejadian yang berlaku pada masa singkat memberi kesedaran betapa Islam cara hidup terbaik dan menjadi penyelesai masalah ummah.
Ketika kemuncak rusuhan, ada bangsa Melayu yang menjadi golongan minoriti di Kuala Lumpur berlindung di Masjid Negara dan masjid Kampung Baru yang dianggap kawasan selamat. Mereka yakin pertolongan Allah di samping mengharapkan tindakan segera pasukan keamanan.
Siswa di pusat pengajian tinggi tempatan juga mula menjadikan aktiviti agama sebagai sebahagian daripada aktiviti harian. Keadaan ini amat berbeza sebelumnya kerana cara hidup yang disemai oleh penjajah hampir mengubah kehidupan segelintir Melayu di bandar, khususnya yang mendapat didikan sekular.
Jika kita membaca karya Asas 50 dan menonton filem Melayu era Studio Jalan Ampas, cara hidup Islam kurang ketara. Watak utama yang menghidupkan budaya Islam agak terbatas. Watak wanita bertudung dan menutup aurat hampir tidak menonjol. Tema yang mengutamakan cara hidup ummah hampir tiada. Ia berlanjutan sehingga dekad 60-an dan keadaan jauh berubah pada 1970-an, apabila gerakan Islam sejagat memberikan impak besar terhadap generasi muda di Malaysia.
Di negara Arab, gerakan Islam muncul mendadak selepas Perang Arab-Israel pada 1967. Generasi muda yang mendapat pendidikan Barat menggunakan disiplin keilmuwan di Barat untuk menggerakkan perjuangan di negara sendiri. Mereka meneladani perjuangan Ikhwanul Muslimin, Jamiat Islami, An Nahdah dan Mili Salamat untuk mencabar sistem sekular yang sudah lama bertapak di negara umat Islam. Perjuangan Sheikh Abdul Qader al-Jazair (Algeria), Sheikh Umar Mukhtar (Libya), Sheikh Uthman Den Fodio (Nigeria), Sultan Hassanuddin dan Imam Diponegoro (Indonesia) Hassan Munas (Tok Janggut) dan Abdul Rahman Limbong (Tanah Melayu) menjadi inspirasi menggerakkan ummah. Jika pejuang sebelumnya menuntut kemerdekaan, generasi 70-an pula menjadi pendesak idea penubuhan negara Islam yang masih terbengkalai.
Perjuangan Sheikh Muhammad Abduh, Jamaluddin al Afghani dan Rashid Ridho menjadi idola reformis Islam. Kebangkitan pemikiran Hassan al Banna yang menggerakkan Ikhwaanul Muslimin di Ismiliah Mesir pada 1928 menjadi inspirasi penubuhan persatuan belia Islam di seluruh dunia. Mereka mula mendesak dan bersuara selepas menyedari ideologi ciptaan manusia gagal menyelesaikan isu sejagat. Sistem komunisme, sosialisme, nasionalisme dan liberalisme gagal menyelesaikan masalah ummah. Mereka mengkaji jati diri Islam yang merupakan penyelesai masalah universal.
Revolusi Iran pada 1978 menyemarakkan kesan perjuangan generasi muda sejagat. Kehidupan mewah Shah Iran terdedah dengan pelbagai variasi siasah. Gerakan Islam menjadikan perjuangan dan kejayaan golongan mullah di Teheran sebagai alternatif kepada sistem monarki sekular.
Di Malaysia pula, perjuangan Angkatan Belia Islam (ABIM) memberikan kesan tersendiri. Jika sebelumnya pertubuhan belia tak lebih daripada sekadar penganjuran majlis sukaria dan penganjuran lawatan, ABIM meletakkan gerakan belia sebagai wadah pembentukan generasi pemimpin masa depan. Beberapa tokoh ABIM menjadi penggerak parti politik utama. UMNO, PAS dan BERJASA pernah dibayangi gerakan ABIM.
Pusat pengajian tinggi juga tidak terkecuali dengan gerakan ABIM yang tentunya lebih menjadi cabaran kepada persatuan siswa yang agak liberal sebelum ini. Ketika gerakan pelajar pada 1974, pengaruh gerakan Islam mewarnai ruang kampus dan medan siasah. Malahan, pembentukan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) juga dikaitkan dengan perjuangan pelajar yang didakwa militan.
Mereka juga dikaitkan sebagai kabel gerakan komunis antarabangsa walaupun pada dasarnya Islam dan komunisme dua ideologi yang saling bercanggah. Pada hari ini gerakan belia dan Islam tidak dapat dipisahkan. Teknologi maklumat dan media baru menjadi perayaan sejagat yang dimanfaatkan generasi muda. Ketika media tradisional semakin terpinggir, media baru menjadi wadah terkuat untuk menyuarakan hasrat generasi muda. Jika insiden 13 Mei 1969 dikaitkan sebagai perjuangan perbezaan antara dua kelas ekonomi yang dibentuk oleh ras dan agama, kini gerakan belia Islam menjadi medan alternatif terhadap sistem yang sudah lama berakar umbi dalam masyarakat.
Cara berfikir dan bersiasah mengikut acara lama sudah ketinggalan. Generasi muda Islam lebih melihat kepada masa depan yang lebih dinamik. Mereka mengharapkan suasana hidup yang lebih selesa dan suara propaganda murahan perlu diketepikan.
Jika ada di kalangan kita yang mengabaikan suara yang tercatat pada laman blog, facebook, twitter dan e-mel, sesuatu yang drastik mungkin terjadi. Gerakan anak muda dan gerakan Islam semakin mewarnai suasana politik di seluruh dunia. Merekalah pelengkap siasah sejagat masa kini dan masa depan. - Berita Harian, 1 Mac 2011

Sunday, February 27, 2011
Rakyat vs diktator
SEJARAH sentiasa digerakkan oleh rakyat terpinggir, bukan kalangan istana dan pembesar yang selesa dengan kehidupan mewah. Sejarah bangsa Arab tidak pernah sunyi daripada aliran darah dan air mata rakyat marhain. Hanya rakyat yang menentukan hala tuju sesebuah bangsa dan negara, bukan kalangan pembesar dan feudal yang sentiasa berusaha untuk mengaut keutungan hasil daripada perjuangan kalangan bawahan.
Di Semenanjung Arab yang kaya dengan tradisi peradaban, keagamaan dan kebudayaan silam, gerakan untuk menyatukan jiwa rakyat digerakkan oleh kalangan terpencil. Agama Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW berjaya membentuk wadah yang kuat untuk transformasi kehidupan yang lebih baik. Wahyu diturunkan kepada seorang manusia yang amat biasa kehidupannya, bukan kepada kalangan feudal. Ini menunjukkan hanya rakyat yang lebih memahami hasrat agama dan menjadikannya sebagai cara hidup masyarakat.
Sejarah Arab purba (jahiliah) dan era Firaun sekadar catatan perhambaan dan kezaliman yang menidakkan kalangan terbanyak. Pihak yang mempunyai kuasa bertindak untuk mengekalkan kekuasaan dengan pelbagai peraturan, sistem dan dana negara.
Sejak lahirnya tamadun Islam pada era Nabi Muhammad, sistem siasah negara Islam dan Piagam Madinah berjaya mengikat bangsa Arab menjadi bangsa yang besar. Benua Arab menjadi rantau emas yang berjaya mengubah peta peradaban dunia. Tradisi pemikiran dan teknologi Arab menjadi rujukan sejagat. Kemajuan bidang perubatan, matematik dan astronomi amat mengkagumkan.
Umat Islam dan Arab pada era Khalifah Al Rasyidin dan Bani Umaiyah terkenal sebagai peneroka tradisi intelektual, pengasas sistem ekonomi yang saksama kepada semua pihak, di samping bentuk siasah dan sistem hukum yang berlandaskan kepada al-Quran dan hadis.
Perang Salib memberi kesan besar kepada umat Islam di Asia Barat dan Utara Afrika. Kekalahan umat Islam memberi kesan kehadiran penjajah Inggeris, Perancis, Sepanyol dan terkini Amerika Syarikat yang bukan saja menguasai pemikiran siasah dan ekonomi, malahan cara hidup dan perabadaban Islam itu sendiri.
Menjelang abad 20, negara Arab terperangkap antara sistem monarki yang memberi kuasa penuh kepada amir menfaraidkan harta negara kepada keluarga sendiri atau diktator tentera yang berfahaman sosialis mentadbir secara kuku besi.
Bangsa Arab tiada pilihan lain selain akur kepada raja berkuasa mutlak atau tunduk kepada senjata seperti dilakukan Saddam Hussin (Iraq) dan Hosni Mubarak (Mesir).
Perang Dingin yang tercetus selepas Perang Dunia Kedua memaksa negara Arab berkiblat kepada Amerika Syarikat atau Soviet Union. Lazimnya negara yang ditadbir monarki lebih selesa kepada Rumah Putih, berbeza diktator tentera fahaman sosialis yang berkiblat kepada Moscow. Perang kepentingan kuasa menjadikan kehidupan rakyat lebih terhimpit.
Jiwa rakyat tidak dapat dibendung kerana kedua-dua sistem yang wujud hanya memberi keuntungan kepada pembesar dan tidak kepada awam. Sistem pendidikan, kemudahan asas, sistem ekonomi, kebebasan bersuara dan perundangan menekan kehidupan yang akhirnya memaksa banyak negara Arab bergolak sekarang. Rakyat menggunakan jalan raya, bukan sistem pilihan raya yang boleh dieksploitasi. Rakyat bangkit kerana mereka berhak untuk menikmati kemakmuran negara dan tidak sanggup diperalatkan lagi. Takrif demokrasi bukan sekadar mengadakan pilihan raya, tetapi juga hak untuk bersuara, bertindak dan melaksanakan pandangan massa.
Bukan sekadar Mesir dan Tunisia yang berjaya menumbangkan pemimpin diktator, malahan Bahrain, Yemen, Algeria, Libya dan Iraq terus bergolak. Polis Bahrain terpaksa menggempur khemah penunjuk perasaan di Dataran Pearl di Manama mengakibatkan sekurang- kurang empat orang terbunuh. Kira-kira 50 kereta kebal turut ditempatkan ketika kerajaan cuba menyuraikan demonstrasi bantahan rakyat.
Di Libya pula, ramai terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan. Laman web pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan pula mendakwa rakyat sedang meraikan 'Hari Kemarahan' di seluruh negara.
Laman web dan kumpulan hak asasi Libya yang beribu pejabat di London, berkata pertempuran antara penunjuk perasaan antirejim Muammar Gaddafi dengan pasukan keselamatan tercetus di timur pekan al-Baida.
"Pasukan keselamatan dan militia daripada Jawatankuasa Revolusi menggunakan peluru hidup untuk membendung kemaraan rakyat," ulas laman web rakyat Libya.
Sementara itu, Perdana Menteri Algeria, Ahmed Ouyahia mengumumkan kerajaan akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak 19 tahun lalu pada hujung bulan ini.
Sebelum ini, Presiden Abdelaziz Bouteflika berjanji untuk menarik balik perintah darurat itu awal bulan ini sebagai sebahagian daripada pakej kompromi untuk menyekat tunjuk perasaan antikerajaan merebak di Algeria.
Selama 19 tahun rakyat Algeria dinafikan hak kebebasan memaksa mereka menjadikan perkembangan di Tunisia dan Mesir sebagai ruang untuk menuntut kebebasan bersuara.
Beratus-ratus penunjuk perasaan antikerajaan melancarkan protes di Algiers kerana menuntut hak asasi rakyat. Mereka merancang melancarkan demonstrasi pada setiap Sabtu sehinggalah kerajaan melaksanakan pembaharuan dan demokrasi di Algeria.
Gerakan yang berterusan sekarang memungkinkan teori domino yang diramalkan pemerhati politik menjadi kenyataan. Jika dekad 80-an dan 90-an menyaksikan satu demi satu kuasa komunis tumbang di Eropah Timur, tidak mustahil gerakan rakyat Arab sekarang bakal memberi impak besar kepada politik sejagat pada masa depan. - Berita Harian, 25 Februari 2011

Tuesday, February 15, 2011
Mohamed Bouazizi ikon generasi X,Y,Z
![]() |
GENERASI muda menggerakkan jalur politik di Mesir seperti yang berlaku di Tunisia sebelumnya. Diktator pasti tunduk kepada kuasa rakyat. |
Bagaimanapun, aksi bunuh diri pertengahan Disember bagai halilintar menyambar bangsa Arab yang kaya dengan tradisi keagamaan tapi jahil dalam proses keamanan, kemanusiaan dan hak asasi. Sekali gus meletakkan nama anak muda yang tidak dipedulikan sebelumnya sebagai ikon demokrasi. Rakyat yang selama ini terperangkap antara sistem monarki pro-Barat dan diktator sosialis tentera, bangkit memberontak. Mereka bukan saja memaksa Zine al-Abidine Ben Ali meninggalkan Tunisia, juga meresahkan pemimpin lain di Asia Barat dan Utara Afrika. Mesir, Libya, Jordan dan Yemen sudah timbul penentangan terbuka. Hanya masa yang bakal menentukan sejarah baru bakal tercatat di Asia Barat dan seluruh dunia ketiga.
Wartawan BBC, Jon Leyne menyatakan kebanyakan rakyat tidak melihat mereka boleh mengubah kehidupan mereka melalui aksi politik. Pilihan raya sekadar tayangan demokrasi yang tidak memberi makna apa-apa. Golongan yang berkuasa rakus mencipta kroni dan pelbagai akta untuk mengekalkan kekuasaan. Generasi muda akhirnya mengambil keputusan di jalan raya -- berdemonstrasi, sesekali menjerit dan 'berperang' dengan pasukan keamanan.
Di mana-mana pun di seluruh dunia, hanya anak muda yang sanggup berdepan secara fizikal. Golongan lama, sama ada terperangkap dengan zon selesa atau surut dengan nostalgia, tidak sanggup berbuat apa-apa. Mereka lazimnya konservatif dan penurut kelaziman yang sudah ada kerana mempertahankan sesuatu yang sudah dimiliki.
Sejarah sering mencatatkan nama anak muda sebagai penggerak zaman. Hanya anak muda yang berani berdepan risiko kerana mereka tidak mempunyai apa-apa selain idealisme perjuangan. Hanya anak muda yang menggerakkan sejarah. Hanya anak muda seperti Mao Tse Tong, Aung San Suu Kyi, Cory Aquino, Szeto Wah dan ramai lagi yang berani berdepan dengan penguasa, walaupun risikonya terlalu tinggi. Ada yang sudah berjaya mencipta sejarah, ada juga yang tinggal dalam keranda kenangan.
Hari ini, generasi X, Y, Z dikaitkan sebagai penentu kuasa politik sesebuah negara pada masa depan. Mereka mempunyai pandangan yang amat berbeza dengan generasi lampau kerana lahir ketika era Perang Dingin, ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan.
Don Tapscott dalam bukunya 'Grown Up Digital' meneliti latar belakang generasi X,Y, Z yang mempunyai asas latar yang tersendiri. Generasi X lahir antara 1965 hingga 1976, Generasi Y lahir antara 1977 hingga 1997, manakala Generasi Z lahir selepas 1998. Mereka mempunyai citra tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.
Bagaimanapun, mereka disatukan dengan suatu ledakan iaitu teknologi maklumat. Merekalah yang banyak mempunyai jaringan internet, kenalan facebook dan twitter. Mereka jugalah yang kerap membawa laptop dan bertukar pandangan dengan pelbagai pihak tanpa batasan. Mereka menguasai maya dan merayakan kebebasan media baru.
Mereka juga terdedah dengan pelbagai ideologi, tayangan filem, khidmat pesanan ringkas dan menghabiskan masa di kafe siber, kopitiam, berani menyanggah pandangan yang dianggap tidak sesuai. Mereka dianggap generasi internet, manakala generasi sebelumnya iaitu Generasi Baby-Boomer dan Pre Baby-Boomer yang dikaitkan dengan media lama seperti percetakan dan penyiaran.
Di negara kita, suara anak muda agak ketara pada dekad 70-an. Gerakan pelajar dan Angkatan Belia Islam (ABIM) dianggap ikon generasi baru yang dahagakan agama, sekali gus perubahan pemikiran dan pelaksanaan. Revolusi Iran dan kebangkitan Mullah dianggap alternatif kepada fahaman sekular.
Generasi X dan Y pula begitu ketara bertindak pada 1998 dan memberi kesan pada pilihan raya umum 1999 dan 2008. Merekalah yang menentukan keputusan di peti undi tanpa dipengaruhi media propaganda yang sering menjadi kelaziman di negara membangun. Mereka bersuara mengikut keyakinan dan sering meragui laporan media tradisional yang dikaitkan sebagai ejen propaganda.
Sehingga akhir Disember 2010, dianggarkan 70 peratus rakyat Malaysia berusia di bawah 40 tahun. Mereka dikaitkan dengan pelbagai latar pendidikan dan pengalaman yang akhirnya bakal menentukan hala tuju politik pada masa depan.
Sesebuah parti politik yang tidak menilai hasrat dan kemahuan generasi muda bakal mengundang padah. Aspirasi muda sering dianggap majoriti senyap yang bertindak di luar pemikiran arus perdana. Amat malang sekali jika pemimpin politik mengabaikan pandangan generasi X dan Y kerana mereka nanti yang bakal menentukan keputusan sebenar pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Bayangan Mohamed Bouazizi tentunya bakal mengubah persepsi anak muda kita! - Berita Harian, 15 Februari 2011
Tuesday, February 08, 2011
Perkauman citra politik Malaysia
SAMA ada pilihan raya umum diadakan pada masa terdekat tetap menjadi rahsia umum. Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak saja yang tahu kerana beliau sentiasa memantau suasana dalam negara dan serantau yang bakal menentukan perlunya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Sebagai pentadbir utama negara, Najib memerlukan mandat yang selesa untuk mentadbir negara dan bukannya kemenangan mudah yang dialami oleh Barisan Nasional (BN) yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008.
Bagaimanapun suasana yang ada sekarang tidak memaksa Najib mengadakan pilihan raya umum. BN masih kekal memerintah walaupun ada pihak yang masih memainkan pelbagai isu poliitik, perkauman dan tuduhan peribadi untuk menggugat Najib dan BN. Najib dan jentera kerajaan berjalan lancar dan idea transformasi ekonomi dan pembangunan masih berjalan lancar. Kedudukan ringgit semakin stabil dan pasaran saham tidak tergugat. Aktiviti rakyat berjalan lancar dan tiada sebab untuk mereka diajak untuk memilih wakil rakyat baru ketika ini.
Pilihan raya kecil DUN Tenang, Galas atau sebelumnya Bagan Pinang dan Manek Urai membuktikan momentum pengundi Melayu kembali kepada BN. Kecuali di kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang menunjukkan lima peratus pengundi Melayu lari kepada calon PAS kerana isu terpencil, suasana selepas itu jauh berubah. Malah, ia amat berbeza dengan keadaan selepas 8 Mac 2008 kerana ada agenda 16 September untuk merampas Putrajaya.
Di DUN Tenang, peratus sokongan pengundi Melayu meningkat dua paratus berbanding pilihan raya umum 2008. Keadaan hampir sama berlaku di DUN Bagan Pinang dan Galas kerana pengundi tidak nampak pihak lain yang layak untuk menggantikan perjuangan BN dan UMNO untuk membela nasib Melayu.
Beberapa negeri yang ditadbir pembangkang, khususnya Perak (kini kembali ditadbir BN), Selangor dan Pulau Pinang, isu membabitkan Melayu begitu banyak diperkatakan. Masalah tanah yang diambil sesuka hati, pembangunan kampung baru, isu kontraktor Melayu dan ketuanan Melayu begitu banyak diperkatakan. Isu Setiausaha Kerajaan Negeri masih tidak berkesudahan.
Malahan, ada wakil yang dipiih oleh rakyat sanggup melafazkan sembah derhaka, mempertikai pihak istana dan mufti, hingga menyebabkan rakyat tertanya-tanya; apakah perjuangan mereka untuk menghakiskan hak Melayu di bumi Melayu? Apakah kerana kepentingan siasah, ada pihak yang sanggup mempertikaikan titah tuanku?
Sejarah membuktikan bangsa Melayu amat setia kepada raja dan adatnya. Mana-mana pihak yang cuba memainkan isu yang menimbulkan kemarahan istana akan dihukum menerusi peti undi. Tan Sri Mohamad Yaakob hilang kerusi Menteri Besar Kelantan kerana ada masalah dengan istana Kelantan. Pengundi menghukumnya menerusi peti undi kerana tidak mahu tokoh yang dianggap lantang dengan istana. Beberapa tokoh lain juga mengalami masalah yang hampir sama.
Menjelang 2008, terlalu banyak isu yang dikaitkan dengan pimpinan negara ketika itu menyebabkan BN mengalami kekalahan yang amat drastik. BN bukan saja gagal merampas Kelantan yang sudah 18 tahun ditadbir oleh PAS pimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat, bahkan gagal mengekalkan kuasa di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. BN juga kalah teruk di Kuala Lumpur kerana didominasi oleh kaum Cina.
Kelemahan pemimpin BN sebelum ini menyebabkan kaum Melayu yang selama ini setia dengan UMNO bertindak menyokong pembangkang. Perubahan undi (swing) lima peratus menyebabkan BN menjadi mangsa apabila Melayu membuat pilihan menyokong PAS dan PKR. Sebanyak 30 peratus pengundi Cina dan 60 peratus pengundi India membuat perubahan undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 menyebabkan BN menerima nasib yang luar biasa. Ia bukan saja hilang beberapa negeri, juga hilang penguasaan dua pertiga kerusi di Parlimen.
Angka menunjukkan pengundi Melayu di kawasan bandar, urban dan pinggir kota sentiasa kritis kepada BN. Hanya pengundi di kawasan FELDA dan pedalaman masih setia dengan UMNO kerana faktor kawasan, sukar mendapat kemudahan maklumat secara bebas dan pemikiran tradisional. Pengundi Cina sentiasa berani menentang arus dan kaum India pula bertindak kerana isu tertentu. Kemudahan teknologi maklumat dan media baru memberikan impak tersendiri. Sehingga kini 40 kerusi Parlimen membabitkan kawasan FELDA. Tentunya ia menjadi pola penentuan pengundi pada pilihan raya umum akan datang jika pembangkang masih memainkan isu perkauman yang menghiriskan pemikiran tradisional Melayu. Pemikiran dan kecenderungan generasi kedua dan ketiga FELDA pula masih menjadi rahsia umum.
Ramai analis politik melihat perubahan sikap pengundi India pada 2008 ada kaitan dengan isu ekonomi dan sosial mereka yang tidak banyak berubah sejak 53 tahun lalu. Kaum India di kawasan ladang masih daif dan kurang tumpuan diberikan oleh parti yang mewakili kaum mereka sendiri.
Gerakan HINDRAF (Hindu Rights Action Force) pada November 2007 secara langsung memberi kesan sokongan pengundia India kepada BN pada 2008. Hampir 30,000 kaum India berarak dan berkumpul di Kuala Lumpur kerana merasakan hak mereka diabaikan. Malangnya, pimpinan kerajaan ketika itu menganggap sepi tindakan tersebut menyebabkan isu kaum menjadi wadah penting dan BN menerima nasib buruk pada 8 Mac 2008.
Jika inilah keadaannya, Malaysia akan terus kekal dengan minda dunia ketiga apabila isu kaum, tohmahan peribadi dan kerakusan menjadi wahana utama untuk meletakkan diri pada arus perdana politik tanah air. Jika inilah wajah kita, maka inilah yang malangnya kerana berpolitik untuk berkuasa, bukan untuk menyumbangkan tenaga kepada bangsa dan agama. - Berita Harian, 8 Februari 2011

Kini isu kaum kembali menjadi duri dalam daging. HINDRAF menyebarkan maklumat untuk mengadakan perarakan pada akhir Februari ini. Sebelum ini isu novel Interlok karya Sasterawan Negara menjadi polemik yang akhirnya mencetuskan perdebatan yang tersasar daripada teks sastera itu sendiri. Jika keadaan tidak dibendung, kita bimbang Malaysia terus malang dengan pelbagai kemelut perkauman yang sengaja dirangka untuk mencapai cita-cita politik. Tentunya Najib sedar rentak dan irama yang dipalu sekarang kerana ada pihak yang bukan saja meramalkan bila pilihan raya umum akan diadakan, juga mengharapkan sedikit tuah mendapat gelaran Yang Berhormat!
Tuesday, February 01, 2011
Jangan sekat suara rakyat
KOMUNIKASI sering menjadi alat yang menakjubkan. Ia boleh menghubungkan sesama manusia. Ia boleh mendekatkan yang jauh, atau merenggangkan yang dekat. Ia menjadi sebahagian daripada strategi kehidupan. Akhbar, majalah, radio dan televisyen sejak 1800 sudah menjadi wahana sejagat yang amat ghairah. Manusia mendekatinya kerana komunikasi sebahagian daripada pencetus tamadun baru dunia. Hari ini internet, laman web, facebook dan twitter memberi tafsiran berbeza terhadap erti kebebasan media itu sendiri.
Sebelum tentera Jepun menyerbu Pearl Habor, radio menjadi alat sebaran am terpenting. Perisik Negara Matahari Terbit menyerbu wilayah timur Amerika Syarikat di pesisir Lautan Pasifik ketika pertukaran jam kerja ketenteraan. Mereka menafsir arah angin dan bentuk gelombang di lautan. Mereka merisik kegiatan tentera Amerika Syarikat dan mendapatkan maklumat sebelum menyerbu pantai dan ruang udara. Perang Dunia Kedua hampir menjadi milik Jepun dan Jerman jika tidak letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 1945. Alat komunikasi mempunyai natijah tersendiri ketika perancangan peperangan.
Di Tanah Melayu dan Indonesia, ramai penduduk tempatan ditahan dan diseksa tentera Jepun semata-mata kerana memiliki radio. Memiliki alat sebaran am dianggap mencelikkan minda dan boleh mengubah strategi penjajahan. Komunikasi juga boleh menghasut rakyat menentang penguasa atau mendedahkan kediktatoran seseorang tokoh kepada massa.
Menjelang kemerdekaan negara, pejuang kebangsaan sebahagian besarnya menggunakan media untuk menggerakkan rakyat menentang penjajah. Pak Sako, A Samad Ismail, Said Zahari, Usman Awang dan Keris Mas adalah pewaris perjuangan Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob dan tokoh media lain menggerakkan pemikiran massa. Mereka menggunakan media untuk membangkitkan kecintaan terhadap makna kebebasan itu sendiri. Mereka melaporkan dan ada masanya, menggunakan genre puisi dan cerpen untuk menyedarkan makna kebebasan.
Presiden Sukarno pula menggunakan medium 'surat layang' ketika menggerakkan usaha mengganyang Malaysia pada era konfrontasi dekad 60-an. Pelbagai propaganda Indonesia Raya dan kesatuan bangsa serumpun dipergunakan semata-mata mahu menghalang penubuhan Malaysia yang lebih berdaulat.
Ketika era Perang Dingin yang membabitkan persaingan Pakatan Atlantik Utara (NATO) yang didokong oleh Amerika Syarikat dan Pakatan Warsaw (blok komunis Eropah Timur) yang diketuai Soviet Union, alat komunikasi menjadi senjata penting untuk mencuri maklumat pihak musuh.
Negara komunis yang diasuh oleh KGB (Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti atau Majlis Keselamatan Negara) tidak kalah bersaing dengan Agensi Perisik Pusat (CIA) dari segi penguasaan maklumat dan mempengaruhi massa. Mengusai sebaran am dinggap kemenangan mutlak dalam persaingan NATO dan Pakatan Warsaw. Ketika runtuh Tembok Berlin dan hancurnya Soviet Union, media massa terus berperanan menghebahkan kegagalan sistem sosialis dan kejayaan golongan kapitalis naungan Amerika Syarikat dan Britain. Rumah Putih dan penghuninya dianggap manusia paling berpengaruh di planet bumi. Media massa mengangkat dan mengiktiraf kehebatan demokrasi dan kapitalis barat. Golongan sekular dianggap terbaik dan institusi agama dituduh fanatik, pengganas, jumud dan pengikut Taliban!
Kerajaan China pula memperkenalkan 'Green Dam' ketika kebangkitan prodemokrasi di Beijing. Negara komunis itu tidak mahu penyaluran maklumat yang bebas bakal meruntuhkan Revolusi Kebudayaan yang digerakkan oleh Mao Tse Tung empat dekad sebelumnya. Membenarkan kebebasan media seperti mengundang kehancuran sesebuah sistem yang dianuti sebelumnya.
Di Malaysia, peranan internet dan media baru menjadi pencabar utama sebaran am tradisional. Sejak penahanan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 2 September 1998, media baru mencetuskan budaya tersendiri di negara ini.
Ada masanya, pertuduhan dan pendakwaan memadai melalui internet saja. Media baru sudah menggerakkan pemikiran generasi muda dengan ritma yang tersendiri. Seseorang boleh didapati bersalah apabila dipercayai dan ulangi bersalah menerusi laman blog dan portal berita. Tiada siapa yang bebas untuk menyelamatkan diri kerana media baru sudah mendapat reputasi hebat untuk merayakan kebebasan media.
Ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan Koridor Raya Multimedia, kerajaan menyediakan Bill of Guarantees, yang memberi jaminan kebebasan internet dan bermaklumat seperti dimiliki negara maju yang lain.
Bagaimanapun takrif kebebasan itu sendiri mencetuskan polemik kerana sering tersasar daripada matlamatnya. Jika kebebasan ditakrifkan bebas untuk menuduh seseorang tanpa bukti dan menyalahi hak peribadinya, apakah ia perlu dibenarkan?
Pada sisi lain pula, pindaan Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) boleh merisaukan banyak pihak. Mungkinkah media baru turut terpalit dengan peraturan dan larangan pemberitaan jika ia mempunyai asas untuk disiarkan kepada umum? Apakah media baru akan setaraf media tradisional?
Polemik ini bakal mencetuskan perdebatan yang tidak berkesudahan. Ketika ada pihak merasakan media baru perlu diberikan kuasa lebih meluas untuk menyalurkan pendapat dan menyebar maklumat, pihak yang sama juga perlu menyedari kesan maklumat yang tidak benar dan dakwaan melulu.
Kawalan melulu terhadap media bakal mencetuskan penentangan berterusan. Ia boleh diterjemahkan menerusi peti undi kerana media menjadi kuasa ketiga di sesebuah negara selain institusi pemerintahan dan perundangan. Larangan penyiaran terhadap sesuatu isu boleh mengundang tohmahan tidak berkesudahan. Kerajaan boleh mengguanakan Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi jika sesuatu laporan itu boleh menjejaskan keselamatan awam.
Tentunya media baru menjadi perayaan sejagat jika alat komunikasi dipergunakan untuk penyebaran maklumat, bukan tohmahan melulu. Tentunya kebebasan itu sendiri memberi kesan besar kepada pemikiran sejagat kerana menjadi naluri manusia untuk bebas daripada penguasaan pemikiran orang lain. Persaingan media baru dan media tradisional tentunya terus tidak berkesudahan. Yang beruntung adalah proses komunikasi itu sendiri kerana ia memberi pilihan kepada pecintanya! - Berita Harian, 1 Februari 2011

Subscribe to:
Posts (Atom)