Hampir 56 tahun negara merdeka tetapi karya sastera kita masih entah di mana. Di sebalik sorak-sorai Hadiah Sastera Perdana, Sasterawan Negara atau Anugerah Penulisan Asia Tenggara, kita masih berpolemik mengenai karya popular atau serius. Tidak terkecuali isu kroni dan tohmahan editor pilih kasih. Benarkah hanya kelompok tertentu mendapat perhatian penilai karya?
Seorang sasterawan membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan rujukan Kes A128323: Sifar Pengaruh: Masalah Sastera Melayu. Sasterawan berkenaan mengadu karyanya tidak disiarkan media sejak bertahun dan menuduh editor hanya memilih karya penulis sama setiap minggu.
“Ada ketika bila telah bertahun-tahun karya saya tak lekat, terasa apakah salah saya? Apakah ada kalangan editor ini mahu membunuh tunas sastera di jiwa saya. Apakah hak kita sebagai insan seni yang ingin bersuara di wadah yang lebih bebas terbuka? Di mana saya dapat mengadu?”
Sasterawan berkenaan mendakwa fahaman politik dikaitkan dengan penyiaran karya dan menuduh perkembangan tidak sihat sedang berlaku di Malaysia sekarang.
Pada masa sama polemik karya popular dan serius tidak kurang hangatnya. Seorang penulis novel bertanya; “Apakah karya saya terlalu popular dan tidak bermutu?”
Dia menambah: “Apakah karya popular tidak layak untuk Hadiah Sastera Perdana?”
Polemik ini sudah lama dibincangkan di Barat. Isu karya popular dan serius dikaitkan sebagai wacana aliran pemikiran berdasarkan perkembangan semasa. Dada atau dadaisme adalah gerakan budaya yang lahir di Zürich, Switzerland, ketika Perang Dunia Pertama (1916-1920). Gerakan ini meliputi seni visual, sastera (puisi, pertunjukan seni, teori seni), teater dan seni grafik.
Gerakan ini berfokus pada politik antiperang melalui penolakan pada aturan seni yang berlaku melalui karya budaya antiseni. Gerakan ini mengilhami kemunculan avant-garde, gerakan muzik kota, serta kelompok lain seperti surrealisme, nouveau réalisme, pop art dan fluxus.
Dadaisme ialah aliran pemberontak antara seniman dan penulis. Ia menolak ungkapan seni adalah sesuatu yang tinggi, mahal, serius dan eksklusif. Mereka membenci corak berfikir ‘seni tinggi’ kerana karya berkenaan hanya untuk kaum menengah ke atas, bukan golongan bawahan.
Dari sini lahirnya karya popular atau serius yang akhirnya mentakrifkan karya mudah difahami sebagai popular dan yang serius pula kononnya mempunyai nilai seni yang baik.
Ada yang mendakwa novel God- father karya Mario Fuzo sebagai karya ‘kaki lima’, sedangkan ia sarat kemelut sosial pendatang Itali, serta menyerlahkan kerakusan kuasa dan politik yang mendominasi Amerika Syarikat dan Barat sejak Perang Dunia Kedua. Tidak terkecuali juga karya Fuzo seperti Dark Arena (1955), Six Graves to Munich (1967) dan The Sicilian (1984) yang mengangkat isu sejagat ketika Perang Dingin menghantui percaturan kuasa di antara Barat dan Timur.
Ramai pengkritik menganggap Fuzo sebagai penulis popular, tetapi ahli sosiologi pula mengangkatnya sebagai penelaah sosial yang serius.
Di Malaysia pula kita masih berbalah mengenai khalayak yang tidak seberapa dan kerenah sasterawan yang mengatasi keupayaan berkarya.
Sejak era Asas 50 hingga kini, kita mungkin selesa dengan beberapa karya Usman Awang, A Samad Said, Baha Zain, Johan Jaaffar, Keris Mas, Arenawati, Anwar Ridhwan dan Zaen Kasturi. Tapi untuk masa depan sastera, kita masih mencari khalayak yang ramai serta karya yang mengangkat minda masyarakat Malaysia.
Kita sudah banyak dengan karya yang memenangi Hadiah Sastera Perdana atau yang memenangi peraduan peringkat daerah dan persatuan, tapi masih adakah karya sehebat Salina, Ranjau Sepanjang Jalan, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Daerah Zeni, Sungai Mekong atau Menangguh Kebenaran?
Banyak kegiatan sastera diadakan pada peringkat nasional dan daerah tetapi hasilnya masih misteri. Khalayak yang hadir majlis baca puisi tidak ramai dan pementasan teater pula terpaksa bergantung kepada artis popular bagi menarik perhatian penonton.
Sekali lagi isu popular dan serius menjadi polemik. Artis popular mampu meraih khalayak dan wajar menerima ganjaran setimpal. Penyair hanya gah dan hebat dengan karya serius tetapi tidak dipedulikan khalayak.
Kita tidak tahu sampai bila nasib sasterawan di takuk lama. Jika karya teater yang baik gagal ke Istana Budaya, jangan hairan puisi dan novel dibincang pada majlis ilmu saja, akhirnya dilupakan seolah-olah negara kita tidak upaya memiliki karya berbobot. - Berita Harian, 4 Jun 2013

4 comments:
SAMPAI BILE SASTERAWAN NAK HORA-HORE JE?
Mana karya yang baik? Sasterawan Negara buat apa?
Sdr Mat Taib... saya tak boleh jawab bagi pihak Sasterawan Negara. Apa pun karya kita masih jauh daripada kesempurnaan
Popular tak semestinya bermutu. Bermutu tak semestinya popular.
Post a Comment