Ada penulis blog yang menuduh seseorang sebagai pembunuh dan menggesa dihantar ke neraka. Penulis yang lain pula dengan lantang menggesa jutaan rakyat Malaysia ke Padang Merbok pada 22 Jun ini bagi menuntut kebebasan demokrasi.
Alasannya; Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) penuh penipuan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus. Dakwat kekal yang tidak kekal. Seramai 40,000 pengundi hantu membabitkan warga Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Lampu padam ketika proses pengiraan undi dan macam-macam lagi. Blogger berkenaan memaparkan gambar pegawai kanan SPR dengan catatan lucah.
Ketika isu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dua minggu lalu, ada blogger yang tidak segan menulisnya. Mereka tidak gentar menghina institusi istana apabila ada kenyataan yang dianggap berat sebelah.
Segala dakwaan di media baru sukar dibuktikan. Malangnya, laporan yang tidak tepat dan tersasar daripada kebenaran berjaya mempengaruhi sebahagian anggota masyarakat.
Pada hari ini gejala yang ditimbulkan media baru hampir mencorakkan pemikiran generasi muda. Apa saja yang dipaparkan bakal mengundang polemik dan reaksi hangat.
Banyak blog yang tidak beretika menjadi bacaan umum dan menerima pengunjung yang ramai. Fitnah, kata-kata nista dan kecaman menjadi rutin yang membimbangkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memahami perkembangan ini kerana boleh menjejaskan pemikiran massa. Ketika berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012, Najib memberi amaran terhadap pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah.
Hak asasi dan kebebasan bersuara sepatutnya dimanfaatkan untuk memberi pandangan bernas dan berimbang. Kritikan sebahagian daripada tradisi ilmiah yang sepatutnya dihargai. Pengkritik boleh bersuara menerusi media baru tanpa menafikan kepentingan fakta dan sensitiviti umum.
Tradisi internet dan media baru mula bercambah di negara ini pada 1998 walaupun dunia merayakan teknologi maklumat pada era pentadbiran Ronald Reagan di Rumah Putih (1981 – 1989).
Kejadian tunjuk perasaan dan gerakan reformasi ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2 September 1998 mendapat reaksi di media baru.
Ada yang menimbulkan nama ‘Firaun’ terhadap pimpinan negara ketika itu kerana didakwa zalim dan menganiaya pejuang Islam seperti Anwar.
Media baru turut menyebarkan pelbagai dakyah palsu terhadap pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dianggap lemah. Beberapa isu keselamatan termasuk apa yang didakwa penyisihan terhadap kaum India daripada arus pembangunan mendorong tunjuk perasaan penganut agama Hindu di Kuala Lumpur pada 2007.
Pada era pentadbiran Najib, media baru yang memanfaatkan lesen kebebasan menimbulkan pelbagai kerenah yang menakutkan. Isu agama dan kaum dipaparkan secara tidak bertanggungjawab boleh mengundang padah perkauman.
Ketika media tradisional kurang menimbulkan isu kalimah Allah dalam Bible versi Melayu, portal berita begitu hangat membuat laporan dan ulasan mengenai kebebasan beragama dan hak demokrasi.
Ucapan pemimpin DAP di Pulau Pinang dipaparkan seolah-olah kerajaan yang dikaitkan dengan Melayu dan Islam cuba memonopoli kalimah Allah dan pihak lain dinafikan haknya. Peranan songsang blogger dan pemilik portal boleh menjejaskan keharmonian yang kita pertahankan.
Dengan jumlah pengguna internet 17.5 juta daripada 29 juta penduduk negara ini, aliran maklumat semakin tidak terkawal. Bayangkan jika media sosial menyalahgunakan hak asasi, negara akan menghadapi bencana.
Hari ini seramai lima juta pengguna jalur lebar, 2.5 juta pengguna jalur lebar tanpa wayar dan 10 juta pelanggan 3G memanfaatkan media baru dalam urusan harian. Mereka tidak wajar disogokkan dengan laporan yang membahayakan kepentingan nasional. - Berita Harian, 14 Jun 2013

No comments:
Post a Comment