Mustahil beberapa kejadian tidak wajar berlaku tanpa perancangan. Belumpun reda isu mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong, muncul pula penghinaan lagu Negaraku, menghina Rasulullah SAW, mempertikai pelantikan Ahli Dewan Negara (Senator) dan sentimen perkauman diucapkan secara terbuka.
Media baru sering dikaitkan dengan penyiaran tulisan yang mempersenda dan membangkitkan kemarahan umum. Ketika media tradisional dipersoalkan kewibawaan, media sosial menjadi wahana untuk meluahkan pandangan dan perasaan seseorang.
Memberi pandangan tidak salah kerana kebebasan demokrasi mengiktiraf hak individu bersuara. Menjadi kesalahan apabila luahan perasaan tidak bertanggungjawab boleh memudaratkan kepentingan awam. Pandangan Yang di-Pertuan Agong mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sesuai dengan kedudukan baginda sebagai Raja Berperlembagaan yang bebas daripada campur tangan siasah. Rakyat berhak menerima atau menolak pandangan baginda, tapi jangan mengeluarkan pandangan berbentuk menghina dan meloyakan.
Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan perlu dihargai dan penganut agama lain bebas mengamalkan pegangan hidup mereka. Mempersendakan Islam dan Rasul tidak wajar tapi ia berlaku sejak mutakhir ini gara-gara percanggahan politik yang luar biasa.
Pasca Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008 yang hanya memberi kemenangan majoriti mudah Barisan Nasional (BN) dengan 140 kerusi Parlimen menyebabkan ada pihak yang meyakini mereka lebih berhak bersuara dan mengeluarkan pandangan tanpa mempedulikan kepentingan pelbagai kaum.
Mereka mempersenda Islam apabila menimbulkan isu kalimah Allah untuk kitab Bible versi Melayu.
Kini kebebasan mereka manfaatkan apabila sekali lagi menafikan kuasa majoriti BN pada PRU-13. Media sosial lebih ghairah menyiarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Ada pihak yang sebelum ini dianggap pejuang siber BN kini berpaling tadah dengan mempersenda pemimpin negara. Mereka memanfaatkan internet sebagai jalan mudah menyiarkan tohmahan tanpa mempedulikan kepentingan massa.
Dengan jumlah pengguna internet 17.5 juta daripada 29 juta penduduk negara ini, aliran maklumat semakin tidak terkawal. Bayangkan jika media sosial menyalahgunakan hak asasi individu semata-mata untuk menyiarkan pandangan yang bertentangan kepentingan awam.
Hari ini seramai lima juta pengguna jalur lebar, 2.5 juta pengguna jalur lebar tanpa wayar dan 10 juta pelanggan 3G memanfaatkan media baru dalam urusan harian.
Ada cadangan supaya kawalan internet dipertingkatkan. Singapura cuba mengawal selia dengan memperkenalkan undang-undang terhadap laman web berita yang mempunyai sekurang-kurangnya 50,000 pelawat diwajibkan mendaftar dengan Lembaga Pembangunan Media, membayar cagaran dan akur dengan arahan kerajaan untuk menarik balik mana-mana kandungan yang dibantah oleh lembaga tersebut.
Bagaimanapun, cadangan itu dibantah pengguna internet seolah-olah menjadikan media sosial seperti penerbitan akhbar, majalah dan stesen penyiaran. Undang-undang saja tidak memadai kerana kecenderungan mempengaruhi pandangan umum berlaku secara amat luar biasa.
Isu kaum, politik, pendidikan Cina, perbezaan agihan kek ekonomi dan jurang prasarana antara penduduk kota dan luar bandar menjadikan kepelbagaian suara timbul. Keadaan lebih hangat apabila agenda politik mengatasi kepentingan kaum, menyebabkan Malaysia tidak pernah sunyi daripada majlis ceramah, himpunan jalanan dan propaganda murahan.
Kita harus sedar tujuh tahun mendatang adalah detik mencabar. Menjadi negara maju bukan sekadar bergantung kepada angka dan graf pembangunan ekonomi serta kemudahan asas. Kemajuan hanya diukur dengan sistem nilai dan pegangan akhlak yang baik. Malaysia perlu berkembang tanpa prasangka kaum dan agama.
Kita menanti tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menggugat keselamatan negara. Apakah Akta Hasutan mampu menangani suara sumbang di media baru atau mengharapkan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998? Tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), semakin ramai yang nyaring bersuara! - Berita Harian, 12 Jun 2013

No comments:
Post a Comment